-->

Serius: Ahli Politik Jepun Mahu Cadang Pembangunan Robot Gundam Sebenar Untuk Pertahanan (2 Gambar)

Posted by Unknown Wednesday, July 18, 2012 0 comments
Biar betul?

Sebuah rancangan video Jepun yang bakal bersiaran akan membawakan perbincangan beberapa ahli politik daripada Japan's Liberal Democratic Party (LDP). Perbincangan ini adalah mengenai idea pembinaan robot Gundam sebenar yang boleh berfungsi. Menurut ahli LDP tersebut, pihak LDP sangat serius untuk mempertimbangkan pembangunan robot Gundam yang mungkin digunakan untuk tujuan pertahanan negara.

Pada tahun 2008, Agensi Sains dan Teknologi Jepun telah menganggarkan kos pembuatan sebuah robot Gundam sebenar berketinggian 60 kaki dan seberat 43.7 tan metrik adalah sebanyak US$725 000 000, tidak termasuk kos pekerja.

Melihat kepada perkembangan teknologi robot di Jepun, tidak mustahil robot Gundam ini akan dihasilkan dan sekaligus mempromosikan industri pembuatan 'senjata' ini. Tapi itupun jika LDP diberikan peluang untuk memegang kuasa kerajaan Jepun kembali.

Untuk pengetahuan anda LDP memegang kuasa kerajaan Jepun selama 54 tahun sejak perang dunia kedua tamat. Kerajaan Jepun sekarang dipegang oleh Democratic Party of Japan (DPJ) yang mengambil alih kerajaan Jepun sejak kemenangan pilihanraya pada tahun 2009.

Mungkin juga rancangan pembangunan robot Gundam ini merupakan salah satu strategi LDP untuk meraih undi anime fags di Jepun pada pilihan raya akan datang. Hehe. Apapun, harap-harap tidak akan terjadi perang yang melibatkan robot Gundam kerana sudah pasti ia adalah satu malapetaka yang sangat buruk.

P/s: Pembangunan robot Transformer juga semakin giat dijalankan oleh pelajar universiti Jepun.



Tibe2Jam6Petang

0 comments:

Post a Comment