-->

Info : Gaya Rambut Yang Membezakan Status Perkahwinan Di Korea Utara (7 Gambar)

Posted by Muhamad Syafiq Wednesday, July 25, 2012 0 comments

Kementerian Penyatuan Korea Utara hari ini telah mendedahkan gaya rambut yang ditawarkan kepada kaum wanita Korea Utara blog post terkini di laman webnya.

Siri gambar ini menunjukkan keindahan peranan dan gaya penampilan peribadi dalam kehidupan wanita Korea Utara dengan menonjolkan perbezaan gaya rambut untuk wanita yang belum berkahwin dan wanita yang sudah berkahwin.

Selain itu, wanita Korea Utara juga akan mengenakan gaya rambut yang berbeza itu apabila mengenakan pakaian tradisional masyarakat Korea Utara iaitu Choson berbanding apabila mereka mengenakan pakaian ala-Barat.

Dengan pakaian tradisional, wanita Korea Utara akan memilih untuk mempunyai gaya rambut yang lurus dan updo, manakala dengan pakaian ala-Barat, mereka akan memperagakannya dengan gaya rambut yang mengerbang, kerinting serta pelbagai gaya yang lain.

Golongan wanita yang belum berkahwin akan memakai jalinan pita pada rambut mereka atau memisahkan rambut kepada 2 bahagian dan mengikatnya seperti tocang.

Malah, terdapat satu pertandingan kecantikkan untuk mengiktiraf salon kecantikkan terbaik di Pyongyang.








0 comments:

Post a Comment