-->

Latest : Microsoft Lancar Office 2013 Di San Francisco (6 Gambar)

Posted by Unknown Tuesday, July 24, 2012 0 comments

Microsoft telah mendedahkan Office 2013 dalam sidang media di San Francisco baru-baru ini. CEO Microsoft, Steve Ballmer memperkenalkan Office Suite terbaru, yang katanya adalah produk pertama syarikat yang direka bentuk dari permulaan menjadi perisian perkhidmatan".

Set Office baru yang telah dipratontonkan kepada orang awam itu didatangkan dengan rupa baru, diinspirasikan oleh antara muka Metro. "Ia merupakan satu projek pembinaan dan penggubahan aplikasi Office yang paling canggih dan rumit pernah kami buat," kata Ballmer.

Soalan yang sering bermain di minda orang ramai adalah apakah pelan dan perancangan Microsoft untuk menghubungkan jurang antara Metro dan komputer meja (Desktop). Kenyataan ini disokong dengan rekaan Office 2013 yang banyak dipengaruhi oleh rupa baru dan rasa Windows 8.

Kesemua aplikasi Office 2013 yang telah didedahkan semasa demonstrasi itu menampilkan penggunaan skrin penuh dalam mod sentuhan, dengan tiada panel tajuk, dan boleh disimpulkan sebagai sebuah set aplikasi yang mudah, sangat cantik dan bersih. Namun pihak Microsoft tidak menunjukkan sama sekali penggunaan Office 2013 dengan tetikus biasa seperti mana yang kita lakukan hari ini semasa pembentangan itu.

Pengguna kini boleh memuat turun pelbagai templat di server Microsoft
 
Riben (Ribbon) Office 2013, yang menjadi asas utama pembentukan peneroka (explorer) Windows 8, turut dimuatkan bersama tetapi disembunyikan secara automatik, di mana pengguna boleh membukanya apabila disentuh dengan jari. Kirk Koenigsbauer, Timbalan Presiden Korporat Microsoft kemudiannya menunjukkan demonstrasi pantas keupayaan baru aplikasi PowerPoint, di mana slaid kini boleh dikemudi dengan menggerakkan dan mencubit menggunakan jari untuk fungsi zum dan gerakan sentuhan.

Beliau juga sempat menunjukkan penganotasian berasaskan sentuhan, sebuah mod penunjuk laser yang diaktifkan oleh sentuhan jari, dan satu fungsi baru, skrin berkembar "mod penyampaian".

Metro OneNote kelihatan paling asas, dengan satu siri nota-nota dipersembahkan di sebelah kiri aplikasi, manakala isi kandungannya pula di sebelah kanan. Word dan Excel pula dipersembahkan pada sesi akhir demonstrasi, yang menunjukkan banyak perubahan berbanding versi terdahulu.

Word didatangkan dengan 'splashscreen' baru yang menampilkan pilihan templat dan dokumen-dokumen terbaru sebaik sahaja ianya dibuka.

Integrasi SkyDrive memudahkan pengguna untuk bekerja di lebih satu alat.

Satu lagi kejutan besar yang didedahkan oleh Microsoft berkaitan aplikasi Office 2013 terbarunya itu adalah ianya tidak lagi menyokong sistem operasi Windows XP dan Vista. Pengguna Windows XP dan Vista yang mahu mencuba Office 2013 hendaklah terlebih dahulu berhijrah kepada sistem operasi Windows 7 atau Windows 8.




p/s : Office 2010 pun lom try lagi.. heh..

AkuStressGiler


0 comments:

Post a Comment