-->

Manfaat Berkhatan Menurut Islam

Posted by Unknown Sunday, July 1, 2012 0 comments
Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.



Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.

Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah :

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

“Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai.” (Riwayat Muslim)

Manfaat Berkhatan

Bagi Laki-Laki

Di antara fungsi berkhatan bagi lelaki adalah membuang tempat bersarangnya kotoran dan najis(kulup).

Bagi wanita

Sebahagian meyakini bahawa sunat wanita dalam Islam dapat menstabilkan rangsangan syahwatnya. Jika dikhatan terlalu dalam (dikhatan terlalu dalam bermaksud bermungkinan memotong sebahagian klitoris) boleh membuat wanita tidak mempunyai hasrat sama sekali, sebaliknya, jika kulit yang menonjol ke atas vaginanya (secocok dengan preputium pada zakar / alat kelamin lelaki atau penutup klitoris) boleh dipotong untuk membuat wanita lebih menikmati hubungan seksual dan sukar untuk mendapatkan klimaks (orgasme).

Hikmah Berkhatan
1. Asas kebersihan dalam Islam

2. Untuk perbezaan agama (namun pada hari ini, khatan juga dilakukan oleh bukan Muslim).

3 Mencantikkan bentuk kemaluan.

4. Memelihara tenaga batin.

5. Sunnah Nabi Ibrahim a.s. dan Rasulullah S.A.W.

6. mengelakkan zakar terkurung di dalam kulup ketika sedang ereksi atau menegang

7. Menghindarkan diri daripada penyakit.

8. Mengurangkan keinginan onani ketika anak-anak baru baligh.

9. Berkhatan juga dikatakan dapat menghindarkan diri daripada terkena sebarang penyakit berbahaya seperti HIV. Hasil kajian pengkaji Eropah dan Afrika, di empat buah bandar di Afrika mendapati bahawa berkhatan menghindarkan tiga kali ganda dari dijangkiti HIV/AIDS.


0 comments:

Post a Comment