-->

Terkini: Info Dan Gambar Patung-Patung Moai Yang Mempunyai Badan (10 Gambar)

Posted by Unknown Monday, July 16, 2012 0 comments
Lagi gambar dan info.

Sebelum ini aku ada paparkan beberapa gambar dalam entry Patung Moai Sebenarnya Mempunyai Badan. Sekarang mari lihat pula beberapa lagi gambar patung-patung ini semasa proses Pengalian dijalankan. Sebenarnya proses pengalian ini sudah berjalan selama 5 musim dan ianya diuruskan oleh Easter Island Statue Project (EISP).

Menurut cerita tradisi masyarakat Rapa Nui yang diturunkan secara lisan, pemahat patung tersebut dibayar upah untuk menghargai bakat dan usaha mereka. Upah ini termasuk makanan yang diinginkan seperti Lobster dan Ikan tuna.

Menurut laporan EISP, mereka telah menjumpai tulang ikan tuna di tempat penggalian tersebut dan mereka juga menemukan bukti bagaimana patung ini diletakkan dan ditanam di dalam lubang sedalam 1 meter oleh pemahat patung tersebut. Lagi menarik, mereka juga mendapati setiap badan patung ini mempunyai ukiran petroglyphs yang unik dan tersendiri.

Aku harap selepas ini bakal ada lagi penemuan yang menarik daripada tapak penggalian tersebut! Mungkin ada sesuatu (bandar kuno?) yang tertanam di sana dan masih belum dikeluarkan.












Tibe2Jam6Petang

0 comments:

Post a Comment