-->

Tips Dan Rahsia Kehamilan

Posted by Admin Tuesday, July 10, 2012 0 comments

Korang nak hamil? Sudah tentu itulah persoalan yang sering bermain di setiap fikiran seorang ibu. Setiap pasangan suami isteri memang tidak sabar untuk memiliki anak namun kadang-kadang harapan tersebut tinggal harapan saja kerana isteri korang tidak hamil. Berikut ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu korang untuk hamil.

Sebenarnya, begitu banyak sekali pertanyaan dari para ibu terutama yang baru menjadi ibu seperti “Bagaimana saya boleh mengandung? Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengandung?

Dan ada juga yang bertanyakan dalam bentuk yang lebih khusus iaitu, bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks (waktu subur wanita), berapa kali perlu dilakukan, posisi dan cara serta kaedah terbaik semasa hubungan seks untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil.

Tips Untuk Mudah Hamil (Jika Diizinkan Allah

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur atau ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur korang? Korang boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu korang menentukan bilakah masa subur korang. Korang perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya korang melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” korang melakukan hubungan pada "waktu subur". Sebab, jika korang melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa korang (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Korang

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme – klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika korang mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan korang ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual

Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk korang hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul korang, sehingga pinggul korang beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas korang berdua mencapai klimaks bersama-sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha korang sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila korang ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jika korang tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Korang juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina korang dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksik untuk sperma.

6. Buat Para Suami

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua tekanan. Ini kerana tekanan atau stress terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

Wallahualam...

p/s: Berdoalah kepada Allah S.W.T kerana hanya Dialah satu-satunya yang mampu memberi apa yang korang inginkan.


0 comments:

Post a Comment