-->
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

17 Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Posted by Unknown Sunday, September 30, 2012 0 comments

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang

sungguh berkesan.Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku
bersih”

Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini

merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa

diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,

penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” 

sebanyak 3X.

Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri

sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku

sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum

senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku,

esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian

saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur
sehingga keesokan harinya

Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-
perkara kejahatan.

Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak
sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

Kekalkan wuduk.

Bersedekah.

Belanja orang makan.

Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

Berkawan dengan ulama.

Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

Pesan pada orang, jadi baik.

Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

I Love Islam 

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah

Posted by Unknown 0 comments

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Awas !! Kita Diserang Syaitan melalui 10 Pintu.

Posted by Unknown Friday, September 28, 2012 0 comments
Gambar Hiasan.

Berhati-hatilah kalian semua dengan hasutan dan godaan Syaitan, kerana SYAITAN telah bersumpah dengan Allah SWT yang mereka akan berusaha menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat. Ini berikutan dendam selepas dilaknati Allah SWT kerana enggan `tunduk' kepada Nabi Adam as.

Berikutan itu, Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan peranan syaitan seperti di dalam hadis ini: "Pada diri anak Adam itu terdapat dua gerak rasa. Satu akan terbit daripada syaitan, manakala satu lagi daripada malaikat.

Syaitan sering menyerang kita melalui 10 pintu ini....

TAMAK DAN BURUK SANGKA. Lantas aku hadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berada dengan apa yang ada setelah berusaha berakhir.

CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN. Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kadatangan maut secara tiba-tiba.

CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN. Lantas aku menghadapinya dengan meyakini pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah.

UJUB(Kagum dengan diri sendiri). Lalu aku menghadapinya dengan menyukuri nikmat pemberian Allah dan Takutkan balasaan Seksa Allah.

PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA. Lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG. Lalu aku menghadapinya dengan sikap iklhas dan Tawaduk.

HASAD. Lalu aku menghadapiya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta Redha di atas pemberian Allah terhadap Makhluk-Nya.

BAKHIL. lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa dengan ada di tangan makhluk-Nya.

TAKBUR. lalu aku menghadapi dengan meyakini sifat Tawakal dan rendah Diri.

TAMAK. Lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesat yang ada pada MANUSIA.

p/s : "Wahai orang-orang muda yang masik terlena dengan keseronokan, anda mungkin merasa terlalu awal untuk hidup serius. Anda merasa lebih baik berseronok dahulu sebelum bertaubat dan menukar gaya hidup. Benarkah hati anda pernah merasa puas setelah pergi berseronok di mana-mana"

I Love Islam

Himpunan Kata-kata Hikmah

Posted by Unknown 0 comments

Di sini saya ingin kongsikan bersama Himpunan-himpunan koleksi kata-kata hikmah yang banyak terdapat dalam dunia maya ini. Semoga dapat dijadikan panduan dan teladan kepada si Pembaca :

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH

Renungan Bersama

Posted by Unknown 0 comments

Daripad Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad S.A.W. Bersabda : Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam kelmarin….

Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATANYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah diselmatkan oleh berkat ZIKIRNYA kepada Allah.

Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan Itu.

Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah Pahala PUASANYA member minum sehingga ia merasa puas.

Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan Para Nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia dating dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di SebelahKu.

Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

Aku melihat umatku berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segerlah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menaburi muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul Zabaniah ke merata tempat, maka datanglah Pahala AMAR MA’RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat Rahmat.

Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan Dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.

Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.

Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAK YANG MATI KECIL lalu menekan timbangannya hingga menjadi berat.

Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka Jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH, lalu menyelamatkannya.

Aku melihat umatku terjerumus ke dalam lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, lalu menyelamatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangan dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.

Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.

Aku melihat umatku sudah hampir tiba di syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan dia pun memasukinya.

Aku melihat ramai orang yang sedang menggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril Siapa mereka..? Jawab Jibril itulah orang-orang yang suka membawa mulut ke sana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka . Aku bertanya kepada Jibril Siapa Pula mereka..? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

Semoga dijadikan pedoman untuk diamalkan dan disampaikan….

Anak Kecil Yang Takut Akan Api Neraka

Posted by Unknown 0 comments

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, ketika dia berjalan-jalan dia terlihat seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai Atukku saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai Atuk,Atuk adalah orang yang berakal, tidakkah Atuk lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

I Love Islam

Nabi Sulaiman AS dan Seekor Semut bahagian 2

Posted by Unknown 0 comments
Gambar Hiasan

Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?.

Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun.

Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa.

Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.

Riak Memusnahkan Pahala

Posted by Unknown Thursday, September 13, 2012 0 comments

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanyakan Baginda, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya, setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

I Love Islam 

Bangkitkan keseronokan bekerja melalui duit dari bisnes part time

Posted by Unknown 0 comments
Kita bekerja sebab kita nak cari duit.Dengan duit tu kita boleh beli apa yang kita mahu, pergi ke mana kita mahu, nikmati apa yang kita mahu. Tapi bila kos perbelanjaan naik sedangkan gaji tak naik-naik, time tu kita rasa tak seronok bekerja. Kita akan hilang keseronokan bekerja sebab fikiran menumpu pada masalah kekurangan duit.

Bagi kebanyakan orang, duit adalah sumber utama mereka seronok bekerja. Makin banyak duit yang diorang akan dapat, makin seronok bekerja, khususnya jika Anda bergaji tetap.

Untuk membangkitkan keseronokan bekerja, cari sumber pendapatan kedua selain gaji tetap Anda. Anda boleh cari kerja part time atau buat bisnes part time. Perniagaan internet boleh dijalankan secara part time dan yang bestnya, ia boleh diautomasikan khususnya dalam blogging.

Dengan mengendalikan blog yang dibina menggunakan Wordpress, Anda sudah boleh menjana pendapatan sampingan melalui ruang iklan dan penjualan produk-produk affiliate. Artikel yang Anda tulis boleh dikeluarkan secara automatik walaupun Anda sedang sibuk di tempat kerja. Makin banyak artikel yang Anda tulis, makin ramai pengunjung datang ke blog Anda, makin banyak duit yang Anda akan dapat nanti.

Selain blogging, Anda boleh buat bisnes part time yang lain macam jual prepaid, tulis novel atau jadi penulis bebas, jadi affiliate marketer, jual barang di eBay atau ambik upah menulis artikel untuk blog-blog. Buatlah apa saja yang part time janji halal.

Janji Anda boleh dapat duit sampingan yang dibayar secara mingguan atau dua minggu sekali. Sekurang-kurangnya dapat cover kos perbelanjaan tanpa mengambil duit dari gaji tetap Anda.

Bila Anda dah nampak yang aliran tunai Anda semakin lancar dan menambah jumlah wang Anda selain wang tunai dari duit gaji, Anda akan semakin bersemangat bekerja. Jalan gi tempat kerja hepi saja, senyum memanjang. Tapi ada syarat – kena sanggup merajinkan diri dan sanggup bekerja lebih masa di peringkat permulaan, selain kena bijak membahagi masa.

Lama-kelamaan bila duit dari bisnes part time Anda jumlahnya dah 3 kali ganda duit gaji Anda, time tu Anda dah boleh meletak jawatan lalu menumpu pada bisnes sepenuh masa. Anda akan dapat lebih banyak duit yang akan membuat Anda makin bersemangat bekerja disamping dapat meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan Anda dan anak-anak Anda.Berikan hidup ini sedikit ruang untuk dinikmati, hidup akan memberi Anda ruang untuk menggembirakan diri termasuklah menjana wang dari bisnes part time Anda.

I Love Islam 

10 Sebab anda Gagal Menyelesaikan Tugas Di Tempat Kerja Dengan Baik

Posted by Unknown 0 comments

1. Terlalu banyak gangguan

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.

2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.

Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.

3. Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).

4. Anda mempunyai terlalu banyak tugasan

Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.

5. Anda tiada kemahiran menguruskan masa.

Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.

6. Anda seorang yang suka bertangguh.

Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.

7. Anda rasa tidak dihargai

Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.

8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.

Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.

9. Anda ‘Burned out’

Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.

10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.

Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.

I Love Islam 

Mengenali Lima Kategori Marah-Motivasi Hidup

Posted by Unknown Wednesday, September 12, 2012 0 comments


RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”

Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.

Ada lima kategori marah iaitu :

1. cepat marah

2. marah tidak bertempat

3. marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat),

4. marah sederhana

5. tidak tahu marah dan marah keterlaluan.

Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu rasa bangga diri, takjub kepada peribadi sendiri, berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas, bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.

Lima lagi puncanya ialah :

1. gemar berbantah dalam sesuatu perkara

2. khianat

3. tamak kepada harta juga pangkat

4. gagal mengendalikan nafsu dan

5. emosi serta hasad dengki selain iri hati.

Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.

Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.

Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’.


Kadangkala orang ramai boleh menilai bahawa individu berkaitan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki, sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah SWT. Inilah marah yang dikeji.

Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.

Contoh marah pertengahan berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.

Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.

Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.

I Love Islam 

Teknologi Dalam Mata Dan Telinga

Posted by Unknown 0 comments

Seperkara lagi yang masih kekal tanpa sebarang jawapan oleh teori evolusi ini ialah ketinggian kualiti persepsi dalam telinga dan mata.

Sebelum meneruskan subjek mengenai mata ini, mari kita secara ringkas menjawap soalan 'bagaimana kita melihat'. Sinaran cahaya yang datang dari objek jatuh ke atas retina mata. Di sini sinaran cahaya ini ditukarkan kepada isyarat elektrik oleh sel-sel dan sampai ke titik kecil di belakang otak yang dipanggil pusat penglihatan. Isyarat elektrik ini ditefsirkan sebagai sebuah imej di pusat otak setelah melalui beberapa siri proses.

Dengan latar belakang teknikal ini. mari kita fikirkan sejenak.

Otak merupakan organ yang kalis dari cahaya. Ini bermakna bahagian dalam otak adalah amat gelap, dan cahaya tidak dapat sampai ke bahagian di mana otak terletak. Bahagian yang dipanggil pusat penglihatan merupakan tempat yang sangat gelap di mana cahaya tidak dapat sampai kepadanya, ianya mungkin, bahkan tempat yang paling gelap kamu pernah ketahui. Akan tetapi, sebenarnya kamu melihat terang benderang dan kekilauan dunia ini dari pusat kegelapan ini.

Imej yang terbentuk di dalam mata ini sangat tajam dan jelas, bahkan teknologi abad ke 20 ini tidak mampu untuk menghasilkannya. Sebagai contoh, lihat pada buku yang kamu baca, yang berada di tangan kamu, kemudian angkat kepala kamu dan perhatikan sekeliling kamu. Pernahkah kamu melihat imej seperti ini ketika melihat tempat lain? Sekalipun skrin televisyen yang dihasilkan oleh pengeluar televisyen terhebat di dunia masih tidak dapat menghasilkan imej seperti ini kepada kamu. Imej ini bersifat tiga-dimensi, berwarna dan mempunyai ketajaman yang tinggi. Untuk lebih seratus tahun, beribu-ribu jurutera berusaha untuk menghasilkan imej dengan ketajaman seperti ini. Kilang-kilang, premis besar telah didirikan, banyak kajian telah dibuat, perancangan dan rekaan juga dilaksanakan untuk tujuan ini. Sekali lagi, lihat di skrin televisyen dan buku yang berada di tangan kamu. Kamu akan melihat di sana ada perbezaan besar dari sudut ketajaman dan kejelasan. Selanjutnya, skrin televisyen hanya memaparkan imej dua dimensi, sebaliknya melalui mata kamu, kamu melihat perspektif mendalam imej tiga dimensi.


Untuk beberapa tahun, puluhan ribu jurutera cuba untuk menghasilkan televisyen tiga dimensi untuk mencapai kualiti penglihatan seperti mata. Memang benar, mereka telah membuat sistem televisyen dengan tiga dimensi, tetapi ianya tidak mungkin dapat di lihat tanpa meletakkan kaca-kaca; dan lagi ia hanyalah sekadar imej tiga dimensi yang palsu.Latar belakangnya lebih kabur, latar depannya timbul seperti latar kertas. Tidak sekali-kali mungkin untuk menghasilkan penglihatan yang tajam dan jelas seperti mata. Dalam kedua-dua kamera dan televisyen, terdapat imej yang kurang berkualiti.
Evolusionis mendakwa bahawa mekanisme yang menghasilkan imej yang tajam dan jelas ini terbentuk dengan kebetulan. Sekarang, sekiranya seorang memberitahu kamu bahawa televisyen di bilik kamu terjadi hasil daripada kebetulan, bahawa semua zarah-zarahnya tiba-tiba bersatu dan membentuk alat yang menghasilkan imej ini, apa yang kamu akan fikir? bagaimana atom-atom mampu menghasilkan apa yang tidak mampu dibuat oleh beribu-ribu manusia?.

Sekiranya sebuah alat yang menghasilkan satu imej yang lebih berbanding mata tidak terjadi secara kebetulan, maka ianya satu bukti yang jelas, bahawa mata dan imej yang dihasilkan oleh mata lebih lojik tidak terbentuk secara kebetulan. Situasi yang sama juga berlaku di telinga. Bahagian telinga luar menerima bunyi dengan aurikel dan membawa bunyi itu ke bahagian telinga tengah; bahagian tengah telinga menukarkan getaran bunyi itu dengan menguatkan mereka; telinga dalam menghantar getaran ini ke otak dengan menukarkannya kepada isyarat elektrik. Sepertimana juga mata, tindakan mendengar ini berakhir di pusat pendengaran di otak.

Situasi di mata juga sama seperti untuk telinga. Bahawa otak adalah kedap dari sebarang bunyi seperti mana kedap dari cahaya; ia tidak membenarkan sebarang suara sampai ke dalamnya. Dengan itu, bagaimana bising di luar sekalipun, bahagian dalam otak adalah keadaan yang amat sunyi. Namun, bunyi yang paling nyaring tetap dirasakan di otak. Di dalam otak yang kedap dari sebarang bunyi, kamu mendengar simfoni dari sebuah orkestra, dan mendengar semua kebisingan di tempat yang sesak. Akan tetapi, jika kadar bunyi dalam otak kamu diukur dengan alat yang tepat pada suatu ketika, ianya didapati bahawa keadaan di dalamnya adalah sangat sunyi.

Seperti kes pengimejan, usaha selama berdekad-dekad juga diambil untuk membuat dan menghasilkan bunyi suara yang sama seperti yang asli. Hasil dari usaha ini, ialah keluaran seperti perakam suara, sistem ketepatan-tinggi, dan sistem pengesan suara. Di sebalik semua teknologi ini dan ribuan jurutera dan pakar-pakar yang bekerja dalam usaha ini, sehingga sekarang tidak ada satu bunyi yang terhasil yang mempunyai ketajaman dan kejelasan yang sama seperti bunyi yang di dengar oleh telinga. Cuba lihat kepada sistem Hi-Fi dengan kualiti yang paling tinggi yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar dalam industri muzik.

Bahkan dalam alat ini, ketika suara dirakamkan, setengah darinya hilang; atau ketika menghidupkan Hi-Fi kamu selalu mendengar bunyi desisan sebelum lagu bermula. Bagaimanapun, bunyi yang dihasilkan oleh teknologi tubuh manusia lebih tajam dan sangat jelas. Telinga manusia tidak pernah menerima satu bunyi bersama-sama dengan bunyi desisan atau seperti gangguan pemancar seperti Hi-Fi; telinga menerima bunyi persis dengan bunyi itu, tajam dan jelas. Ini adalah keadaannya sejak penciptaan manusia.

Setakat ini, tidak ada alat visual atau perakam yang dibuat oleh manusia begitu sensitif dan berjaya merasakan data sensori seperti telinga dan mata. Milik Siapakah Kesedaran Melihat Dan Mendengar Yang Terdapat Dalam Otak. Apakah sebenarnya yang melihat segala macam godaan dunia dalam otaknya, mendengar kepada simfoni dan bermain dengan burung, dan menghidu bau sekuntum bunga ros?



Rangsangan yang datang dari mata, telinga dan hidung manusia akan bergerak ke dalam otak sebagai impuls saraf elektrokimia. Dalam buku-buku biologi, psikologi, dan biokimia, kamu akan menemui banyak keterangan bagamana imej ini terbentuk di dalam otak. Bagaimanapun kamu tidak dapat menjangkau fakta penting mengenai perkara ini; siapakah sebenarnya yang merasai impuls saraf elektrokimia ini sebagai imej-imej, bunyi, bau dan peristiwa sensori di dalam otak? Di sana terdapat satu sifat yang sedar di dalam otak yang merasakan semua ini tanpa merasa sebarang keperluan kepada mata, telinga dan hidung. Siapakah pemilik kesedaran ini? Tidak diragui lagi bahawa kesedaran ini bukanlah dimiliki olah saraf-saraf, lapisan lemak atau neuron yang terdapat di dalam otak. Ini adalah sebab mengapa penganut Darwinis-materialis yang percaya bahawa semua kewujudan adalah terdiri pada material, tidak dapat menjawap soalan ini.

Sifat sedar ini ialah roh yang diciptakan oleh Allah. Roh ini tidak memerlukan mata untuk melihat imej, juga tidak telinga untuk mendengar bunyian. Bahkan tidak memerlukan otak untuk berfikir.

Orang yang sedar akan fakta saintifik dan tersirat ini akan menghayati kebesaran Allah, akan takut kepadaNya dan meminta perlindungan dariNya, Dia yang mengeluarkan keseluruhan alam semesta di dalam tempat yang gelap-gelita beberapa kubik sentimeter dalam tiga-dimensi, berwarna, samar-samar, dan bentuk yang berkilau-kilauan.

Semoga mendapat menfaat, apa yang baik datangnya dari Allah, dan yang silap atas kelemahan dan ganguan Syaitan yang menganggu.

Kredit[Zaharuddin.net]

100 Langkah menuju kesempurnaan Hidup

Posted by Unknown 0 comments

1. bersyukurlah apabila mendapat nikmat

2. sabar apabila mendapat kesusahan

3. tawakal apabila mempunyai rencana atau rancangan

4. ikhlas dalam segala amal perbuatan

5. jangan membiarkan hati larut dan kesedihan

6. jangan menyesal atas sesuatu kegagalan

7. jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan

8. jangan susah hati dengan kekayaan orang

9. jangan hasad dan iri atas kejayaan orang

10. jangan sombong kalau memperoleh kejayaan

11. jangan tamak kepada harta

12. jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan

13. jangan hancur kerana kezaliman

14. jangan goyah kerana fitnah

15. jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri

16. jangan campuri harta dengan harta yang haram

17. jangan sakiti ayah dan ibu

18. jangan usir orang meminta-minta

19. jangan sakiti anak yatim

20. jauhkan diri daripada dosa-dosa besar

21. jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil

22. banyak berkunjung ke rumah Allah [masjid]

23. lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk

24. lakukan solat fardhu pada awal waktu, berjemaah di masjid

25. biasakan solat malam

26. banyakkan berzikir dan doa kepada Allah

27. lakukan puasa wajid dan puasa sunat

28. sayangi dan bersikap santun kepada fakir miskin

29. jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah

30. jangan marah berlebih-lebihan

31. cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan

32. bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah

33. berlatihlah untuk banyak berfikir

34. penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi

35. jangan mempunyai musuh, kecuali iblis/syaitan

36. jangan percaya ramalan manusia

37. jangan terlampau takut miskin

38. hormatilah setiap orang

39. jangan terlampau takut kepada manusia

40. jangan sombong, takbur dan besar kepala

41. berlakulah adil dalam segala urusan

42. biasakan istighfar dan taubat kepada Allah

43. bersihkan rumah daripada patung-patung berhala

44. hiasi rumah dengan bacaan Alquran

45. banyakkan menjalin silaturahim

46. tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam

47. bicaralah secukupnya

48. beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya

49. hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu

50. biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

51. jauhkan diri daripada penyakit-penyakit batin

52. sediakan waktu untuk santai dengan keluarga

53. makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan

54. hormatilah kepada guru dan ulama

55. sering-sering berselawat kepada nabi

56. cintai keluarga Nabi s.a.w

57. jangan terlalu banyak berhutang

58. jangan terlampau mudah berjanji

59. selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara

60. jauhkan diri daripada perbuatan tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna.

61. bergaulah dengan orang-orang soleh

62. sering bangun pada penghujung malam, berdoa dan beristighfar

63. lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu

64. maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita

65. jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi

66. jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya

67. jangan benci kepada orang yang membenci kita

68. berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang dalam kesusahan

70. jangan melukai hati orang lain

71. jangan membiasakan berkata dusta

72. berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian

73. jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab

74. laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan

75. hormati orang lain yang lebih tua daripada kita

76. jangan membuka aib orang lain

77. lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya daripada kita

78. ambillah pelajaran daripada pengalaman orang-orang arif dan bijaksana

79. sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan

80. jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya

81. jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan Negara

82. kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain

83. jangan membuat orang lain menderita dan sengsara

84. berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa

85. hargai kejayaan dan pemberian orang

86. jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan

87. akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan

88. sediakan waktu untuk bersenam/riadah yagn sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita

89. jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu

90. ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana

91. pandai-pandailah melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita

92. jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina

93. jangan cepat percaya pada berita keburukan berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya

94. jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan

95. sambutlah huluran tangan setiap orang [pastikan aurat] dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan

96. jangan memaksa diri melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri

97. waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari daripada kenyataan kehidupan

98. yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan

99. jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

100. sampaikan walau satu ayat kebaikan kepada orang lain. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

I Love Islam

Motivasi Cinta - Hikmah Sikap Jujur

Posted by Unknown 0 comments

Jika niat Anda bercinta semata-mata untuk merasa bahagia kemudian dari rasa bahagia tu Anda niatkan untuk beroleh suntikan motivasi untuk bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan, Anda sedang menarik cinta yang membahagiakan. Sebaliknya, jika Anda bercinta semata-mata mahu melengkapkan keperluan biologi juga didorong oleh nafsu, cinta tak bertahan lama. Mungkin akan berakhir dengan sengsara!.

Dua sebab mengapa ramai orang berkahwin memilih untuk berpisah adalah kerana sudah tidak ada persefahaman, tidak ada kejujuran. Anehnya, orang yang banyak duit pun ramai jugak yang bercerai-berai simply sebab sudah tidak percaya dengan kejujuran pasangan.

Duit bukan persoalan. Cinta adalah komitmen dua hati. Selagi dua hati tu saling jujur antara satu sama lain, perkara-perkara berkaitan akan mengikut secara automatik dengan sendirinya. Ini termasuk sikap toleransi, sikap pemaaf dan sikap bertimbang rasa.

Kita sebagai manusia berisiko untuk cepat berubah, sama ada berubah ke arah kebaikan atau berubah ke arah keburukan (tanpa kita sedari). Untuk mengelakkan sikap anda berubah menjadi sikap negatif, minta pasangan Anda mengkriti perubahan negatif Anda kemudian anda pula kena latih diri untuk menerima setiap kritikan yang Anda terima.

Ubah diri, bina peribadi.

I Love Islam

Himpunan Kata Kata Motivasi hari ini

Posted by Unknown 0 comments

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

I Love Islam 

Perkara ajaib tersembunyi di dalam minda

Posted by Unknown 0 comments

Oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

I Love Islam 

Bangkit Daripada Kegagalan

Posted by Unknown 0 comments

Seseorang yang gagal dalam cubaan pertama mesti belajar daripada kesilapan dan membaikinya.

KEINGINAN untuk berubah tetap ada dalam diri seseorang. Memang ramai orang yang gagal mencapai kejayaan tetapi mereka terus berusaha.

Cuba renungkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah bantuan (untuk menghadapi kesusahan dalam menyempurnakan perintah Tuhan) dengan sabar dan mengerjakan solat." - (Surah al-Baqarah: 153)

Ketika sedih, hampa, sakit hati, takut dan risau, inilah masanya kita perlu bangkit dengan segera dan bersolat. Apa yang diperlukan pada masa itu adalah ketenangan jiwa. Dan solat merupakan penyejuk hati dan pembuka kebahagiaan.

Apabila semangat semakin luntur dan kita tidak tahu ke mana hendak dituju, duduklah sebentar dan fikirkan kembali apa yang kita telah lakukan.Elok juga kalau kita belajar daripada kisah seekor keldai yang hampir mati tertimbus.

Di sebuah kampung di pedalaman, keldai merupakan harta penting untuk petani. Suatu hari, seorang petani mundar-mandir di sekitar rumahnya kerana mencari keldai yang hilang. Setelah penat, dia duduk di pangkin rumahnya memikirkan nasib keldai itu. Kemudian, perlahan-lahan dia mendengar suara rengekan seakan-akan seseorang berada dalam kesusahan. Beringsut-ingsut si petani mencari arah suara itu dan rupa-rupanya itu ialah suara keldai yang sedang dicarinya.

Keldai itu tersesat dan terjatuh ke dalam perigi lama yang dilitupi daun-daun pokok di atasnya.

"Apa yang harus dibuat? Perigi ini dalam dan kalau ditarik keluar, terlalu bahaya," bisik hatinya. Lama berfikir, dia memutuskan untuk menimbus sahaja keldainya.

Si petani mengajak beberapa orang rakannya untuk mengambus perigi tadi. Semasa membuat kerja, dia menutup kedua-dua telinganya kerana tidak sanggup mendengar pekikan keldainya. "Cepat timbus, biar suara keldai ini tidak kedengaran lagi." Peluh mencurah-curah keluar dari dahi petani dan rakan-rakannya.

Sehinggalah suara keldai tidak kedengaran barulah mereka berhenti. Menyangka keldai sudah mati, mereka berdiri di tepi perigi untuk melihat apa yang berlaku. Sungguh menakjubkan! Pandangan mereka terpaku pada seekor keldai yang masih kuat, segar dan sambil menggoyang-goyangkan ekor ke kiri dan kanan.

Setiap kali tanah jatuh ke atas badannya, keldai itu akan menggoyangkan punggungnya, menjatuhkan timbunan tanah lalu menginjak-injak sehingga menjadi padat. Melihat keadaan ini, petani tambah bersemangat dan menyiapkan usaha mereka sehinggalah keldai itu dapat melompat keluar dan berlari pergi.

Seperti juga kisah keldai ini, kehidupan kita akan terus dituangkan tanah dan kekotoran yang berupa kesedihan, masalah, ujian dan cubaan hidup. Hanya ada satu cara untuk keluar daripada keadaan tersebut iaitu menggerakkan akal untuk membuang segala kesedihan daripada hati. Dengan cara itulah, anda dapat menjadikan semua masalah seperti tanah untuk dipijak dan melompat keluar dari perigi kesengsaraan. Kejayaan dan kegagalan untuk berubah adalah silih berganti. Tidak ada sesuatu yang kekal kerana setiap masa kita berubah.

Hanya kepada Allah kita berharap dan memohon pertolongan.

Allah berfirman: "Tidakkah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu (Ya Muhammad)? Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat. Yang memberati tanggunganmu. Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu? Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain pula). Dan kepada Tuhanmu kamu berharap." - Surah al-Insyirah: 1-8

Gagal adalah sunah kehidupan. Yang lalu biarlah berlalu. Kita perlu pandang ke hadapan.

Ahli sukan yang bangga dengan kejayaan, jutawan yang megah dengan kekayaan dan ahli politik yang teruja dengan kekuasaan bersetuju bahawa seseorang yang gagal dalam cubaan pertama mesti belajar daripada kesilapan dan membaikinya!

I Love Islam 

7 sebab kenapa orang benci membaca buku

Posted by Unknown 0 comments

7 sebab kenapa orang tak suka membaca buku:

1. Dia anggap membaca ni samalah ngan belajar. Belajar cukup le setakat kat sekolah aje.

2. Asal membaca je, rasa mengantuk. Asal mengantuk je, mesti time membaca.

3. Benci meletak matlamat dalam hidup.

4. Kurang merasa kemanisan membaca.

5. Kurang mahu memperbaiki hidup.

6. Ego, berkata membaca tak perlu. Belajar dari pengalaman sudah cukup.

7. Tak nampak kepetingan ilmu dalam usaha mencapai kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan, kewangan, perhubungan, ibadah dan kekeluargaan.

Tanya diri sendiri, Anda bagaimana? Kurang minat membaca buku?

Ketahuilah hakikat bahawa jika Anda nak mencapai kejayaan, nak tak nak Anda kena melatih diri membaca setiap hari. Dengan membaca, Anda akan dapat tahu lebih banyak perkara untuk menjadikan Anda semakin dekat dengan kejayaan diidamkan.

Cara paling bagus adalah dengan meluangkan masa paling kurang 1 jam setiap hari, paling kurang 2-3 bab dalam sehari. Lama-kelamaan minat membaca tu akan timbul dengan sendirinya. Buat masa ni, biasakan diri membaca sebuah buku seminggu.

Sumber : iMotivasi.com

Otak Manusia VS otak Komputer

Posted by Unknown 0 comments

Tahun 1977 kebanyakan orang Amerika belum pernah melihat apa yang disebut komputer peribadi dan Bill Gates, Kaisar Kerajaan Microsoft masih menulis surat dengan menggunakan mesin taip.

Tapi James Martin, seorang pakar komputer kelahiran Inggeris, pada waktu itu telah meramalkan bahawa pada tahun 2000 komputer dan alat-alat lain yang dihubungkan dengan talian telefon, jaringan fiber optik dan gelombang radio akan memungkinkan jutaan orang untuk saling berkirim surat elektronik, bekerja dari rumah, mengadakan jual beli saham, dan lain-lain.

Semua itu ditulisnya dalam buku yang berjudul "The Wired Society", atau masyarakat teknologi moden. Kata Martin, pada tahun 2000 itu orang akan mengambil Wang, membeli tiket pesawat terbang dan tiket kereta api dengan menggunakan komputer.

Semua itu sekarang sudah menjadi kenyataan, dengan banyaknya mesin-mesin ATM di tempat umum, sehingga orang tidak perlu pergi ke bank untuk mengambil atau mendepositkan Wang. Karcis bioskop, tiket pesawat terbang dan karcis kereta api boleh dibeli menggunakan komputer, dan karana transaksi dilakukan langsung tanpa perantara yang namanya travel bureau, harga tiket juga lebih murah.

Komputer sekarang ini semakin canggih dan kerjanya dalam banyak hal lebih cepat dari otak manusia; sehingga banyak orang khuatir, pada suatu hari nanti, komputer akan lebih pintar dari manusia. Tapi apakah hal itu mungkin?

Kata James Martin, manusia tidak perlu takut pada komputer, walaupun sekarang saja sudah ada komputer yang seribu kali atau seratus ribu kali lebih pandai dari manusia, tapi hanya dalam bidang yang sempit dan sangat terbatas.

Contohnya, komputer di control tower atau menara pengawas di lapangan terbang yang sibuk, dengan cermat mengamati gerakan puluhan atau mungkin ratusan pesawat sekaligus, dalam segala cuaca, dan memberi tahu pilot apa yang harus dilakukan supaya jangan terjadi tabrakan. Tanpa bantuan komputer, petugas menara pengawas mungkin hanya bisa mengatur dua atau tiga pesawat sekaligus.

Kata James Martin, pada tahun '60 dan '70-an banyak pakar artificial intelligence, atau intellijen buatan yang mengatakan, dalam waktu 20 tahun, komputer akan sama pintarnya dengan manusia. Tapi faktanya, kata Martin, itu belum terjadi dalam tahun 2001 ini.

Para pakar itu rupanya tidak mempertimbangkan betapa kompleks dan rumitnya otak manusia. "Jangankan meniru cara kerja otak manusia," kata Martin, "para pakar sampai sekarang masih belum boleh membuat nyamuk buatan dan meniru semua gerakan dan kegiatannya. Cuba bayangkan berapa besar otak nyamuk itu dan bagaimana otak yang sekecil itu mengatur kehidupan sang nyamuk.

Kata Martin, teknologi yang dimiliki manusia telah berhasil menghidupi sekitar enam milion manusia; tapi kalau sekiranya manusia harus menghasilkan bahan pangan tanpa bantuan teknologi, termasuk mesin dan pupuk, kemungkinan hanya akan dihasilkan makanan untuk 500 juta manusia saja.

Tanpa teknologi, kita tidak akan bisa memberi makan enam milion manusia yang ada sekarang, apalagi sembilan milion manusia yang diperkirakan akan hidup di bumi menjelang tahun 2050 kata Martin.

Kalau anda ingat film sains-fiksyen terkenal, "2001, A Space Odyssey," buatan Stanley Kubrick, ada komputer yang mengatur segalanya dalam sebuah stadium angkasa. Pada suatu hari, komputer itu membangkang perintah yang diberikan oleh astronaut dan malahan akan melakukan sesuatu yang lain sama sekali. Sang astronaut dengan tenang mencabut memori komputer itu satu per satu sampai akhirnya komputer itu tidak berfungsi lagi.

Kuncinya disini adalah manusia, seperti kata James Martin. Komputer itu dirancang dan dibuat oleh manusia, sekalian dengan perangkat lunaknya. Kalau komputer tidak melakukan apa yang dikehendaki manusia pembuatnya, selalu ada cara yang paling mudah untuk melumpuhkannya; yaitu cabut saja wayar eliktriknya.

I Love Islam 

Kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah

Posted by Unknown Tuesday, September 11, 2012 0 comments

“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.

Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

I Love Islam