-->

OMG : Ahli Parlimen Jordan Keluarkan Pistol Semasa Debat Mengenai Syria (6 Gambar)

Posted by Muhamad Syafiq Thursday, July 26, 2012 0 comments

Debat televisyen secara langsung antara dua musuh politik di Jordan berakhir dalam keadaan huru-hara apabila seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol.

Selain mengacukan pistol, MP Mohammad Shawabka juga membaling kasut kepada lawannya, aktivis politik Mansour Sayf al-Din Murad, yang turut sama membincangkan pemberontakan di Syria dalam rancangan yang disiarkan oleh Stesen TV Jo Sat.

Kekecohan ini berlaku selepas Mansour menuduh Mohammad Shawabka sebagai ejen perkhidmatan rahsia Israel Mossad.

"Anda Mossad," kata Mansour.

Shawabka menjawab: "Kamu adalah penjahat" lalu melemparkan kasut kepadanya - suatu tindakan yang amat menghina di dunia Arab.

Sebagai moderator rancangan, Mohammed Habashneh bergelut untuk mententeramkan kedua-dua pemimpin politik itu.







p/s : Giler ah..trus keluar pistol.. pergh,..


0 comments:

Post a Comment