-->

Tip Sihat Gaya Rasulullah (Part 2)

Posted by Admin Tuesday, July 10, 2012 0 comments

Perubatan Pintar

8. Cekur bermanfaat bagi menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan. Apabila korang batuk2, ambillah satu cubit akar cekur. Kupas dan tumbuk akar cekur itu. Kemudian, masukkan ia ke dalam 1 cawan air suam. Biarkan antara 10 hingga 15 minit lalu tapis airnya. Tambah setengah sudu besar madu dan minumlah sementara ia masih suam. Selain mengubati batuk, sifat cekur yang panas juga dapat memanaskan badan.

9. Akar cekur bermanfaat bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk penyakit yang berkaitan dengan pencernaan. Apabila perut korang sakit, ambillah dua cubit akar cekur dan dua ulas bawang merah. Tumbuk kedua-duanya hingga halus. Kemudian, bungkus dengan daun. Bakar ramuan itu lalu sapukan pada perut.

10. Apabila kawasan korang dilanda banjir, jaga kesihatan supaya tidak sakit. Jaga suhu badan, kaki dan tangan serta sediakan herba bagi merawat penyakit yang timbul akibat banjir. Sediakan juga ubat rematik dan lelah, garam dapur, minyak kayu putih, balsam pala dan kurma jika ada. Jangan minum air dan makan makanan yang tidak jelas kebersihannya. Cucilah tangan sebelum memegang makanan dan minuman. Pastikan hanya air bersih yang digunakan bagi mencuci pinggan mangkuk. Bungkus gelas, cawan, pinggan dan sudu garfu di dalam kain ataupun kertas. Ini bagi memastikan ia sentiasa bersih dan kering. Sediakan dua pasang selipar. Satu dipakai di dalam rumah dan satu lagi dipakai apabila ingin keluar. Pastikan masyarakat kawasan korang juga menjaga kebersihan.

11. Cacing adalah parasit yang sering ditemui di dalam badan manusia terutamanya kanak2. Apabila korang ada cacing di dalam badan, dapatkan tiga cubit halia yang dihiris nipis. Tambahkan tiga gelas air. Rebus campuran itu hingga airnya tinggal separuh. Kemudian sejukkan dan tapis campuran itu. Tambah dua sudu besar madu dan kacau hingga rata. Minum campuran itu sebanyak tiga kali sehari iaitu separuh gelas setiap kali minum. Lakukan hingga cacing keluar.

12. Buah pinggang adalah organ penting yang berperanan dalam proses perkumuhan. Jagalah kesihatan buah pinggang korang dengan cara menyediakan ramuan yang terdiri daripada satu genggam pasli yang direbus dengan 1.5 liter air hingga mendidih. Minum satu cawan atau 150 mililiter campuran itu setiap hari. Kemudian simpan bakinya di dalam peti sejuk dan ulangi setiap hari. Ramuan ini bukan hanya dapat memelihara buah pinggang bahkan mengubati gangguan pada buah pinggang seperti jangkitan buah pinggang dan batu karang di dalam buah pinggang.

13. Kadar kolesterol yang tinggi merosakkan pembuluh darah dan menjejaskan fungsi jantung. Apabila kita berdepan dengan kadar kolesterol tinggi, atasi keadaan itu dengan segera. Caranya adalah dengan mendapatkan dua ulas bawang putih dan kemudian kukus hingga 15 minit bagi meghilangkan baunya. Makanlah bersama sarapan ataupun makan tengah hari. Selain menyeimbangkan kadar kolesterol, bawang putih juga dapat mencegah penggumpalan darah dan serangan jantung.

14. Rasa mual adalah gejala penyakit yang menyerang sistem pencernaan, baik saluran pencernaan mahupun kelenjar2 pencernaan. Amalan mengambil antasid apabila mual adalah amalan yang tidak elok. Terdapat cara mudah bagi mengatasinya. Campurkan setengah biji pala dan tiga lembar daun pudina segar. Tumbuk hingga halus dan tuangkan secawan air panas. Kemudian biarkan selama 10 minit. Tapis campuran itu dan tambah satu sudu besar madu sebagai pemanis. Minumlah semasa perut kosong.

-365 Tip Sihat Gaya Rasulullah


0 comments:

Post a Comment