-->

Trak Kecil Dikuaskan Oleh Najis Haiwan

Posted by Unknown Wednesday, July 25, 2012 0 comments
Idea yang bagus.

Kitar semula semakin menjadi pilihan utama pada hari. Aku ada paparkan beberapa entry pasal kitar semula bahan buangan seperti proses kitar semula di pakistan tempoh hari.

Sebuah zoo yang terletak di Colorado, iaitu Denver Zoo telah mengubahsuai baberapa trak kecil jenis tuk tuk yang dibeli daripada Thailand menjadi sebuah kenderaan yang dikuasakan oleh najis haiwan.

Untuk permulaan, Zoo ini menggunakan najis panda dan juga sampah sarap yang proses dan disimpan dalam bentuk pelet sebesar ibu jari. Palet ini akan dibakar di dalam penjana untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi mengecas motor elektrik kenderaan ini.

Untuk masa yang akan datang, pihak zoo ini mahu menjadikan 100% najis haiwan yang terdapat dalam zoo ini sebagai bahan bakar kenderaan ini. Sesuatu usaha yang bagus!


Tibe2Jam6Petang

0 comments:

Post a Comment