-->

Fosil Mesin Purba Berusia 400 Juta Tahun Dijumpai Di Russia (Berita)

Posted by Unknown Monday, July 16, 2012 0 comments
400 juta tahun?

Satu fosil purba telah dijumpai di semenanjung Kamchatka, Russia oleh pejalan kaki yang melalui kawasan tersebut. Menurut seorang ahli arkeologi, Yuri Golubev, penemuan ini sangat mengejutkan para saintis dan ianya mungkin bakal mengubah pemahaman kita kepada sejarah.

Apabila Yuri Golubev dan kumpulannya tiba di tempat penemuan, mereka mendpati beratus objek berbentuk silinder bergigi seperti gear dan ianya kelihatan seperti sebuah bahagian mesin.

Setelah analisis dijalankan, fosil yang didakwa mesin purba ini dianggarkan berusia 400 juta tahun! Apapun, penemuan ini masih dalam peringkat penelitian dan belum lagi ada bukti muktamad.

Kalau betulah penemuan ini adalah fosil mesin purba, mungkin ini akan menguatkan lagi pendapat bahawa manusia sudah membina tamadun yang tinggi suatu masa lalu. Tapi...400 juta tahun dahulu? Macam diluar lojik akal, dinosaur pun wujud lebih kurang 230 juta tahun yang lalu.

Mungkin juga ianya adalah fosil tumbuhan? haiwan? terjadi secara semulajadi? teknologi alien? teknologi manusia? objek yang tertinggal oleh pengembara masa? objek zaman moden yang mengalami proses fossilization? atau mungkin berita ini adalah rekaan semata-mata? aku pun tidak tahu.




0 comments:

Post a Comment