-->

Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Kerjaya

Posted by Admin Tuesday, July 10, 2012 0 comments

Korang dibuang kerja secara tiba2? Apa kesalahan aku? Mengapa aku dibuang? Takde siapa memberikan jawapan pasti kenapa hal sebegini terjadi terhadap diri korang. Syarikat di mana korang bekerja itu memang berhak melakukan apa2 je. Mereka ada seribu alas an untuk memecat sesiapa je yang mereka suka. Sememangnya setiap majikan punya hak untuk memberi notis 24 jam kepada mana2 kakitangan yang mereka rasakan penyebab pada kemunduran syarikat. Meskipun kadang2 ini semua berpunca daripada mainan politik dalaman, tetapi apakah korang ada bukti untuk berhujah begitu sekiranya nak membawa perkara ke tengah?

Arghh, lebih baik membina laluan alternatif. Kejayaan bukan semestinya di situ, ada banyak lagi tempat lain yang boleh dijadikan batu loncatan untuk melompat lebih tinggi.

Selalunya, berbekalkan pengalaman pekerjaan yang pernah dilalui, korang akan mudah diterima di tempat baru. Mereka bukan tahu sejarah apa yang korang lalui, meraka melihat resume korang, mereka akan membayangkan pengalaman yang korang bawa bersama. Mereka membayangkan pengetahuan dan pengalaman yang korang bawa bersama itu pasti menguntungkan.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang member manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata, “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katakanlah, “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan”. (Riwayat Muslim)

Pemecatan tak semestinya buruk sebab dengan pemecatanlah akan mengubah seseorang itu menjadi seseorang yang lebih berjaya. Dengan syarat? Dengan syarat dia sedar dan memang nak untuk berjaya. Jika tak, usahkan peluang di sebalik mata, peluang yang telah terbuka pun tak membawa apa2 makna.

Laluan kedua untuk orang bekerja sampai ke puncak adalah kerajinan, sabar dan iltizam. Korang telah memilih laluan ini sebagai kerjaya hidup, mengapa berdolak-dalik lagi. Bukankah baik susun langkah, perkuat wawasan diri, besarkan Tuhan dalam kehidupan. Setiap yang telah bekerja dikira sedang melalui alam kejayaan, sebab bukankah setiap yang ke sekolah kemudian masuk universiti hujungnya nak bekerja? Korang telahpun berada di alam pekerjaan, bukankah itu bermakna korang sedang berjaya? Korang hanya perlukan sedikit lagi motivasi untuk terus layak bergelar orang yang berjaya di puncak. Langkah alternatifnya adalah kerajinan, wawasan yang gemilang serta usaha berterusan untuk memajukan diri.

Selalu digambarkan dalam filem mahupun novel, seseorang yang baru je menyertai sebuah syarikat mendapat kenaikan yang memeranjatkan dan selalunya dia seorang yang jujur. Takde kabel, takde agenda tertentu, tetapi pemilik syarikat melihat kejujuran ini di matanya, lalu dia terus diberikan pangkat. Itulah makna laluan kedua dalam sector pekerjaan, iaitu melakukan kerja dengan penuh integriti dengan meletakkan Allah di tempat yang tertinggi.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat samada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencagahnya”. (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Kerja adalah petaka pada orang yang culas, tak amanah. Ia adalah laluan alternatif ke neraka. Mengapa pula? Bukankah bekerja itu ibadah? Seandainya kerja dilakukan dengan membentuk dosa di dalamnya, apakah korang sangka dosa membawa ke syurga? Setiap dosa pasti akan membawa ke neraka. Jadi, apabila kerja dilaksanakan dengan asas2 buruk ia sentiasa petaka.

Laluan alternatif untuk korang adalah memperbetulkan langkah. Kali ini jangan silap lagi. Jangan kecundang lagi mentafsirkan makna pekerjaan yang sebenar.

Apa guna kelulusan setinggi gunung

tetapi malas si pemiliknya juga sebesar gunung.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak


0 comments:

Post a Comment