-->

7 Kesilapan Semasa Bersenam

Posted by Admin Thursday, July 26, 2012 0 comments

Korang mungkin kerap melakukan senaman untuk menyihatkan badan. Tetapi tahukah korang bahawa sesetengah cara atau kaedah senaman korang itu mungkin tidak menepati kaedah sebenar yang sepatutnya korang amalkan? Sila baca tips dari Kementerian Kesihatan ini untuk mengetahui jawapannya.

Berikut adalah 7 kesilapan yang kerap dilakukan semasa bersenam:

Bersenam keterlaluan

Bersenam berlebih-lebihan dan berterusan setiap hari boleh menjurus kepada kecederaan. Sebaik-baiknya selangkan satu atau dua hari dalam seminggu supaya tubuh dapat berehat dan dipulihkan. Jika korang bersenam berat pada hari ini, lakukan yang lebih ringan pada hari berikutnya.

Tidak memanaskan badan

Gerakkan regangan untuk memanaskan badan perlu setiap kali hendak memulakan senaman. Sekurang-kurangnya selama lima minit.

Beban yang terlalu berat

Jangan terpengaruh menggunakan beban yang berat semata-mata untuk membina otot dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, gunakan beban ringan dengan ulangan yang kerap. Berat dumb-bell seharusnya tidak melebihi satu ataupun satu setengah kilo.

Terlalu cepat & awal

Jika korang baru mula bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif. Misalnya berenang atau berjalan.

Langkah yang silap

Bersenam dalam posisi yang salah bukan sahaja akan menyebabkan kerosakan tubuh malah ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada diri korang. Jika korang bersenam sendiri di rumah, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul.

Tidak minum secukupnya

Minum air sebelum melakukan senaman, sewaktu bersenam dan selepas melakukannya.

Makan terlalu sedikit

Tambahkan tenaga dengan karbohidrat beberapa jam sebelum bersenam. Pisang atau pun sandwich adalah pilihan yang baik


0 comments:

Post a Comment