-->

Wow..!!.Bunuh 4 Juta Nyamuk..Wanita Ini Dapat Hadiah Rm15 Ribu

Posted by Anonymous Monday, July 2, 2012 0 comments


Berapa jumlah nyamuk yang pernah anda bunuh? seribu, dua ribu? Well, percaya atau tidak, berapapun jumlah nyamuk yang telah anda bunuh, pasti tidak mampu menyaingi hasil yang dicatatkan oleh Yuyen.

Warga Taiwan yang sehari-hari beternak babi ini berjaya membunuh lebih dari 4 juta nyamuk. Atas prestasinya ini, ia pun mendapatkan hadiah sebanyak USD 3 ribu, atau sekitar Rm15 ribu.

Penghargaan ini diberikan oleh syarikat perangkap nyamuk mesra alam, Imbictus International. Sebelum ini, mereka memang mengadakan sebuah pertandingan di seluruh wilayah Taiwan untuk membunuh atau menangkap nyamuk terbanyak di sana.

Rupanya, cabaran itu benar-benar dilakoni Yuyen dengan serius. Dari ribuan warga yang terlibat, ia berjaya keluar sebagai juara kerana berjaya menangkap sekitar 4,05 juta nyamuk dengan berat mencapai 1.5 kilogram.

Yang menarik, dalam melakukan aksinya Yuyen hanya meletakkan penangkap serangga di sekitar penternakan babi miliknya. Dan jumlah 4,05 juta itu sendiri mampu dikumpulkan hanya dalam masa sebulan.

Pertandingan menangkap atau membunuh nyamuk di Taiwan ini bukanlah yang pertama kalinya di dunia. Sebelumnya di Tartu, Estonia, pernah diadakan sebuah lumba sama. Bezanya, waktu yang ditetapkan hanya selama 10 minit.

Tabekpuang

0 comments:

Post a Comment