-->
Showing posts with label mystery. Show all posts
Showing posts with label mystery. Show all posts

Cahaya Misteri Dan Luar Biasa Muncul Di Langit Rusia (4gambar)

Posted by Unknown Wednesday, August 8, 2012 0 comments
UFO atau HAARP?

Pada 7 Jun yang lalu 2012, dunia gempar dengan lingkaran cahaya misteri yang boleh dilihat melalui langit Lubnan dan juga negara di sekitarnya. Pada hari yang sama juga, di bandar Astrakhan, Rusia, satu cahaya misteri dan dan luar biasa dapat dilihat dengan jelas dari langit tersebut (seperti gambar di bawah).

Menurut laman theblueplanetdiaries, Kementerian Pertahanan Rusia sudah mengesahkan bahawa pada hari tersebut, mereka telah menjalankan ujian peluru berpandu ballistik antara benua (ICBM). Mungkin ini juga dapat menyelesaikan misteri lingkaran cahaya yang hampir sama berlaku di Norway pada tahun 2009 lalu.

Oh ya, berkenaan awan pelik yang berlaku di Sabah semalam, adakah ianya berpunca daripada ujian senjata rahsia oleh TLDM yang berpangkalan di Sepanggar? Atau hanya fenomena semula jadi? Rahsia. Hehe.

Anjing Pelik Dijumpai Berkeliaran Di Bandar Xinxiang China (3gambar)

Posted by Unknown Wednesday, July 25, 2012 0 comments
Pelik?

Seekor haiwan seperti anjing namun mempunyai rupa yang sangat pelik dijumpai berkeliaran di bandar Xinxiang yang terletak di wilayah Henan, China.

Oleh kerana bandar tersebut terletak berdekatan dengan pusat penyelidikan saintifik dan juga sekolah perubatan, penduduk setempat percaya bahawa haiwan tersebut adalah hasil eksperimen genetik yang terlepas daripada makmal. Namun pihak berkuasa mendakwa anjing tersebut adalah daripada baka anjing peliharaan jenis Chinese crested dan anjing ini mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.

Kalaulah betul ianya anjing yang mahal, mesti dah ramai orang yang akan menangkapnya atau memang benar ianya spesimen yang terlepas dan cuba untuk dirahsiakan daripada pengetahuan orang awam?




Tibe2Jam6Petang

Terkini: Info Dan Gambar Patung-Patung Moai Yang Mempunyai Badan (10 Gambar)

Posted by Unknown Monday, July 16, 2012 0 comments
Lagi gambar dan info.

Sebelum ini aku ada paparkan beberapa gambar dalam entry Patung Moai Sebenarnya Mempunyai Badan. Sekarang mari lihat pula beberapa lagi gambar patung-patung ini semasa proses Pengalian dijalankan. Sebenarnya proses pengalian ini sudah berjalan selama 5 musim dan ianya diuruskan oleh Easter Island Statue Project (EISP).

Menurut cerita tradisi masyarakat Rapa Nui yang diturunkan secara lisan, pemahat patung tersebut dibayar upah untuk menghargai bakat dan usaha mereka. Upah ini termasuk makanan yang diinginkan seperti Lobster dan Ikan tuna.

Menurut laporan EISP, mereka telah menjumpai tulang ikan tuna di tempat penggalian tersebut dan mereka juga menemukan bukti bagaimana patung ini diletakkan dan ditanam di dalam lubang sedalam 1 meter oleh pemahat patung tersebut. Lagi menarik, mereka juga mendapati setiap badan patung ini mempunyai ukiran petroglyphs yang unik dan tersendiri.

Aku harap selepas ini bakal ada lagi penemuan yang menarik daripada tapak penggalian tersebut! Mungkin ada sesuatu (bandar kuno?) yang tertanam di sana dan masih belum dikeluarkan.












Tibe2Jam6Petang