-->

Perkara-perkara Penting Ketika Berjimak

Posted by Unknown Tuesday, July 3, 2012 0 comments


Bertaubat dan Memohon Keampunan

Pada malam pertama, Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu, mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya. Diharapkan pertemuan buat kali pertama ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.

Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا

Ertinya : “Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah.”

Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.

Sembahyang Sunat di Bilik Tidur

Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ

Ertinya : "Ya Allah, berkatilah bagiku di sisiku ahliku, dan berkatilah bagi mereka. Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan. Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka. Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai."

Beramah Mesra

Selepas itu, si suami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.

Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.

Meletak Tangan Kanan di atas Ubun-ubun Isteri

Selepas itu, suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

اللــــــــــــــهم إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه

Ertinya : "Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik-baiknya barang ciptaan Kamu. Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya."


0 comments:

Post a Comment