-->

Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Posted by Unknown Sunday, July 1, 2012 0 comments

Niat solat sunat selepas akad nikah

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar.”

Maksudnya : "Sahaja aku solat sunat selepas nikah dua rakaat kerana Allah Taala." 

Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafiruun. 

Rakaat kedua membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. 

Dalil solat sunat selepas akad nikah

Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya :

“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah) 

Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata :

Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud r.r. lalu berkata : Aku menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah bin Masud berkata :

“Sesungguhnya cinta berasal dari Allah S.W.T. sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah S.W.T.. Jika isterimu datang kepadamu maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu.” (Riwayat Abd Razak) 

Namun sebahagian orang menyatakan solat sunat ini tidak ada asasnya di dalam Islam kerana hadis-hadis yang dikemukan ini tidak kuat.

Tetapi Syeikh al-Albani juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi Salaf al-Soleh.

Wallahualam. 


0 comments:

Post a Comment