-->

Sadis: Beberapa Haiwan Yang Pupus Pada Abad Ke-21 (8 Gambar)

Posted by Unknown Thursday, July 19, 2012 0 comments
Info.

Pada 24 Jun 2012 yang lalu adalah hari terakhir bagi spesies Chelonoidis nigra abingdonii atau lebih dikenali sebagai kura-kura Pulau Pinta (Pinta Island tortoise). Kura-kura gergasi yang dinamakan Lonesome George merupakan yang terakhir hidup di dunia dan subspesies kura-kura daripada kepulaluan Galápagos ini dipercayai telah pupus.

Walaupun semasa hayatnya, kura-kura ini cuba dipasangkan dengan kura-kura daripada subspesis lain, namun segala usaha untuk mendapatkan bakanya telah gagal. Pihak IUCN telah menyenaraikan kura-kura ini dalam senarai haiwan yang telah pupus dalam habitat semulajadi.

Sangat sadis kerana baru 12 tahun diawal abad ke-21, sudah terdapat beberapa subspesies haiwan yang dipercayai telah pupus. Di bawah ini adalah diantaranya.

P/s: Javan tiger (Panthera tigris sondaica) dimasukkan dalam senarai haiwan yang telah pupus pada tahun 1994, Pada tahun 2008, Malayan tiger (Panthera tigris jacksoni) pula telah dimasukkan dalam senarai haiwan terancam oleh IUCN. Harap-harap ianya tidak pupus di abad ini.














0 comments:

Post a Comment