-->

Kertas Dinding Anti Wi-Fi, Tiada Lagi Kecurian Wireless (2gambar)

Posted by Unknown Sunday, July 15, 2012 0 comments
Barang bagus!

Aku masih ingat lagi kata-kata daripada Prof. Datuk Mohd Noh Dalimin sewaktu mengajar subjek Elektromagnetism dulu. Kini beliau merupakan Vice-Chancellor di UTHM.

Beliau mengatakan, "jika bilik kuliah ini ditutupi oleh dinding yang diperbuat daripada copper, tidak akan ada signal handphone masuk ke dalam menganggu kuliah saya." Sebenarnya beliau mahu memberikan contoh situasi yang dipanggil "Faraday cage".

Pada hari ini, kes kecurian wireless sering berlaku sama ada anda sedar atau tidak. Walaupun membuat password pada wireless internet anda, ianya tetap dapat dicuri dengan menggunakan beberapa teknik hacking. Jika anda dapat menghalang signal wireless ini daripada keluar dari rumah, masalah ini pasti akan selesai!

Teknolologi Anti-Wi-Fi Wallpaper direka khas untuk tujuan ini. Ianya mampu untuk menghalang signal wireless daripada memembusi dinding apabila dilapis dengan wallpaper ini. Walpaper ini bakal berada di pasaran pada tahun 2013 oleh syarikat Alhstrom daripada Finland.



Tibe2Jam6Petang

0 comments:

Post a Comment