-->

Laluan Kedua Untuk Orang Gagal Dalam Akademik

Posted by Admin Tuesday, July 10, 2012 0 comments

Gagal akademik? Berusahalah lagi. Jika korang gagal SPM korang sentiasa ada peluang untuk mencuba lagi. Jika gagal mengulang kembali di sekolah bantuan penuh, korang boleh mencubanya sebagai calon persendirian, inilah laluan kedua buat korang. Tebus kegagalan korang itu dengan usaha yang lebih mantap. 

Namun begitu, korang tak perlulah kembali mengambil PMR dan SPM semula sekiranya korang dah pun berjaya menjejakkan kaki ke IPT semata-mata nak melihat keputusan yang lebih baik. Banyak lagi peperiksaan yang mesti korang tempuhi di universiti. Laluan kedua untuk berjaya akademik bukanlah mengulang sesuatu yang boleh diatasi dengan peperiksaan yang lebih sukar dan bermakna. Ketika korang memohon pekerjaan kelak, orang tak akan bertanya lagi berapa A yang korang dapat dalam peperiksaan rendah dan menengah rendah tetapi apa yang anda miliki ketika itu – diploma, sarjana muda, sarjana, Ph.D?

Jadi dalam kes begini, laluan kedua untuk berjaya dalam akademik adalah terus melompat lebih tinggi semampu korang, sebab yang dikira adalah kelulusan setinggi yang anda milliki.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa”. (Riwayat al-Bazzar)

Sememangnya korang bukanlah ulat buku pun, buktinya korang kandas dalam SPM. Itu menunjukkan korang memerlukan kaedah pembelajaran yang berbeza daripada yang ditawarkan di sekolah. Korang mungkin jenis yang boleh belajar dengan lebih baik secara online. Bukankah ini masanya untuk mencuba sesuatu yang baru. Inilah laluan alternative buat korang. Bukan semua orang yang tewas di alam persekolahan itu tak pandai, kadang2 kerana suasana pembelajaran yang kurang sesuai dengan keupayaan korang atau mungkin juga para guru yang gagal memahami potensi diri korang lalu korang pun diabaikan. Korang gagal kali pertama bukan disebabkan korang bodoh tetapi sebab korang tak mendapat hak korang yang sebenar sebagai calon peperiksaan.

Malah para pelajar di sekolah penuh juga boleh mendaftar untuk pembelajaran secara online ini sebagai tuisyen alternatif. Ia boleh memantapkan lagi penguasaan terhadap mata pelajaran. Mengapakah tidak, pembelajaran secara online sangat menarik dan interaktif. Ia jawapan kepada para pelajar yang ponteng kelas2 tusyen. Tahukah korang rata2 guru tusyen adalah terdiri daripada para guru di sekolah, justeru kaedah pengajaran mereka pasti sama je seperti di sekolah. Apa helahnya mengajar di pusat tusyen?

Setelah selesai SPM, korang boleh teruskan belajar kaedah begini di IPTA. Tahukah korang ada banyak universiti awam di negara kita menawarkan pembelajaran secara jarak jauh. Korang juga boleh mengikuti pengajian secara online di beribu-ribu universiti siber di seluruh dunia. Bermula dari kursus pada peringkat sijil hinggalah kepada Ph.D, pembelajaran online adalah alternative untuk sesiapa je, di mana jua.

Tahniah buat korang. Takde istilah telah pandai pada orang yang sanggup belajar dalam keadaan apa jua, sebab setiap langkah yang mereka orak untuk memandaikan diri sebenarnya telah meletakkan diri mereka selangkah lebih pandai daripada orang yang langsung tak nak belajar.

Namun, usah tak tahu, memang ada orang yang pandai sesuatu bidang tanpa belajar pun, misalnya bidang motivasi. Bidang ini tak ditawarkan di mana2, tetapi dengan keikhlasan, kejujuran, bakat serta ilham yang ada, seseorang itu boleh cukup maju.

Takde istilah telah pandai

pada orang yang sanggup

belajar dalam keadaan apa jua,

sebab setiap langkah yang

mereka orak untuk memandaikan diri

sebenarnya telah meletakkan

diri mereka selangkah lebih pandai

daripada orang yang langsung tak nak belajar.

-Laluan Ke-2 Ke Puncak


0 comments:

Post a Comment