-->

10 Malaikat Yang Wajib Diketahui

Posted by Unknown Sunday, July 1, 2012 0 comments
Malaikat adalah ciptaan Allah yang ghaib, yang tidak mempunyai nafsu dan fikiran, tidak berbapak dan tidak beribu, juga tidak beranak. Malaikat hanya mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka. Malaikat ada banyak, tapi yang wajib diimani hanya ada sepuluh.

Keimanan kepada malaikat adalah rukun Iman yang kedua, maka setiap orang Islam yang mengaku muslim harus mengimani keberadaan malaikat. Antara tugas-tugas malaikat adalah :


1. Jibril/Jibrail tugasnya menyampaikan wahyu kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Jika kita perasan, kita akan ingat tentang Jibrail bila wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Hira’.

2. Mikail – menjalankan tugas menurunkan rezeki dan hujan.

3. Israfil – meniup sangkakala apabila hari hendak Kiamat. Ini antara salah satu tugas yang sangat ditakuti oleh ramai orang. Apabila malaikat Israfil menyiup sangkakala, ini menandakan hari kiamat bakal tiba.

4. Izrail – mencabut/mengambil nyawa (malaikat maut). Malaikat inilah yang akan mencabut nyawa kita apabila masa kita sudah tiba untuk pergi dari dunia ini.

5. Munkar dan Nakir – menyoal mayat dalam kubur. Sebaik sahaja orang yang hidup meninggalkan kubur yang baru ditanam sejauh 7 langkah, lalu datanglah malaikat ini. Jika kita banyak berbuat jahat, maka pandai-pandailah kita menjawab dalam kubur nanti.

6. Raqib – menulis dan mencatat amalan kebaikan semasa kita di dunia ini (duduk di bahu kanan).

7. Atid – menulis dan mencatat amalan kejahatan semasa kita di dunia ini (duduk di bahu kiri). Dua malaikat ni sentiasa bersama kita. Cuma kita selalu lupa akan mereka. Percayalah, mereka sentiasa tidak jemu menulis setiap amal kebaikan dan kejahatan kita di dunia ini. Jadi, jangan buat jahat dan buat amal yang baik selalu.

8. Ridwan – menjaga pintu syurga. Rasa-rasanya ramai orang namakan anak mereka dengan nama ridwan. Mungkin sebab teringat akan nama malaikat Ridhuan. Mungkin dengan harapan, anak mereka menjadi seorang yang baik dan seterusnya akan masuk ke syurga.

10. Malek – menjaga pintu neraka. Malaikat ni, kita takkan jumpa kalau kita tak masuk neraka. Dan wajah malaikat Malek sangat menakutkan ahli-ahli neraka.


0 comments:

Post a Comment