-->

Teknologi Dalam Mata Dan Telinga

Posted by syahira rusman Wednesday, September 12, 2012 0 comments

Seperkara lagi yang masih kekal tanpa sebarang jawapan oleh teori evolusi ini ialah ketinggian kualiti persepsi dalam telinga dan mata.

Sebelum meneruskan subjek mengenai mata ini, mari kita secara ringkas menjawap soalan 'bagaimana kita melihat'. Sinaran cahaya yang datang dari objek jatuh ke atas retina mata. Di sini sinaran cahaya ini ditukarkan kepada isyarat elektrik oleh sel-sel dan sampai ke titik kecil di belakang otak yang dipanggil pusat penglihatan. Isyarat elektrik ini ditefsirkan sebagai sebuah imej di pusat otak setelah melalui beberapa siri proses.

Dengan latar belakang teknikal ini. mari kita fikirkan sejenak.

Otak merupakan organ yang kalis dari cahaya. Ini bermakna bahagian dalam otak adalah amat gelap, dan cahaya tidak dapat sampai ke bahagian di mana otak terletak. Bahagian yang dipanggil pusat penglihatan merupakan tempat yang sangat gelap di mana cahaya tidak dapat sampai kepadanya, ianya mungkin, bahkan tempat yang paling gelap kamu pernah ketahui. Akan tetapi, sebenarnya kamu melihat terang benderang dan kekilauan dunia ini dari pusat kegelapan ini.

Imej yang terbentuk di dalam mata ini sangat tajam dan jelas, bahkan teknologi abad ke 20 ini tidak mampu untuk menghasilkannya. Sebagai contoh, lihat pada buku yang kamu baca, yang berada di tangan kamu, kemudian angkat kepala kamu dan perhatikan sekeliling kamu. Pernahkah kamu melihat imej seperti ini ketika melihat tempat lain? Sekalipun skrin televisyen yang dihasilkan oleh pengeluar televisyen terhebat di dunia masih tidak dapat menghasilkan imej seperti ini kepada kamu. Imej ini bersifat tiga-dimensi, berwarna dan mempunyai ketajaman yang tinggi. Untuk lebih seratus tahun, beribu-ribu jurutera berusaha untuk menghasilkan imej dengan ketajaman seperti ini. Kilang-kilang, premis besar telah didirikan, banyak kajian telah dibuat, perancangan dan rekaan juga dilaksanakan untuk tujuan ini. Sekali lagi, lihat di skrin televisyen dan buku yang berada di tangan kamu. Kamu akan melihat di sana ada perbezaan besar dari sudut ketajaman dan kejelasan. Selanjutnya, skrin televisyen hanya memaparkan imej dua dimensi, sebaliknya melalui mata kamu, kamu melihat perspektif mendalam imej tiga dimensi.


Untuk beberapa tahun, puluhan ribu jurutera cuba untuk menghasilkan televisyen tiga dimensi untuk mencapai kualiti penglihatan seperti mata. Memang benar, mereka telah membuat sistem televisyen dengan tiga dimensi, tetapi ianya tidak mungkin dapat di lihat tanpa meletakkan kaca-kaca; dan lagi ia hanyalah sekadar imej tiga dimensi yang palsu.Latar belakangnya lebih kabur, latar depannya timbul seperti latar kertas. Tidak sekali-kali mungkin untuk menghasilkan penglihatan yang tajam dan jelas seperti mata. Dalam kedua-dua kamera dan televisyen, terdapat imej yang kurang berkualiti.
Evolusionis mendakwa bahawa mekanisme yang menghasilkan imej yang tajam dan jelas ini terbentuk dengan kebetulan. Sekarang, sekiranya seorang memberitahu kamu bahawa televisyen di bilik kamu terjadi hasil daripada kebetulan, bahawa semua zarah-zarahnya tiba-tiba bersatu dan membentuk alat yang menghasilkan imej ini, apa yang kamu akan fikir? bagaimana atom-atom mampu menghasilkan apa yang tidak mampu dibuat oleh beribu-ribu manusia?.

Sekiranya sebuah alat yang menghasilkan satu imej yang lebih berbanding mata tidak terjadi secara kebetulan, maka ianya satu bukti yang jelas, bahawa mata dan imej yang dihasilkan oleh mata lebih lojik tidak terbentuk secara kebetulan. Situasi yang sama juga berlaku di telinga. Bahagian telinga luar menerima bunyi dengan aurikel dan membawa bunyi itu ke bahagian telinga tengah; bahagian tengah telinga menukarkan getaran bunyi itu dengan menguatkan mereka; telinga dalam menghantar getaran ini ke otak dengan menukarkannya kepada isyarat elektrik. Sepertimana juga mata, tindakan mendengar ini berakhir di pusat pendengaran di otak.

Situasi di mata juga sama seperti untuk telinga. Bahawa otak adalah kedap dari sebarang bunyi seperti mana kedap dari cahaya; ia tidak membenarkan sebarang suara sampai ke dalamnya. Dengan itu, bagaimana bising di luar sekalipun, bahagian dalam otak adalah keadaan yang amat sunyi. Namun, bunyi yang paling nyaring tetap dirasakan di otak. Di dalam otak yang kedap dari sebarang bunyi, kamu mendengar simfoni dari sebuah orkestra, dan mendengar semua kebisingan di tempat yang sesak. Akan tetapi, jika kadar bunyi dalam otak kamu diukur dengan alat yang tepat pada suatu ketika, ianya didapati bahawa keadaan di dalamnya adalah sangat sunyi.

Seperti kes pengimejan, usaha selama berdekad-dekad juga diambil untuk membuat dan menghasilkan bunyi suara yang sama seperti yang asli. Hasil dari usaha ini, ialah keluaran seperti perakam suara, sistem ketepatan-tinggi, dan sistem pengesan suara. Di sebalik semua teknologi ini dan ribuan jurutera dan pakar-pakar yang bekerja dalam usaha ini, sehingga sekarang tidak ada satu bunyi yang terhasil yang mempunyai ketajaman dan kejelasan yang sama seperti bunyi yang di dengar oleh telinga. Cuba lihat kepada sistem Hi-Fi dengan kualiti yang paling tinggi yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar dalam industri muzik.

Bahkan dalam alat ini, ketika suara dirakamkan, setengah darinya hilang; atau ketika menghidupkan Hi-Fi kamu selalu mendengar bunyi desisan sebelum lagu bermula. Bagaimanapun, bunyi yang dihasilkan oleh teknologi tubuh manusia lebih tajam dan sangat jelas. Telinga manusia tidak pernah menerima satu bunyi bersama-sama dengan bunyi desisan atau seperti gangguan pemancar seperti Hi-Fi; telinga menerima bunyi persis dengan bunyi itu, tajam dan jelas. Ini adalah keadaannya sejak penciptaan manusia.

Setakat ini, tidak ada alat visual atau perakam yang dibuat oleh manusia begitu sensitif dan berjaya merasakan data sensori seperti telinga dan mata. Milik Siapakah Kesedaran Melihat Dan Mendengar Yang Terdapat Dalam Otak. Apakah sebenarnya yang melihat segala macam godaan dunia dalam otaknya, mendengar kepada simfoni dan bermain dengan burung, dan menghidu bau sekuntum bunga ros?



Rangsangan yang datang dari mata, telinga dan hidung manusia akan bergerak ke dalam otak sebagai impuls saraf elektrokimia. Dalam buku-buku biologi, psikologi, dan biokimia, kamu akan menemui banyak keterangan bagamana imej ini terbentuk di dalam otak. Bagaimanapun kamu tidak dapat menjangkau fakta penting mengenai perkara ini; siapakah sebenarnya yang merasai impuls saraf elektrokimia ini sebagai imej-imej, bunyi, bau dan peristiwa sensori di dalam otak? Di sana terdapat satu sifat yang sedar di dalam otak yang merasakan semua ini tanpa merasa sebarang keperluan kepada mata, telinga dan hidung. Siapakah pemilik kesedaran ini? Tidak diragui lagi bahawa kesedaran ini bukanlah dimiliki olah saraf-saraf, lapisan lemak atau neuron yang terdapat di dalam otak. Ini adalah sebab mengapa penganut Darwinis-materialis yang percaya bahawa semua kewujudan adalah terdiri pada material, tidak dapat menjawap soalan ini.

Sifat sedar ini ialah roh yang diciptakan oleh Allah. Roh ini tidak memerlukan mata untuk melihat imej, juga tidak telinga untuk mendengar bunyian. Bahkan tidak memerlukan otak untuk berfikir.

Orang yang sedar akan fakta saintifik dan tersirat ini akan menghayati kebesaran Allah, akan takut kepadaNya dan meminta perlindungan dariNya, Dia yang mengeluarkan keseluruhan alam semesta di dalam tempat yang gelap-gelita beberapa kubik sentimeter dalam tiga-dimensi, berwarna, samar-samar, dan bentuk yang berkilau-kilauan.

Semoga mendapat menfaat, apa yang baik datangnya dari Allah, dan yang silap atas kelemahan dan ganguan Syaitan yang menganggu.

Kredit[Zaharuddin.net]


0 comments:

Post a Comment