-->

Pengembaraan Ke Pusat Bumi Yang Sebenar Bermula Pada 2015 (2gambar)

Posted by Unknown Saturday, July 14, 2012 0 comments
Journey to the center of earth!

Pengembaraan ke pusat bumi mungkin menjadi kenyataan apabila laman web Volcanic Virgin mengumumkan bahawa Sir Richard Branson, pemilik Virgin Group bakal menyertai misi pertama yang dijadualkan bermula pada tahun 2015.

Misi ini sebenarnya adalah satu misi untuk meneroka pusat gunung berapi dan operasi untuk tiga tahun pertama, mereka akan menumpukan pada lima gunung berapi paling aktif di dunia iaitu Etna, Stromboli, Yasur, Ambrym dan Tinakula.

Pihak virgin juga telah mengumumkan kenderaan yang digunakan untuk misi ini. Kenderaan ini digelar VVS1 dan ianya diperbuat dari bahan-bahan karbon yang dipatentkan untuk penerokaan angkasa.

Tapi sayangnya, berita ini di umumkan beberapa jam sebelum 1 april dan mungkin ianya hanyalah satu gurauan daripada pihak Virgin. Jadi tunggu dan lihat sama ada ianya berita benar atau palsu. :>





0 comments:

Post a Comment