-->

How To: Cara Terbaik Untuk Mengurangkan Daya Impak Ke Atas Badan Semasa Lif Putus

Posted by syahira rusman Tuesday, July 17, 2012 0 comments
Free fall motion antara topik fizik sedap dimakan semasa jawab paper exam.

Apakah perkara terbaik untuk mengurangkan risiko kematian dan juga kecederaan jika anda berada di dalam lif yang kabelnya terputus? Kalau lif terputus di tingkat satu, mungkin risikonya adalah kurang, bagaimana kalau lif terputus di tingkat yang lebih tinggi?

Menurut Eliot H. Frank, seorang jurutera penyelidikan di Pusat Kejuruteraan Bioperubatan di Massachusetts Institute of Technology, apa yang harus dilakukan ialah, berbaring di lantai selebar yang anda mampu. Ini dapat membahagikan daya impak yang terkena pada badan anda apabila lif terhempas.


img credit: Victoria Roberts.

Berbanding apabila anda hanya berdiri, daya impak akan tertumpu pada kaki. Ketika impak berlaku, kaki anda tidak akan dapat menampung keseluruhan berat badan yang berkali ganda lebih berat daripada keadaan normal disebabkan pecutan graviti yang anda alami.

Melompat ke atas tepat semasa impak berlaku mungkin sesuatu yang adalah selalu fikirkan jika situasi di atas berlaku, tetapi cara ini tidak berguna kerana anda tidak akan tahu bila lif tersebut akan terhempas.

Apapun, harap-harap kejadian lif terputus tidak berlaku dalam hidup anda. :>




Tibe2Jam6Petang

0 comments:

Post a Comment