-->

Beranikah Anda Makan di Tempat Menakutkan Seperti Ini?

Posted by Anonymous Monday, July 2, 2012 0 comments
Apabila anda ingin mendapatkan sensasi berbeza ketika menikmati hidangan anda, datang saja ke Belgium dan ikuti program dari restoran Dinner in the Sky yang diadakan dari tarikh 4 Jun hingga 1 Julai akan datang. Restoran tersebut akan menawarkan servis makan di atas udara kota Brussels setinggi 27 meter dari daratan melalui gondola khusus.

Selama satu bulan lebih, restoran Dinner in the Sky memberikan kesempatan bagi 600 tetamu yang harus merogoh kocek USD 315 atau setara dengan rm1 ribu lebih untuk tempahan satu orang saja. Sekali servis, 22 meja disediakan bagi para tetamu yang ditemani oleh para chef handal.

Jadual tempat makan restoran Dinner in the Sky ini tepatnya adalah di Royal Palace (4-10 Jun), Atomium (11-17 Jun), Esplanade of Cinquantenaire (18-24 Jun) dan terkini Bois de la Cambre (25 Jun hingga 1 Julai ). Selain Belgium, ternyata Dinner in the Sky juga pernah melayani warga Paris, London, Dubai, Las Vegas, Sydney, dan Monaco. Adakah anda berminat untuk mencubanya?



Tabekpuang

0 comments:

Post a Comment