-->

Cool: Vending Machine Menjual Benih Tumbuhan (6gambar)

Posted by syahira rusman Wednesday, July 18, 2012 0 comments
Go green.

Seedbomb Machine adalah sebuah vending machine yang menjual benih tumbuhan dengan harga $0.50 setiap satu. Setiap satu Seedbomb yang terdapat dalam mesin ini mengandungi komposisi tanah liat, baja dan juga benih rumput serta bunga. Setelah di beli, Seedboom ini perlu diletakkan dimana-mana kawasan yang sesuai dan ia akan tumbuh secara sendirinya.

Sebenarnya mesin ini adalah sebahagian daripada kempen untuk menghijaukan kawasan bandar dan ianya merupakan idea daripada Green Aid. Idea yang sangat baik untuk mengalakkan orang ramai menanam tumbuhan dan menghijaukan kawasan sekitar.

0 comments:

Post a Comment