-->

Video Katak Duduk Seperti Manusia Yang Popular Di Tonton Di Youtube

Posted by Anonymous Friday, July 6, 2012 0 comments

Siapa kata cuma manusia yang boleh duduk berehat, katak juga boleh. Lihatlah katak yang satu ini, tanpa merasa terusik kamera ia tetap santai menikmati waktunya sendiri, It 's time to relax, man.! (Gambar: Youtube)

Bentuknya yang kecil dan kuat melompat, kadang-kadang sangat lucu ketika diamati. Kakinya yang panjang, menjadi kekuatan dalam melakukan lompatan. Banyak gambar lucu katak yang berjaya diabadikan oleh para jurugambar. Seperti ketika atak melompat, berenang, hingga ketika memburu mangsanya.

Pernahkah anda melihat katak sedang duduk seperti seorang manusia? Jika anda bilang belum dan tidak mungkin katak boleh melakukannya, wajib melihat rakaman video yang dimuat di Youtube oleh pengguna akaun RoltonB. Anda pasti terkejut tak percaya melihat video yang dipost pada Sabtu (23/​​4) lalu.

Rakaman video itu menunjukkan katak yang duduk santai di bangku kayu panjang. Kaki katak menjuntai ke bawah dari sisi bangku, dengan dua tangannya yang berada di atas paha. Tanpa memperdulikan orang yang sedang merakam dirinya, katak terlihat sangat menikmati duduk santainya.

Video berdurasi 0:43 minit itu menggambarkan pula keadaan katak dengan bahagian leher yang terus bergerak. Lucunya lagi, perut katak yang besar kelihatan seperti manusia buncit akibat kegemukan. Pemandangan yang sangat menakjubkan dari seekor katak

Keterangan di bawah video yang ditulis oleh pemuat menyatakan bahawa rakaman video itu tidak hasil photoshop. Rakaman katak diambil secara kebetulan, ketika pemilik video melihat kejadian pelik seperti itu.

Pemilik video tidak meletakkan lem atau isolasi pada kodok dan tidak melakukan penyeksaan. Semua itu murni seperti keadaan apa adanya. Pemilik video juga menyatakan bahawa katak akhirnya melompat dari bangku menuju kawasan berair di dekat lokasi. Rakaman video itu mendapat banyak kunjungan pengguna internet. Hingga Rabu (16/5), video sudah dilihat oleh 8.934.328 orang.

Mahu melihat seperti apa rakaman video katak yang sedang duduk seperti manusia? Ini Tabekpuang paparkan videonya.



Tabekpuang

0 comments:

Post a Comment