-->
Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts

Cool: Meja Untuk Para Penconteng Tegar (4gambar)

Posted by Unknown Wednesday, August 8, 2012 0 comments
Nice.

Sebagai penconteng tegar bertangan kidal, memang dari bangku sekolah lagi aktiviti ini menjadi hobi. Kadang kala hasil contengan sangat memuaskan hati sendiri namun ianya tetap disana dan dianggap sebagai vandalisme.

Dengan adanya Post-Itable yang direka oleh Soup Studio, mungkin hasil contengan ini boleh dilekatkan di dinding kerana meja ini sebenarnya adalah sticky note skala besar dan riak! Ianya idea yang sangat bagus kerana pada pendapat aku, idea lebih banyak datang semasa proses menconteng. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Lulz.

Cool: Rekabentuk Tangga Lipat Yang Genius (4 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Genius.

Corner ladder merupakan tangga mudah alih rekaan studio Company & Company yang berpengkalan di Barcelona. Rekabentuk tangga ini membolehkan ianya dilipat sehingga menjadi sebuah tiang. Ini bermakna, ianya menjimatkan ruang penyimpanan. Tangga ini diperbuat daripada kayu untuk mengekalkan bentuk strukturnya. Satu rekabentuk tangga yang praktikal.

Idea: Dengar Bunyi Teknologi Lama Melalui Muzium Bunyi Terancamv

Posted by Unknown Tuesday, August 7, 2012 0 comments
Idea yang bagus.

Museum Of Endangered Sound (Muzium Bunyi Terancam) yang di asaskan oleh Brendan Chilcutt pada awal Januari 2012. Ianya merupakan satu online archieve yang mengumpulkan bunyi-bunyi daripada teknologi dan gadget elektronik lama.

Mungkin bunyi-bunyi daripada teknlogi dan gadget elektronik lama ini semakin terancam dan sudah tidak akan didengari lagi pada hari ini. Dengan adanya muzium ini, generasi akan datang akan dapat mendengar bunyi-bunyi asal daripada teknologi sebelum mereka. Ini suatu idea yang sangat baik.

Anda boleh sendiri ke laman web Museum Of Endangered Sound untuk mendengar beberapa sampel bunyi yang dikumpulkan seperti bunyi game Tetris, muzik permulaan Windows 95 dan beberapa lagi bunyi-bunyi lain seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah. Mungkin anda sendiri tidak pernah berpeluang untuk mendengarnya sebelum ini.

Cool: Playthru - Alternatif Untuk Menggantikan Text Captcha (2 Gambar)

Posted by Unknown Monday, August 6, 2012 0 comments
Genius!

Aku boleh cakap yang semua orang bencikan CAPTCHA yang menggunakan perkataan. Ianya disebabkan CAPTCHA ini memerlukan anda mengenalpasti perkataan yang kadang kala ianya sangat sukar untuk dibaca. Dah lah susah, mahu taip pun sangat leceh terutamanya CAPTCHA yang mempunyai dua perkataan.

PlayThru mungkin boleh dikatakan lebih baik untuk mengantikan CAPTCHA yang sedia ada kerana ianya lebih menarik, mudah dan tidak menyusahkan pengguna untuk menaip perkataan. Dengan PlayThru, pengguna hanya perlu bermain permainan drag and drop yang sangat mudah untuk mengenalpasti sama ada mereka adalah manusia atau spambot.

Anda sendiri boleh mencuba demo PlayThru di sini. Harap-harap PlayThru ini akan diguna pakai oleh pelbagai flatform nanti, selamat tinggal text CAPTCHA haha.

Tibe2Jam6Petang

Konsep: Rekabentuk Meja Seterika Yang Genius (4 Gambar)

Posted by Unknown Sunday, July 22, 2012 0 comments
Konsep yang sangat genius!

Mungkin anda mengambil masa begitu yang lama untuk menggosok pakaian menggunakan setrika disebabkan papan luncur meja seterika yang ada tidak begitu praktikal? atau anda tidak mempunyai bakat untuk menggosok baju?

Dengan konsep meja seterika E-Board, kerja-kerja menggosok baju mungkin lebih mudah dan tidak memakan masa yang lama disebabkan rekabentuknya yang boleh diubah mengikut pakaian yang kita hendak gosok.

Ianya direka oleh Mohsen Jafari Malek. Aku rasa beliau sudah bosan untuk rage disebabkan ketika menggosok pada satu bahagian pakaian, bahagian yang lainya pula menjadi kusut dan terlipat. Ini boleh mendatangkan marah dan idea, maka terciptalah konsep ini! Mungkin. Haha.












Tibe2Jam6Petang 

Konsep: Kereta Unta Dijadikan Ambulans Di Padang Pasir (9 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Nice concept.

Mari lihat konsep kereta unta yang dijadikan ambulans. Konsep kenderaan ini dinamakan Baja dan ianya direka oleh Frederic Schwab.

Ianya mempunyai dua bahagian utama yang dipasang pada seekor unta, iaitu sebuah mini-trailer yang digunakan untuk membawa pesakit dan juga sebuah pelana untuk penunggang dan juga untuk membawa bekalan ubatan. Bahagian-bahagian ini boleh dipasang mengikut kesesuaian tugas dan misi. Kenderaan ini juga mempunyai sistem GPS.

Sebenarnya konsep kenderaan ini direka untuk digunakan semasa misi kecemasan di kawasan terpencil di tengah padang pasir. Misi menyelamat menggunakan laluan udara dan juga menggunakan pacuan empat roda mungkin adakalanya tidak sesuai kerana keadaan cuaca, bentuk muka bumi, keadaan pesakit dna juga kos. Jadi menggunakan kereta unta ini mungkin sangat praktikal pada situasi seperti ini.




















Tibe2Jam6Petang

Cool: Vending Machine Menjual Benih Tumbuhan (6gambar)

Posted by Unknown Wednesday, July 18, 2012 0 comments
Go green.

Seedbomb Machine adalah sebuah vending machine yang menjual benih tumbuhan dengan harga $0.50 setiap satu. Setiap satu Seedbomb yang terdapat dalam mesin ini mengandungi komposisi tanah liat, baja dan juga benih rumput serta bunga. Setelah di beli, Seedboom ini perlu diletakkan dimana-mana kawasan yang sesuai dan ia akan tumbuh secara sendirinya.

Sebenarnya mesin ini adalah sebahagian daripada kempen untuk menghijaukan kawasan bandar dan ianya merupakan idea daripada Green Aid. Idea yang sangat baik untuk mengalakkan orang ramai menanam tumbuhan dan menghijaukan kawasan sekitar.

Konsep: Bulavkus - Usb Flash Drive Dengan Pin Baju (2 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Idea bagus dan bijak!

Mungkin anda seorang yang tidak gemar untuk mengantung flash drive dimana-mana dan anda pernah mengalami situasi kehilangan flash drive yang tercicir kerana ianya disimpan di dalam poket.

Bulavkus USB flash drive merupakan satu konsep flash drive dengan mengabungkan pin baju. Ianya rekaan Art Lebedev Studio. Walaupun setakat ini ianya masih dalam bentuk konsep, tidak mustahil ianya akan berada di pasaran nanti.

Dengan flash drive ini, mungkin anda tidak akan kehilangan flash drive dengan mudah. Itupun jika anda tidak lupa untuk pinkan ia pada baju. :>

Packaging Cip Kentang Yang Kreatif Dan Cool (2 Gambar)

Posted by Unknown Sunday, July 15, 2012 0 comments
Nice.

Bloom Chips adalah rekaan Dohyuk Kwon yang telah berjaya memenangi Red Dot Design Award. Ianya merupakan satu packaging yang kratif untuk cip kentang.

Yang pasti, semasa makan cip kentang, bukan semua tangan boleh muat ke dalam packaging yang sedia. Jadi dengan packaging Bloom Chips, silinder ini boleh bertukar kepada sebuah mangkuk besar. Idea yang simple dan bijak.

Ianya mengingatkan aku kepada cup cake kerana bekas cup cake juga dibuat seperti ini. Itu pun jika anda perasan dan makan cup cake dengan betul. :>



Buku Yang Boleh Dimakan Dalam Kes Kecemasan (6 gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Idea yang bagus.

Buku yang boleh dimakan ini sebenarnya dihasilkan oleh syarikat pengeluar kereta, Land Rover dengan kerjasama syarikat pengiklanan Young & Rubicam Dubai. Ianya khas untuk pengguna kereta Land Rover untuk membantu mereka survive jika terkandas di padang pasir.

Buku ini mengandungi pelbagai panduan untuk survive di padang pasir seperti panduan untuk menghidupkan api, memburu burung, menentukan arah menggunakan bintang dan panduan mengenai haiwan-haiwan berbahaya.

Dalam kes yang benar-benar darurat, buku ini juga boleh dimakan kerana dakwat dan kertas buku ini diperbuat daripada bahan yang boleh dimakan. Sekali lagi diulang, itupun in case of emergency only haha :>





Pengembaraan Ke Pusat Bumi Yang Sebenar Bermula Pada 2015 (2gambar)

Posted by Unknown Saturday, July 14, 2012 0 comments
Journey to the center of earth!

Pengembaraan ke pusat bumi mungkin menjadi kenyataan apabila laman web Volcanic Virgin mengumumkan bahawa Sir Richard Branson, pemilik Virgin Group bakal menyertai misi pertama yang dijadualkan bermula pada tahun 2015.

Misi ini sebenarnya adalah satu misi untuk meneroka pusat gunung berapi dan operasi untuk tiga tahun pertama, mereka akan menumpukan pada lima gunung berapi paling aktif di dunia iaitu Etna, Stromboli, Yasur, Ambrym dan Tinakula.

Pihak virgin juga telah mengumumkan kenderaan yang digunakan untuk misi ini. Kenderaan ini digelar VVS1 dan ianya diperbuat dari bahan-bahan karbon yang dipatentkan untuk penerokaan angkasa.

Tapi sayangnya, berita ini di umumkan beberapa jam sebelum 1 april dan mungkin ianya hanyalah satu gurauan daripada pihak Virgin. Jadi tunggu dan lihat sama ada ianya berita benar atau palsu. :>




Tukarkan Seluruh Dinding Kepada Whiteboard Dengan Ideapaint (6 Gambar)

Posted by Unknown 0 comments
Nice idea!

Aku masih teringat semasa belajar di sekolah dulu, cikgu addmath sampai tak cukup ruang untuk menulis di whiteboard dan masalah serupa terjadi kepada cikgu lain apabila ingin memeberikan nota kepada pelajar. Perkara ini sering terjadi di mana-mana saja walaupun di matrikulasi whiteboard berlapis-lapis!

Dengan terciptanya IdeaPaint oleh John Goscha, Kini tenaga pengajar tidak perlu risau lagi dengan ruang kecil pada whitboard apabila IdeaPaint boleh menukarkan seluruh dinding menjadi whiteboard.

Jadi dengan IdeaPaint ini semua orang boleh menulis di dinding tanpa diangap sebagai vandalisme haha.







Bot Kecil Yang Boleh Dilipat (7 gambar)

Posted by Unknown Thursday, July 12, 2012 0 comments
Nice!

Projek 'Foldboat' merupakan rekaan sebuah bot kecil yang boleh dilipat dan diilhamkan oleh oleh Max Frommeld dan Arno Mathies. Rekaan Foldboat ini membolehkannya dilipat menjadi sebuah beg kecil untuk memudahkan ianya disimpan dan di bawa ke mana-mana saja.

Mungkin produk ini sangat sesuai dibeli dan disimpan oleh penduduk yang tinggal di kawasan sering dilanda banjir ataupun digunakan untuk rekreasi di hujung minggu. :>