-->

Zikir Selepas Solat Fardhu

Posted by Unknown Wednesday, July 4, 2012 0 comments

Selepas Fardhu Subuh

الرحمنالرحي -Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim (Maha Pengasih, Maha Penyayang; The All Beneficent, The Most Merciful) (Berulang 100X)

Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.

العزي - Ya-‘Aziz (Maha Gagah; The Almighty, the Self Sufficient) (Berzikir 40X Setiap hari selama 40 hari)

Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya dikayakan dan dimuliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya. Sebaik-baiknya selepas solat subuh.

الفتاح - Al-Fattaah (Maha Pembuka Rahmat; The Opener, the Victory Giver) (Berzikir 71X)

Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.

المجي - Ya-Majiid (Maha Mulia; The Illustrious, the Magnificent) (Berzikir 99X)

Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.

الحميد - Ya-Hamiid (Maha Terpuji; The All Praiseworthy)

(Berzikir 62X)

Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.

الحميد - Ya-Hamiid (Maha Terpuji; The All Praiseworthy) (Berzikir 99X)

Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.

Selepas Fardhu Zohor

السمي - Ya-Samii’ (Maha Mendengar; The All Hearing) (Membaca 100X)

Barang siapa yang membaca “Ya-Samii” 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari Khamis selepas menunaikan solat zuhur, Allah akan makbulkan segala hajatnya.

Selepas Fardhu Maghrib

الرافع - AR-RAAFI’ (Yang Meninggikan (makhluknya); The Exalter) (Berzikir 100X atau 40X pada malam Isnin & malam Jumaat)

Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.

المعز - Ya-Mu’izz (Yang Memuliakan (makhluknya); The Giver of Honor) (Menyebut 140X pada malam Isnin & malam Jumaat)

Barang siapa berzikir “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat maghrib tiap-tiap malam Jumaat atau Isnin, insyallah dirinya kelihatan hebat pada pandangan makhluk lain, seumpama hebatnya harimau di hati haiwan yang lain di hutan, dan tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah Taala.

الحميد - Ya-Hamiid (Maha Terpuji; The All Praiseworthy) (Berzikir 62X)

Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataanya.

Selepas Fardhu Isyak

الرافع - AR-RAAFI’ (Yang Meninggikan (makhluknya); The Exalter) (Berzikir 100X atau 40X pada malam Isnin & malam Jumaat)

Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.

المعز - Ya-Mu’izz (Yang Memuliakan (makhluknya); The Giver of Honor) (Menyebut 140X pada malam Isnin & malam Jumaat)

Barang siapa yang menyebut “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat isyak pada malam Isnin dan Jumaat, Allah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain dan dia tidak takut kepada sesiapa juga melainkan Allah.

الأخر - Ya-Aakhir (Maha Akhir; The Last) (Berzikir 100X)

Barang siapa berzikir “Ya-Aakhir” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah hatinya bersih dan bertambah-tambah kebaikan pada akhir hayatnya.

الرشيد - Ya-Rasyiid (Maha Pandai; The Guide, Infallible Teacher, and Knower) (Berzikir 100X)

Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Rasyiid” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah segala amalannya di terima.

Selepas Solat Jumaat

الله الحي - Ya-Allah-Ya-Haiyu (Tuhan Yang Maha Hidup; God, The Ever Living) (Berzikir 100X sebelum solat Jumaat)

Barang siapa berzikir “Ya-Allah-Ya-Haiyu” 100 kali pada setiap Hari Jumaat sebelum solat Jumaat dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan hati (khusyuk), di mudahkan baginya segala yang di tuntut dan di perjuangkan.

الظاهر - Ya-Dzoohir (Maha Nyata; The Manifest; the All Victorious) (Membaca 15X)

Barang siapa yang membaca “Ya-Dzoohir” 15 kali selepas solat Jumaat, insyallah cahaya (nur) Illahi akan menyinari hatinya.


0 comments:

Post a Comment