-->

WOW: PENCAKAR LANGIT TERTINGGI DI DUNIA BAKAL DIBINA DALAM MASA 90 HARI (2GAMBAR)

Posted by syahira rusman Thursday, July 26, 2012 1 comments
Biar betul?

Sky City bakal menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di dunia apabila siap nanti. Ianya bakal dibina di bandar Changsa wilayah Hunan, China. Pencakar langit ini berketinggian 838 meter tinggi bakal mengatasi ketinggian Burj Khalifa (828 meter) apabila siap nanti.

Lagi mengagumkan, sebuah syarikat daripada China yang dinamakan Broad Sustainable Building (BSB) akan membina menara ini dalam masa 90 hari. Biar betul? Sebenarnya ini mungkin tidak mustahil untuk dilakukan kerana syarikat BSB juga pernah membuat hotel setinggi 30 tingkat dalam masa 15 hari sahaja.

Menurut Syarikat BSB, jika semua berjalan seperti yang dirancang, mereka akan memulakan pembinaan pencakar langit ini pada November 2012 dan dijangka siap pada Januari 2013. Macam masak mee segera. Kita tunggu dan lihat apakah hasilnya nanti.

P/s: Kalau syarikat ini membina Ultima tower, agak-agak berapa lama boleh siap?




AkuStressGiler

1 comments:

ADMIN said...

Yup..Mmg syarikat tu high speed..Kat UTube ada tnjuk pasal pembinaan 15 hari tu..Mmg gempak

Post a Comment