-->

Tips Komunikasi Kewangan Suami Isteri

Posted by Admin Saturday, July 28, 2012 0 comments

Percaya atau tidak, yang lebih menjamin kesejahteraan kewangan suami dan isteri adalah komunikasi. Banyak krisis yang berlaku dalam rumah tangga berpunca dari komunikasi mengenai topik kewangan yang tidak lancar.

Jika tidak mengapa yang sudah mempunyai rumah banglo & kereta mewah-mewah masih juga bercerai berai atau yang miskin tak cukup makan juga bercerai berai.

Apa yang menentukan kesejahteraan kewangan adalah perancangan kewangan ‘bersama’ yang sudah pastinya mediumnya adalah ‘komunikasi’ yang berkesan & terbuka.

PERANAN ISTERI

1. Nyatakan kepada suami pandangan korang mengenai wang dan minta dia juga melakukan hal yang sama.

2. Bincang tujuan kewangan yang ingin korang capai dan minta suami melakukan hal yang sama.

3. Selepas masing-masing tahu matlamat kewangan pasangan, buat keutamaan mengenai matlamat kewangan mana yang sebaik-baik dicapai dahulu oleh korang berdua.

4. Rancang cara untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Rancangan itu haruslah praktikal dan boleh dilaksanakan oleh kedua-duanya.

5. Tulis tindakan yang akan korang berdua ambil untuk melaksanakan rancangan tersebut. Misalnya korang akan melakukan ini, pasangan korang akan melakukan itu, sehingga korang berdua berjaya melaksanakan rancangan itu bersama.

6. Bincangkan cara terbaik untuk korang berdua mengendalikan urusan kewangan setiap hari.

7. Tentukan siapa di antara korang berdua yang akan membayar bil-bil atau belanja rutin setiap bulan.

8. Tentukan jumlah had pengeluaran yang boleh dilakukan oleh korang secara peribadi (tanpa perlu tanya terlebih dahulu kepada pasangan korang)

9. Tentukan jenis pelaburan yang akan korang lakukan untuk jangka masa panjang.

10. Pastikan adakah wang masing-masing perlu disimpan dalam akaun bersama atau akaun masing-masing.

11. Menabunglah bersama-sama untuk masa depan, terutamanya apabila korang berdua tidak bekerja lagi.

12. Kerap berbincanglah mengenai rancangan yang sudah dijalankan. Nilai semula rancangan tersebut, sekurang-kurangnya setahun sekali untuk melihat samada korang berdua masih mempunyai matlamat kewangan yang sama dan adakah rancangan itu ada menunjukkan kemajuan dalam tempoh yang sudah ditetapkan.

13. Peruntukkan waktu secara rutin untuk berbincang secara terbuka mengenai masalah kewangan yang korang hadapi dalam rumah tangga.

PERINGATAN UNTUK SUAMI

Untuk para suami, adakah korang jenis suami yang enggan memberitahu jumlah gaji sebenar kepada isteri? Kalau ya, mungkin korang termasuk dalam golongan ini

1. Korang ego tak tentu pasal! Korang mungkin tidak ingin isteri tahu bahawa pendapatan korang tidak besar. Sedangkan korang tidak sedar ini dapat menyukarkan perancangan kewangan yang telus!

2. Korang juga mungkin tidak mahu isteri tahu bahawa pendapatan korang sememangnya besar.

3. Menganggap persoalan pendapatan adalah peribadi walaupun terhadap isteri sendiri! Ini bukan masalah gaji besar atau kecil tapi korang rasa “ Duit saya duit saya. Duit dia, duit Dia!”

Apabila suami isteri sudah mempunyai komunikasi kewangan yang baik, maka dengan sendirinya korang akan sukarela memberitahu berapa jumlah gaji korang setiap bulan!

FAEDAH

1. Suami isteri akan lebih bijak mengatur perbelanjaan keluarga kerana dia tahu HAD sebenar.

2. Komunikasi kewangan antara suami isteri pasti akan jadi lebih mudah kerana ia menunjukan korang cukup berfikiran TERBUKA. Keterbukaan adalah salah satu syarat terjalinnya komunikasi yang baik.

3. Salah seorang dapat bertindak sebagai pengimbang kerana masing-masing tahu had sebenar.

4. Kesusahan dapat dikongsi dengan baik kerana pasangan sudah mengamalkan sifat terbuka.

Misteriousgrapersz 

0 comments:

Post a Comment