-->

Pemandangan Menakjubkan Dari Taman Negara Zhangjiajie (8 Gambar)

Posted by Unknown Monday, July 23, 2012 0 comments
Amazing!

Satu lagi tempat yang menakjubkan. Sebelum ini aku ada paparkan beberapa pemandangan yang indah dan menakjubkan di beberapa tempat. Kali ini mari lihat pula pemandangan yang memukau dari Taman Negara Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China.

Ianya merupakan hutan simpan yang mempunyai bentuk muka bumi ekstrim dan mempunyai 'tiang-tiang batu' yang tinggi. Taman ini berkeluasan 4810 hektar dan yang menariknya, terdapat satu tiang batu berketinggian 3544 kaki yang diberi nama 'Avatar Hallelujah Mountain' sempena gunung-gunung terapung yang terdapat dalam filem Avatar.

Tapi bagi aku, tiang-tiang batu ini lebih kelihatan seperti kawasan terletaknya Air Temple dalam siri kartun dan filem Avatar The last Air Bender!


0 comments:

Post a Comment