-->

Inilah Roller Coaster Tertinggi Di Dunia, Berani Cuba?

Posted by Anonymous Thursday, June 28, 2012 1 comments
Roller coaster yang rumit sangat mencabar untuk dicuba. Namun pernahkah anda menaiki roller coaster tertinggi di dunia? Datanglah ke Six Flag Great Adventure di AS dan naiklah wahana Kingda Ka setinggi 139 meter!

Berdiri sejak 2005, Kingda Ka sudah menarik ribuan pelancong. Dengan handalan utamanya iaitu roller coaster tertinggi di dunia, banyak orang yang datang kerana ingin merasakan si tertinggi.

Kingda Ka yang berada di Taman Hiburan Six Flag Great Adventure di New Jersey, AS ini mempunyai jarak tempuh 25 saat. Dengan kelajuan 206 km / jam, roller coaster ini berjaya membuat semua penumpangnya berteriak bebas saat berada di atasnya.

Ketinggiannya mencapai 139 meter dan panjangnya mencapai 950 meter. Sebenarnya, treknya tidak terlalu sadis, namun teriakan tidak boleh dielakkan apabila anda meluncur dari puncak tertingginya. Tidak hanya meluncur, anda juga akan diajak meliuk.

Sebagai yang tertinggi di dunia, Kingda Ka juga pernah mengalami beberapa masalah. Salah satunya adalah tersambar elektrik pada tahun 2009. Kingda Ka sempat tutup selama 3 bulan untuk diperbaiki. Masalah terkini yang menimpa Kingda Ka adalah ditempa Badai Irene pada Ogos 2011.

Kerana mengalami kerosakan yang cukup serius, Kingda Ka ditutup untuk umum sampai hampir setahun. Roller Coaster ini baru saja buka di pertengahan bulan Mei 2012 ini. Jika anda berlibur ke New Jersey, AS, jangan lupa untuk sambangi Taman Hiburan Six Flags Great Adventure dan tantang adrenalin anda dan Melajulah bersama Kingda Ka.






Tabekpuang

1 comments:

Roxella said...

awesome XD

Post a Comment