-->

Khasiat Sengkuang Cina

Posted by Unknown Monday, June 25, 2012 0 comments

Bahasa Inggeris : Water Chestnut
Nama Saintifik : Eleocharis dulcis


Sengkuang Cina, sejenis sayuran berkulit coklat bertekstur seperti kertas ini ialah bahan ruji dalam masakan Cina. Walaupun dalam bahasa Inggeris namanya ‘water chestnut’ namun ia bukan sejenis kacang. Ia adalah sayuran air yang tumbuh di paya. Disebabkan itu, apabila membeli sengkuang cina, ia akan diliputi sedikit lumpur.

Sengkuang Cina boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana ia mempunyai rasa berkanji yang asli. Teksturnya pejal dan rangup, menambahkan rupa kepada masakan bergoreng, salad, atau apa saja masakan yang mahukan rasa rangup.

Antara kegunaan biasa Sengkuang Cina :

Campurkan dengan sayuran seperti kacang sepat dan rebung, bersama kicap dan bahan perisa lain untuk digoreng.
Masukkan sengkuang cina yang dicincang kepada sup, salad, nasi, dan inti.
Sengkuang Cina juga boleh dijadikan snek yang berkhasiat. Sesuai untuk mereka yang pentingkan makanan seimbang kerana ia kurang lemak tetapi sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B. Selain itu, sengkuang cina mengandungi mineral lain seperti kalsium, zat besi, potassuim, dan zinc.
Tips :

Apabila memilih sengkuang cina, pilih yang pejal, kulit rata dan tiada tompokan lembut. Jika tidak, kemungkinan besar isinya lembik setelah dikupas.

Khasiatnya :

1. Penawar bronkitis
2. Menurunkan tekanan darah tingggi
3. Meredakan selesema, batuk dan demam
4. Mengelakkan bayi terkena jaundis @ penyakit kuning. Ibu-ibu perlu mengamalkan sewaktu mengandung.

Misteriousgrapersz

0 comments:

Post a Comment