-->

13 Petua Mengekalkan Perkahwinan

Posted by syahira rusman Saturday, June 30, 2012 0 comments
Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah dan Dr. Abdullah Hassan, pasangan yang berjaya adalah pasangan yang berjaya mengekalkan perkahwinan mereka dengan sedaya -upaya berusaha ke arah itu. Tahukah anda apakah resepi-resepi yang mereka lakukan bagi menjamin kebahagian dan keharmonian hidup itu? Antaranya ialah :


1. Komunikasi Secara Baik

Ia adalah satu sikap yang harus ada pada pasangan anda. Seperti sikap bersopan -santun terhadap pasangan anda, beramah -mesra, bergurau-senda dengan pasangan anda sebenarnya mampu untuk mengelakkan diri anda daripada bersikap mengkritik atau melukakan hati si dia. Sikap seperti ini juga akan membuatkan pasangan anda akan lebih dihargai dan menjadikan dia sebagai pendengar setia setiap masalah yang anda hadapi bersama.

2. Membina Intelek Dan Meningkatkan Ilmu Pengetahuan

Tahukah anda setiap pasangan amat wajar sekiranya antara kamu berdua saling berusaha untuk meningkatkan daya intelek dan ilmu pengetahuan masing-masing dengan cara mempelajari ilmu fardu ain atau pun ilmu kifayah. Dengan cara ini, anda bolehlah mempraktikkannya dalam kehidupan berkeluarga.

3. Berbincang Secara Terbuka

Setiap pasangan menginginkan waktu yang sesuai untuk memperuntukkan masa bersama dengan pasangannya sama ada di hujung minggu, waktu rehat dan sebagainya. Mengapa waktu sebegini amat perl? Kerana ini adalah masa untuk anda meluahkan segala isi hati anda terhadap pasangan anda dalam apa jua hal rumahtangga kerana ia amat penting dalam sesebuah hubungan suami isteri. Yakinlah bahawa setiap hasil daripada sesi perbincangan tersebut akan dapat memuaskan hati semua pihak.

4. Saling Mengimbas Masa Lalu Yang Membahagiakan

Siapa yang tiada kenangan manis? Sudah pastinya anda adalah di kalangan orang yang rugi dalam kehidupan anda sendiri. Ingatlah sentiasa pada pasangan anda saat anda bahagia menjadi ratu hatinya suatu ketika dulu. Ingatkan juga pada kenangan zaman anda bercinta..awal perkahwinan..sudah pasti ia akan membuatkan anda tersenyum pada pasangan anda. Kemudian selang-selikanlah ia dengan gurauan mesra berserta sentuhan manja kepadanya kerana dia pasti akan dapat merasai detik itu seakan kembali mengusik sanubari.

5. Lakukan Aktiviti Bersama-Sama

Pasangan harus melakukan aktiviti bersama-sama bagi mengeratkan hubungan yang sedia terjalin. Seperti contoh di hujung minggu anda bersama pasangan anda membersihkan halaman rumah bersama, menanam pokok, menghias sudut istirehat dan sebagainya.

6. Berdua Itu Kadangkala Lebih Romantis

Sesekali ajaklah pasangan anda keluar berjalan berdua tanpa anak-anak di sisi anda. Waktu tersebut sudah pastinya anda akan cuba bermesra dengan pasangan anda seperti berjalan sambil berpegangan tangan, makan bersuapan dan menonton wayang bersamanya. Pastinya ia menjanjikan satu hari yang amat bermakna buat anda berdua. Sesekali tidak ada salahnya sebab golongan hawa ni suka dihargai.. 


7. Sentiasa Bersama Pasangan 

Ketahuilah bahawa waktu yang paling bermakna adalah waktu ketika pasangan anda sentiasa berada di sisi anda sewaktu sedih atau gembira.

8. Menziarahi Keluarga Yang Terdekat

Jika anda dan pasangan memiliki masa yang terluang sesekali anda ziarahi keluarga dan sahabat handai anda kerana ini boleh meningkatkan hubungan silaturahim serta kuantiti kefahaman diri terhadap pasangan anda.

9. Menjaga Penampilan

Tidak kiralah dimana anda berada terutama isteri sentiasalah bijak dalam setiap pemilihan pakaian anda ini untuk mengelakkan pasangan anda bosan dengan penampilan anda yang sama. Manakala pasangan suami pula janganlah kebersihan diri anda dengan sebaiknya kerana dari apa yang ada pakaikan, sarungkan dibadan anda sebenarnya menggambarkan diri dan keluarga anda sendiri. Pakailah dan hiasalah keperibadian anda secara bersederhana kerana Nabi S.A.W. kita juga suka akan penampilan yang bersih.

10. Layanan Seks 

Suami dan isteri haruslah berusaha untuk memberi layanan seks yang memuaskan dan menyenangkan kepada pasangannya. Ingatlah sesebuah perkahwinan yang bertahan kunci utamaya adalah kepuasan seks selain dari kesefahaman, kepercayaan, keterbukaan dan memahami pasangan masing-masing.
11. Mahir Mendengar

Kemahiran mendengar yang tinggi akan akan membuatkan pasangan anda meluahkan isi hatinya dengan rasa senang di hati.

12. Memberi Kemaafan 

Perhubungan suami isteri sememangnya tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan dan kesalahan. Akan tetapi ingatlah bahawa sikap kemaafan itu sebenarnya mampu membawa sebuah ketenangan dalam rumahtangga anda.

13. Sentiasa Menghiburkan Pasangan

Kekalkanlah sikap romantis anda sehingga ke akhir hayat biarpun anda berdua sudah pun memilik anak yang ramai dan cucu yang meriangkan. Mengapa? Kerana Rasulullah S.A.W. juga menggauli isterinya dengan suasana yang mesra sekali d isamping isterinya. Maka itu rajin-rajinlah bergurau dan menyenangkan pasangan anda agar keadaan rumahtangga anda akan lebih ceria dan bahagia.


0 comments:

Post a Comment