-->

Petua Menghilangkan Bulu-bulu Halus Pada Muka

Posted by syahira rusman Friday, June 29, 2012 0 comments
Sesetengah perempuan mempunyai hormon lelaki yang agak lebih dan akibatnya akan keluar bulu-bulu atau rerambut halus pada muka. Mungkin ada yang ketara dan mungkin jugak tak seberapa nak nampak. Jangan kita pergi cukur macam lelaki selalu buat tu. No! No! No! Nanti lagi lebat bulu-bulu pada bahagian muka.



Terdapat satu petua untuk menghilangkan bulu – bulu halus pada muka. Bukan semua memilikinya tapi sedikit perit bagi mereka yang mempunyai masalah ni. Harap ini dapat bantu mereka serba sedikit.

Sediakan satu sudu gula, satu sudu putih telur dan satu sudu tepung jagung. Masukkan bahan – bahan ini ke dalam blender dan kisar sehingga sebati. Adunan ini akan menjadi sedikit melekit nanti.

Selepas adunan ini siap, cuci muka anda sampai bersih dan lapkan sehingga kering. Sapukan adunan tersebut pada muka dan biarkan kering seperti anda sedang memakai mask. Selepas ianya kering, tarik dengan perlahan – lahan untuk menanggalkan topeng dan bilaslah dengan air suam sehingga bersih. Selamat mencuba!


0 comments:

Post a Comment