-->

Pengharaman Babi Dalam Islam

Posted by Unknown Tuesday, July 3, 2012 0 comments

Sudah lama kita mengetahui bahwa daging babi itu diharamkan dalam agama Islam. Seperti perintah-perintah Allah S.W.T. lainnya, waktu itu mungkin kita hanya tahu bahawa itu salah satu larangan dalam ajaran Islam. Lantas, sebenarnya mengapakah daging babi itu diharamkan sedemikian rupa?

Islam telah melarang segala macam darah. Analisis kimia dari darah menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari asid urik (asam urat), suatu senyawa kimia yang bisa berbahaya bagi kesihatan manusia.

Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan dalam kenyataannya 98% dari asid urik dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal, dan dibuang keluar tubuh melalui air seni.

Maka dari itu, tidak heran jika Islam sangat menghargai prosedur khusus dalam penyembelihan haiwan. Seseorang penyembelih, selagi menyebut nama dari Yang Maha Kuasa, membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, sembari membiarkan urat-urat dan organ-organ lainnya utuh. Hal ini menyebabkan kematian haiwan karena kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ vitalnya. 

Jika organ-organ, misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut dapat meninggal seketika dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging. Hal tersebut mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh asid urik, sehingga menjadikannya beracun; hanya pada masa kini, para ahli makanan baru menyadari akan hal ini.

Nah, ternyata, dalam hal ini tidak banyak yang tahu jika babi sebenarnya tidak dapat disembelih di leher kerana mereka tidak memiliki leher; sesuai dengan anatomi alamiahnya? Muslim beranggapan kalau babi memang harus disembelih dan layak dimakan oleh manusia, tentu Allah S.W.T. akan merancang haiwan ini dengan memiliki leher.
Namun di luar itu semua, semua orang tentu tahu mengenai kesan-kesan berbahaya dari pemakanan babi, dalam bentuk apapun, baik itu pork chops, ham, atau bacon. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa ada risiko besar yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya. Sangat penting untuk diperhatikan bahawa sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan asid uriknya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Istilah halal-haram sebenarnya sudah lekat dengan kehidupan seharian kita. Kedua istilah tersebut bahkan telah jelas dideskripsikan dalam ajaran agama, khususnya agama Islam seperti yang penulis anuit. Dalam ajaran muslim bahawa terminologi halal adalah segala sesuatu yang diperbolehkan dan memiliki kaedah manfaat didalamnya. Pengertian sebaliknya berlaku bahwa sesuatu yg tidak diperbolehkan disebut dengan istilah haram.

Hal menarik lain dalam ajaran agama islam, salah satu perintah yang diharamkan adalah semacam darah, daging babi, anjing dsb.
Pernyataan mengapa darah diharamkan adalah analisis kimia dari darah menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari asid urik (asam urat) iaitu suatu senyawa kimia yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

Kemudian, mengapa dilarang pula memakan daging babi, atau ham. Sebenarnya, diluar dari larangan Al-Qur’an dalam pemakanan babi, bacon; pada kenyataannya dalam Bible juga iaitu pada Leviticus bab 11, ayat 8, mengenai babi, dikatakan, ”Dari daging mereka (dari ”swine“, nama lain buat ”babi“) janganlah kalian makan, dan dari bangkai mereka, janganlah kalian sentuh; mereka itu kotor buatmu.“

Apakah larangan itu semata-mata kerana babi kotor? Ternyata tidak hanya kerana itu. Sekiranya kita teliti dengan lebih lanjut lagi, apakah anda tahu bahawa babi tidak dapat disembelih di leher karena mereka tidak memiliki leher sesuai dengan anatomi alamiahnya? Muslim beranggapan bahawa babi memang harus disembelih dan layakuntuk dimakan oleh manusia, tentu Sang Pencipta akan merancang haiwan dengan memiliki leher. Jadi sangat sulit sekali untuk menyembelih babi sebagaimana layaknya Muslim menyembelih haiwan di lehernya yang memungkinkan semua darah keluar dengan sempurna.

Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1, virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Informasi lanjut yang berkenaan dengan kandungan asid urik dalam darah sangat penting untuk diperhatikan iaitu bahawa sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya. Jadi, memang babi sangat berbahaya untuk dimakan oleh manusia.

Ada yang berpendapat kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa babi haram, karena ia memakan sampah yang mengandungi cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Karena babi diternak dalam penternakan moden, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya?"

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk mendapatkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepaskan dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ‘ghirah’ orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Iaitu Islam mengharamkan beberapa jenis ternak dan unggas yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya sendiri. Syariah memerintahkan bagi orang yang ingin enyembelih ayam, itik atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari, memberinya makan dan memperhatikan apa yang dimakan oleh haiwan itu. Hingga perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteria dan mikroba. Kerana penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya.
Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah.

Ilmu pengetahuan moden telah mengungkapkan banyak penyakit yang disebabkan oleh pemakanan daging babi. Sebahagian daripadanya disebutkan oleh Dr. Murad Hoffman, seorang Muslim Jerman, dalam bukunya "Pergolakan Pemikiran: Catatan Harian Muslim Jerman", halaman 130-131 :
"Memakan daging babi yang dijangkiti cacing babi tidak hanya berbahaya, tetapi juga menyebabkan meningkatnya kandungan kolestrol dan memperlambatkan proses penguraian protein dalam tubuh, yang mengakibatkan kemungkinan diserang kanser usus, iritasi kulit, eksim, dan rematik. Bukankah sudah kita ketahui, virus-virus influenza yang berbahaya hidup dan berkembang pada musim panas kerana medium babi?"

Dr. Muhammad Abdul Khair, dalam bukunya Ijtihâdât fi at Tafsîr al Qur’an al Karîm, halaman 112, menyebutkan beberapa penyakit yang disebabkan oleh daging babi : "Daging babi mengandungi benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia. Cacing-cacing ini akan berpindah kepada manusia yang memakan daging babi tersebut. Patut dicatat, hingga saat ini, generasi babi belum terbebaskan dari cacing-cacing ini."


0 comments:

Post a Comment