-->

Fakta Kukuh Untuk Menjauhi Khinzir

Posted by Unknown Tuesday, July 3, 2012 0 comments
Fakta-fakta berikut cukup membuat seseorang untuk segera menjauhi babi :


1. Babi adalah haiwan yang kerakusannya ketika makan tidak dapat ditandingi oleh haiwan lain. Ia makan semua makanan di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan pernah kenyang, bahkan memakan muntahannya sendiri!

2. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang bisa dimakan di hadapannya.

3. Ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali.

4. Ia memakan sampah dan kotoran haiwan lain.

5. Ia adalah satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama, jika dibiarkan.

6. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak sedap.

7. Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur dan Barat, iaitu China dan Swedeen–China di mana majoriti penduduknya penyembah berhala, sedangkan Sweeden, mayjoriti penduduknya sekular menyatakan : daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser anus dan kolon. Peratus pengidap penyakit ini adalah di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik. Terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti China dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusnya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil penelitian ini dipublikasikan pada 1986, dalam Konferensi Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.

8. Kini kita tahu betapa besarnya hikmah Allah mengharamkan daging dan lemak babi. Untuk diketahui bersama, pengharaman tersebut tidak hanya daging babi saja, namun juga kepada semua makanan yang diproses dengan lemak babi, seperti beberapa jenis permen dan coklat, juga beberapa jenis roti yang bagian atasnya disiram dengan lemak babi. Kesimpulannya, semua hal yang menggunakan lemak haiwan hendaknya diperhatikan sebelum dimakan. Kita tidak memakannya kecuali setelah yakin bahawa makanan itu tidak mengandungi lemak atau minyak babi, sehingga kita tidak terjatuh ke dalam kemaksiatan terhadap Allah S.W.T., dan tidak terkena bahaya-bahaya yang melatar belakangi Allah S.W.T. mengharamkan daging dan lemak babi.


0 comments:

Post a Comment