-->
Showing posts with label kata kata baik. Show all posts
Showing posts with label kata kata baik. Show all posts

Sesuci Cinta Khadijah

Posted by Unknown Monday, October 15, 2012 0 comments


Hakikat cinta itu sering teruji

Sering dilanda badai duniawi

Menguji kuatkah cinta di hati

Kukuhkah ikatan yang terpateri

Dia menjadi lambang cinta suci

Kekasih sejati Nabi terpuji

Tak pernah lekang dari bibir dan hati

Mulianya dia seorang serikandi

Darinya lahir putera dan puteri

Zuriat penyambung keturunan Nabi

Diberi didikan tauladan Islami

Membesar menjadi pembela diri

Darinya lahir semangat memberi

Harta dinafkah ke jalan Ilahi

Tidak pernah takut miskin diri

Tetapi bimbang miskinnya rohani

Hanya mengharap balasan syurgawi

Dia wanita suci lagi terpuji

Dialah Khadijah lambang wanita sejati

Isteri Nabi yang paling dicintai

Juga yang paling dirindui

Tak pernah ada pengganti

Layakkah kita menjadi sepertinya?

Mencintai Rasul sepenuh hati

Tak pernah ada ragu dalam diri

Memenangkan Nabi tiada yang ditakuti

Meski tak boleh menjadi serikandi

Cukuplah sekadar sayap kiri

Membantu perjuangan para mujahid dini

Yang merindui syahid di jalan Ilahi

Peganglah duhai muslimah sejati

Walau sedikit semangat Khadijah isteri Nabi

Moga kita mampu memujahadah diri

Bangkit membela demi cinta Ilahi

Demi mendapat syafaat Baginda Nabi

Moga Islam kan terus dijulang tinggi

I Love Islam 

Himpunan Kata-kata Hikmah

Posted by Unknown Friday, September 28, 2012 0 comments

Di sini saya ingin kongsikan bersama Himpunan-himpunan koleksi kata-kata hikmah yang banyak terdapat dalam dunia maya ini. Semoga dapat dijadikan panduan dan teladan kepada si Pembaca :

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH