Laluan unik yang diberi nama "A Path in the Forest" ini direka olah arkitek, Tetsuo Kondo. Ia hanya ditempatkan sementara di Taman Kadriorg dekat Tallinn, Estonia sempena Tallinn's European Capital of Culture pada 2011.
Laluan tergantung sepanjang 95 meter ini dibina diantara pokok-pokok yang sudah berusia 300 tahun di taman tersebut.
Keindahan alam semulajadi di Otago, New Zealand ini begitu terserlah dengan berlatar belakangkan pengunungan yang dilitupi salji serta tasiknya yang begitu tenang. Di sini terletaknya sebuah bandar kecil bernama Wakana dan terdapat juga sebuah resort, Treble Cone yang sering menjadi tumpuan peluncur salji.