-->

Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Rumah tangga

Posted by Admin Tuesday, July 10, 2012 0 comments

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia”. (al-Bukhari)

Bahagia dalam erti kata yang sebenar adalah apabila korang dapat melakukan ibadah dengan tenang. Seandainya korang masih kelam-kabut atau rasa terdera setiap kali melakukan solat misalnya korang belumlah lagi seorang yang bahagia.


Rumah tangga yang mengalami kegagalan perlu diselamatkan. Ia berbeza dengan mahligai cinta. Mahligai cinta hanya dianggotai oleh dua orang yang sedang bercinta, tetapi mahligai rumah tangga dihuni oleh ramai orang dan banyak pihak – anak2, mentua, ipar duai, saudara mara. Maka itu, kegagalan rumah tangga mesti melalui proses baik pulih sebelum benar2 dipisahkan. Sedangkan kereta yang dah berkarat boleh diberikan cat baru dan enjin baru, mengapa tak alam rumah tangga.

Usah ambil jalan mudah dengan berpisah. Kenang2 mereka yang terpaksa menanggung susah. Sebuah perkahwinan paling tidak melibatkan jurunikah dan dua orang saksi. Namun, perkahwinan hari ini menyaksikan begitu ramai orang terlibat dan begitu banyak wang dibelanjakan. Tak semestinya bahtera yang akan karam akan terus karam, pelbagai perkara boleh dilakukan untuk menyelamatkannya.

Andainya korang masih juga terpaksa menempuh kegagalan rumah tangga, laluan kedua untuk menyelamatkan keadaan ialah kembali bersatu. Sebab itulah dalam Islam ada talak satu dan tiga. Talak satu memberikan peluang kita bertenang serta merasai makna perpisahan serta kesan-kesannya. Bersatu kembali itu barangkali susah tetapi terus berpisah tentu lebih susah. Rujuk adalah laluan kedua yang boleh korang usahakan untuk kembali mengecapi kenikmatan hidup berumah tangga. Sungguh memalukan, hanya mengendalikan sebuah keluarga yang kecil pun tak mampu, bagaimana agaknya jika diminta memimpin sebuah negara?

Tetapi awas, sekiranya sesebuah perkahwinan itu berada dalam talak tiga, takde laluan kedua untuk korang samada si suami mahupun isteri. Dalam keadaan begini, lupakan je lah si dia. Dia telah menjadi orang asing, bukan lagi asing bahkan haram menikah kembali. Laluan kedua korang dalam keadaan ini ialah binalah perkahwinan lain bersama orang lain. Peratus korang untuk dapat kembali pada bekas suami atau isteri sangat tipis sebab ‘cinta buta’ secara tak terancang bukanlah mudah terjadinya.

Terdapat sebuah kisah yang mana seorang lelaki tua hari2 menghendap jandanya yang juga telah tua. Mereka bercerai dengan talak tiga. Si suami telah memberikan talak tiga dalam satu pertengkaran. Maka itu mereka dipisahkan. Si bekas suami ini tinggal di rumah lain, masalahnya rumah itu bersebelahan je dengan dengan rumah yang didiami oleh bekas isterinya. Nyata dia masih sayang, segala kenangan sepanjang hidup bersama sentiasa terbayang-bayang. Sekarang, si lelaki tua ini hari2 menghendap bekas isterinya sambil mengecup-gecup bibir. Takde jalan untuk kembali. Siapalah yang nak menjadi ‘cinta buta’ pada seorang wanita tua?

Setelah semua laluan seolah-olah tertutup, adalah lebih baik mengukuhkan laluan menuju Ilahi. Umur pun dah lanjut, bukankah lebih baik menumpukan perhatian pada ibadah. Biar usia yang berbaki terguna dengan sebaik-baiknya. Untung nasib kita dikira pada penghujungnya. Sebaik mana pun seseorang itu kalau mati dalam su’ul khatimah bakal mengalami kesengsaraan. Dah la di dunia sengsara tak boleh kembali bersatu, di akhirat pula sengsara kerana cuai menjadikan diri sebaik-baik hamba.

Husnul khatimah bermaksud berakhirnya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk.

Laluan alternatif yang masih ada adalah perkahwinan baru dengan wanita lain. Moga2 bekas isteri juga menemui jodohnya pula.

Cinta itu indah, usah dicemari dengan perilaku yang salah.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak


0 comments:

Post a Comment