-->

Pengeluar Rokok Terbesar Di Dunia – Phillip Morris

Posted by Admin Tuesday, July 10, 2012 0 comments


Info menarik mengenai rokok buat tatapan korang.

Jumlah penduduk dunia – 6.5 billion.
Jumlah orang-orang Islam – 1.3 billion.
Jumlah perokok di dunia – 1.15 billion.
Jumlah Muslim yang merokok – lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)

Pengeluar rokok terbesar di dunia – Phillip Morris. Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain). Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bermakna mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari. Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari. Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, ini bermakna mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta). Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris – 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam dengan merokok sahaja. 12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum lebar memperolehi US$ 28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$ 300 juta setahun (tak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain). Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta sehari.

Perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 juta setahun. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin. Tidakkah kita berasa apa-apa? Itu belum kira lagi kesan merokok pada anda. Masih nak merokok lagi?

Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun,

sudah cukup untuk Palestin.


0 comments:

Post a Comment