-->

Lawak Bodoh Lagi Bangang II

Posted by Unknown Monday, July 2, 2012 0 comments
RAWATAN KECEMASAN

Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan ditengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar. "Puan ketepi! Biar saya yang buat. Saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!" Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya. Jelas lelaki itu belum begitu mahir. Lalu, dengan tenang wanita itu berkata, "Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."

KISAH CACING

Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil tanya kepada ibunya. "Ibu, manusia itu apa...?" Tanyanya. "Hisssh.... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." Kata ibunya.

KENAPA TAK KETAWA

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan. Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan. Oleh kerana merasa tidak puas hati, seorang gadis segerabertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak-pelawak itu selesai. "Apakah persembahan mereka tidak kelakar?" tanya seorang gadis kepada wanita itu. "Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat. "Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi?"tanya gadis itu lagi. "Tidak", jawab wanita itu. "Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuas hati. "Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai?" getusnya.

PENJAGA LANDASAN KERETAPI


Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu. "Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri. "Saya akan pindahkan salah satu rel yang lain," jawab Sarjo. "Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi. "Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual". "Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?". "Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesen terdekat." "Kalau telefonnya sedang digunakan?""Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?" "Kalau telefon awam rosak?" "Saya akan pulang menjemput nenek saya." "Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan. "Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thun , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."


0 comments:

Post a Comment