-->

Pandan dan Sejarahnya

Posted by syahira rusman Friday, June 29, 2012 0 comments

Pokok pandan merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.

Pokok pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.

Kegunaannya yang pelbagai seperti dijadikan sebagai bahan perasa, pembungkus, pewarna dan pewangi telah menyebabkan daun pandan atau nama botaninya pandanus amaryllifolius merupakan tanaman yang paling berguna buat masyarakat Malaysia. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia dan kini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara ini sebenarnya turut mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri.

Pandan yang juga dikenali sebagai pandan wangi atau pandan rampai, fragrant screw pine (Inggeris), ban lan (Mandarin),rampe (Sri Lanka), bai toey (Thailand), la dua (Vietnam) dan ketaki (Bangladesh) adalah dari jenis tanaman bersifat saka. Tumbuhan dari keluarga pandanaceae ini adalah sekeluarga dengan pokok mengkuang. Terdapat 600 jenis spesies dalam keluarga genus pandanus yang dikenali di serata dunia.

Pokok pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas sebagai perisa dalam masakan. Ðaunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku dikedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih.

Ðaun pandan kadang kala direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh diikat dan dimasak bersama makanan. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, adalah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Ðaun ini juga digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan sirap.


Pokok pandan mudah tumbuh dan dipelihara. Pokok pandan tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang. Ðaunnya berbau wangi dan merupakan tumbuhan yang sejuk. Ðaun pandan tumbuh berlapis-lapis dan bersilang. Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujungnya. Pokok pandan boleh membaik melalui akar atau anak pokok. Ðaun pandan dikatakan mengandungi alkaloid, saponin, flavonoid, tanin, polifenol dan zat warna.

Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu pandan wangi besar dan pandan wangi kecil. Kebanyakan daripada tanaman pandan wangi di negara ini adalah jenis pandan wangi kecil. Bunganya majmuk dan berwarna putih


0 comments:

Post a Comment