-->

Erti Sebuah Cinta Suci

Posted by Admin Friday, July 6, 2012 0 comments

Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang menjadi fitrah diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia, iaitu keinginan kepada manusia yang mempunyai jantina berlawanan daripada dirinya.

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar Rum ayat 21)

Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesucian tergantung dari bingkainya. Ada bingkai yang suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram

Cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan, disamping mengandung persiapan untuk menempuh kehiduapan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.

Cinta bukanlah hanya sebuah ketertarikan secara luaran saja. Ketertarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta bukan puncaknya. Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan. Tapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.

Islam adalah agama fitrah kerana itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu dan dilindungi dari segala kehinaan, maksiat dan apa saja yang mengotorinya.

Islam menyucikan perasaan cinta dan mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram.

PERNIKAHAN TEMPAT BERMUARANYA CINTA

“Tidak terlihat diantara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan..”
(Sunan Ibnu Majah)

Pernikahan dalam islam merupakan sebuah kewajipan bagi yang mampu. Dan bagi insan manusia yang saling menyintai pernikahan seharusnya menjadi tujuan utama mereka.

Kerana itulah percintaan yang tidak mengarah kepada pernikahan bahkan disertai hal-hal yang diharamkan agama sangat ditentang oleh islam. Cinta dalam pandangan islam bukanlah hanya sebuah perhubungan atas dasar nafsu semata-mata.

Ini kerana cinta memerlukan kematangan dan kedewasaan untuk membahagiakan pasangannya bukan menyengsarakannya dan bukan juga menjerumuskannya ke jurang maksiat.

Percintaan tanpa didasarkan dengan tujuan hendak menikah adalah sebuah perbuatan maksiat yang diharamkan oleh agama. Kerana batas antara cinta dan nafsu pada dua orang manusia yang saling menyintai sangatlah nipis sehingga pernikahan adalah sebuah ubat yang sangat tepat untuk mengubatinya.

Pernikahan adalah sebuah perjanjian suci yang menjadikan Allah SWT sebagai sebabnya. Cinta kerana Allah dengan meletakkan Allah sebagai cinta pertama. Dan tidak ada yang melebihi ikatan ini.

Dan inilah puncak segala kenikmatan cinta itu dimana kedua orang yang saling menyinta itu memilih untuk hidup bersama dan saling berjanji untuk saling mengasihi dan berkongsi hidup baik suka mahupun duka.

Misteriousgrapersz

0 comments:

Post a Comment