-->

5 Selebriti Hollywood Dengan Wajah Yang Mengerikan

Posted by Anonymous Monday, July 23, 2012 0 comments
Biasanya kita mengetahui jika selebriti itu biasanya berwajah rupawan dan terkenal akan keindahan tubuhnya. Namun selebriti-selebriti ini mempunyai wajah yang cukup mengerikan namun kepopularannya di dunia showbiz tak diragukan lagi.


Marilyn Manson


Marilyn Manson adalah salah satu selebriti berwajah aneh dan mengerikan. Lebih-lebih lagi dengan dandanannya yang mirip drakula lebih menakutkan berbanding prestasinya di pentas. Namun walaupun begitu Marilyn Manson adalah salah seorang rocker terkenal.


Michael Berryman


Mungkin jika melihat wajah pelakon ini kita menganggapnya sebagai make up. Ternyata ini adalah wajah asalnya. Pelakon yang lahir di LA ini menderita penyakit Hypohidrotic Ectodermal dysplasia dimana sebuah keadaan ia tak memiliki rambut, gigi atau kuku. Namun ia banyak bermain di film-film bergenre horor dan science fiction. Wajahnya yang mengerikan membuatnya laris untuk melakonkan pelbagai watak seram.


DJ Qualls


DJ Qualls sendiri juga mengalami keadaan yang jarang berlaku iaitu Hodgkin 's lymphoma sebuah bentuk kanser di usia 14 tahun. Setelah dua tahun mengalami pembedahan, kemoterapi dan radiasi, kanser berjaya disembuhkan namun memberi kesan pada wajah dan leher yang menjadi kurus. Namun anehnya lagi sejak ditemui oleh pencari bakat dia terus menjadi model Prada dan Calvin Klein.


Jocelyn Wildenstein


Inilah yang terjadi jika anda terobsesi melalui pembedahan plastik. Jocelyn adalah seorang sosialita yang kaya raya dari Switzerland dan ia menjadi terkenal kerana wajahnya yang mengerikan. Penampilannya yang melampau membuat akhbar menamakannya sebagai The Bride of Wildenstein. Jocelyn sendiri sudah menghabiskan hampir 4 juta dollar untuk operasi plastik selama bertahun-tahun. Semua itu dibayai oleh suaminya yang jutawan Alec Wildenstein.


Marty Feldman


Marty Fieldman yang sudah meninggal ini adalah seorang penulis dari Inggeris, pelawak dan pelakon pemenang BAFTA. Ia terkenal kerana matanya yang besar hal ini disebabkan oleh keadaan tiroid dikenali sebagai Graves Disease. Ia tidak hanya banyak menulis skenario untuk siri komedi tetapi juga tampil di pelbagai tajuk film layar lebar dan televisyen.

tabekpuang

0 comments:

Post a Comment