-->
Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts
Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts

Wajah Jenazah Bertukar Hitam

Posted by Admin Friday, August 3, 2012 0 comments
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Hantu Kum-Kum

Posted by Admin 0 comments
Sekitar tahun 1983-1984...

Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik selama-lamanya. Konon ceritanya dia tidak berjaya menyempurnakan syarat ilmu hitam yang menghendaki dia membunuh 99 wanita cantik yang muda dalam masa 3 bulan. Kemunculan Hantu Kum Kum ini telah menjadi bualan segenap lapisan masyarakat, sehinggakan gambar lakarannya pernah disiarkan oleh sebuah akhbar utama.

Kononnya lagi oleh kerana hanya 10 orang sahaja baki mangsa diperlukan, dia diberi peluang untuk menyempurnakan syarat ajarannya tetapi dia hanya boleh muncul dalam sifat seorang perempuan bertelekung dan cuma nampak mata. Juga dia hanya boleh keluar di waktu siang

Kononnya juga kalau dia memberi salam, bunyinya ialah Asalamualaikum .. kum .. kum .. Jika sesiapa menjawab dan membuka pintu rumah maka dia akan melunaskan hajatnya.

Maka ramailah yang jadi takut nak menjawab salam apabila tetamu datang.. tetapi tak sedikit juga tetamu yang mengusik tuan rumah dengan memberi salam yang meresahkan itu.

p/s: kalau nak tgk camner rupa hantu kum-kum nie, carilah kat astro ria...hehe

Kepala Atas Kubur

Posted by Admin Wednesday, August 1, 2012 0 comments
Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah

aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.

Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya...

Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la..."Assalamualaikum ya ahlal-qubr".

Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?

Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan.

"Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku.

Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.

"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.

Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.

Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semula ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...".

Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!

Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar.

Sekarang aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku ni kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke sana. Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara spontan aku akan terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali aku lalu jalan tu, walaupun sekarang aku dah pandu kereta sendiri. Wallahu a'lam.

p/s: walaupun tak brape nak seram sgt, tapi kalau tibe2 termuncul satu kepala aneh kat tepi tingkap rumah kite, boleh pengsan jgk agaknye...heh,

Misteriousgrapersz

Bahana Mulut Celupar

Posted by Admin 0 comments
Panggilan telefon di tengah malam itu memang mengejutkan aku. Tanpa berlengah lagi aku terus bergegas menuju ke rumah Dinie, iaitu kawan karibku. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu langsung tidak memenatkan diriku. Malah rasa mengantukku serta-merta hilang sebaik sahaja aku teringatkan keadaaan yang menimpa Dinie. Aku mahu segera sampai ke rumah Dinie. Setibanya di sana, aku melihat banyak kereta memenuhi perkarangan rumah Dinie. Aku bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh ibu Dinie sebentar tadi. Menurut ibunya, sejak balik dari Gua Musang seminggu yang lalu keadaan Dinie agak berlainan. Aku menjadi tidak tentu arah, seolah-olah ada sesuatu yang menghantui fikirannya.

Ada kalanya Dinie meracau-racau tidak menentu hala. Kata ibu Dinie lagi, tiga hari selepas itu, rambut Dinie tiba-tiba gugur seperti licinnya tempurung kelapa yang di mesin. Bulu kening dan bulu mata Dinie juga luruh sepeti gugurnya daun getah semasa musim kemarau. Dalam keadaan dirinya yang tidak terurus itu, Dinie juga meracau dan mengamuk tidak keruan.

Semakin hari keadaan Dinie semakin parah. Wajahnya juga tidak secantik dulu. Pipinya cengkung sehingga menampakkan tulang pipi, dagu, rahang, dan dahi. Matanya bulat menonjol dan asyik meliar memandang ke kiri dan kanan. Apabila ditinggalkan keseorangan Dinie akan menjerit-jerit meminta ditemani. Dinie berasa seram sejuk apabila keseorangan. Tubuhnya serta-merta menggeletar. Dia bukan sahaja terbayang-bayang lembaga hodoh yanng cuba mencekiknya, bahkan terngiang-ngiang di telinganya apa yang telah di ucapkan ketika berada di dalam gua tersebut.

Sebelum memulakan pendakian, aku sudah berpesan supaya dia menjaga setiap tutur katanya. Tambahan pula, gua tersebut dikatakan 'keras' kerana didiami oleh penunggu rimba. Namun, dia berdegil dan menganggap perkara tersebut karut. Sepanjang pendakian, mulut Dinie tidak henti-henti mengomel serta mencela setiap objek yang terdapat di dalam gua itu. Sudah puas aku menasihatinya, namun semakin dilarang semakin menjadi-jadi pula.

"Alahai... kelakarnya rupa dia. Kalau jadi boyfriend aku, aku lari tengah malam ni. Kalah rupa Jim Carey dalam cerita The Mask. Kah.. kah.. kah.. Bapak aku dua puluh kali ganda lagi 'handsome' !" Kata Dinie sambil ketawa.

"Eh..kau ni jangan celupar sangat. Jaga-jaga sikit mulut kau tu, kita ni kat tempat orang, " nasihat aku.

"Alah .. tak ada bendanya, kau tu percaya sangat dengan karut-marut ni. Lagipun benda ni bukannya hidup. Tak ada maknanya kita takut," tambah Dinie lagi.

"Engkau ni kalau cakap biar berlapik, nanti sebab mulut badan binasa. Aku tak campur...", balas aku pada Dinie sambil mengelengkan kepala.

"Ye lah tu.. cakap biar berlapik, sebab dek mulut badan binasa. Aku tak campur.... he.. he..he..", jawab Dinie sambil mengejek-ejek cakapku.

Sehari selepas pulang dari gua tersebut, Dinie mula berasa keanehan. Setiap kali dia cuba melelapkan mata, dia akan terbayang wajah lelaki yang melatari dinding gua tersebut. Wajah lelaki yang dikatakan hodoh seperti Jim carey dalam The Mask sentiasa bermain-main di kelopak matanya. Adakalanya dia seakan terbayangkan wajah itu berada di sampingnya.

Sejak itu tidur malamnya sering terganggu. Mimpinya sering di datangi wajah yang serupa dan berlumuran darah. Dinie menjadi fobia dengan keadaan itu. kadangkala hanya dengan bayangan wajah itu sahaja sudah cukup membuatkan dia menangis dan menjerit. Selain itu, Dinie juga menderita akibat sakit kepala yang kronik sehingga dia tidak mampu untuk melakukan apa sahaja. Kepalanya bagaikan mahu pecah dan mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya di dinding.

Doktor yang merawat Dinie juga gagal untuk mengesan puncanya. Akhirnya keluarga Dinie mengambil keputusan memilih untuk berubat secara tradisional. Kebanyakkan bomoh yang ditemui rata-rata mengatakan Dinie menderita akibat terkena sumpahan penunggu Gua Musang. Kononnya penunggu itu marah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Dinie semasa pendakian itu. Bomoh itu menjangkakan kesakitan yang ditanggung oleh Dinie itu akan sembuh sebaik sahaja penunggu gua itu memaafkan dirinya.

Dengan izin Allah, kini Dinie telah kembali pulih seperti sediakala hasil ikhtiar secara tradisional. Ini kerana keluarganya tidak jemu-jemu mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit Dinie. Pengalaman tersebut memberi pengajaran kepada Dinie supaya berhati-hati dalam menyatakan sesuatu jika berada di tempat yang orang.

Misteriousgrapersz

Misteri Kereta Volkswagen Kuning

Posted by Admin 1 comments

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kisah ini juga telah difilemkan dalam filem seram yang berjudul "Volkswagen Kuning" arahan Shahidan Kassim. Filem ini berkisarkan kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang – Bukit Meru.

Ada setengah pihak mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Jelapang – Bukit Meru adalah berpunca daripada Volkswagen Kuning.

Misteriousgrapersz

Susuk - Amalan Tahyul Masyarakat Kita

Posted by Admin 0 comments
 
 
Pengamalan tahyul di kalangan orang Melayu telah diwarisi sejak turun temurun malah ia sinonim dengan amalan sesetengah masyarakat di Indonesia. Meski jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana ia menyekutukan Allah namun perbuatan ini berakar umbi dalam jiwa pengamalnya.

Tujuan ilmu pengasih yang diamalkan oleh lelaki mahupun wanita adalah untuk menampilkan wajah cantik atau menundukkan orang lain. Maknanya apabila bertentangan mata dengan si pengamal tidak semena-mena jatuh kasih ataupun lemah hati.

Dalam sesetengah kes ia diamalkan untuk menguasai seseorang di mana perkataan yang terucap keluar akan menimbulkan belas atau kekaguman si pendengar.

Ilmu pengasih yang diamalkan oleh isteri supaya suami bertambah kasih dinamakan tilawah.

Masyarakat Melayu mengenalinya sebagai nasi tangas. Akibatnya suami seperti orang bodoh dan menurut apa sahaja kehendak isteri.Lazim perkara ini dilakukan oleh isteri yang cetek agama dan jahil tentang hukum haram mengenai perbuatan kufurnya itu.Susuk, antara ilmu sihir untuk menampilkan wajah awet muda, cantik menawan dan kebal.

Menurut pakar perbidanan tradisional, Oomi Jannah, susuk cukup terkenal di kalangan wanita yang enggan menerima hakikat kejadian manusia itu cukup indah di mata pencipta-Nya.

``Memang ada wanita moden yang masih mengamalkan pemakaian susuk walaupun tahu kesan yang akan dialami,'' katanya.

Kumpulan ini sebenarnya malas berusaha mengekalkan kecantikan sebaliknya inginkan serba menawan dalam sekelip mata.

Susuk dikategorikan dalam amalan sihir berupa bahan-bahan logam seperti jarum, serbuk emas, jarum tembaga, intan atau berlian dimasukkan ke dalam wajah atau tubuh yang disertai dengan jampi mantera tanpa mencederakan si pemakai.

``Selalunya untuk mencantikkan wajah, susuk ditanam di bahagian pipi, dagu ataupun bibir.

``Ada juga yang dimasukkan ke bahagian payudara dan alat sulit atas tujuan mengikat nafsu suami daripada `makan luar','' katanya.

Susuk menaikkan seri lazim diamalkan oleh golongan bangsawan dan artis wanita. Lelaki pula memilih susuk untuk kebal, berani, tahan dipukul atau mampu mengalahkan lawan dengan mudah.

``Susuk diikat pantang larang, andai melanggarnya si pemakai akan mendapat wajah yang lebih hodoh daripada asal.

``Saya pernah menyaksikan azabnya seorang wanita yang memakai susuk untuk mengawal suami. Nazaknya ketika menghampiri maut terlalu seksa dan pedih,'' ceritanya.

Ia lebih mengharukan dan suasana kelam-kabut kerana bomoh yang memakaikan susuk telah pun meninggal dunia.

``Perkara aib begini seharusnya tidak berlaku di kalangan orang Islam,'' tegasnya kesal.

Oomi Jannah tidak menafikan, di kalangan artis paling popular untuk mendapatkan perkhidmatan susuk. Namun ilmu susuk tidak dipelajarinya dan selalunya beliau menyarankan wanita mandi bunga.

``Jangan sesekali menjadikan penyebab mandi bunga seseorang itu akan kelihatan cantik atau akan bertemu jodoh.

``Tujuan mandi bunga adalah untuk mengeluarkan aroma yang terdapat di dalam bunga dan sekali gus menyegarkan tubuh.''

Apabila segar, katanya, penampilan lebih meyakinkan dan ceria apabila berkomunikasi atau bertemu dengan orang. Setiap bunga mempunyai keistimewaan aroma tersendiri. Seperti bunga melur tambahnya, mempunyai semangat pengantin baru dan mengeluarkan haruman semerbak.

``Wangian melur dapat menaikkan nafsu syhawat pengantin. Begitu juga cempaka dan tanjung, aromanya begitu memikat. Kita bukan percaya kepada bunga kerana ia syirik tetapi ambil baunya untuk haruman tubuh,'' pesannya.

Beliau menasihatkan untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

``Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.

``Sebagai pendinding pula bacalah sebelum dan bangun tidur selawat 21 kali ke atas nabi, Al-Fatihah, surah al-Ikhlash, An-Naas dan al-Falaq. Insya-Allah jika terkilas pun ilmu sihir mampu ditepis,'' sarannya.

Wallahu'alam...

Misteriousgrapersz

Api Misteri Hantui Keluarga Zainab

Posted by Admin 0 comments
Sebuah keluarga di Kampung Penambang Bunga Emas di sini hidup dalam keresahan dan ketakutan selepas diserang api misteri dan disusuli dengan beberapa kejadian aneh sejak 10 bulan lalu.

Wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia turut menyaksikan sendiri api misteri itu muncul tiba-tiba lalu menyambar tuala kecil dalam almari di salah sebuah bilik di rumah berkenaan kira-kira pukul 3 petang ini.

Keadaan itu menyebabkan hampir 10 orang yang berada di dalam rumah berkenaan tergamam sebelum bingkas memadamkan api tersebut.

Pemilik rumah itu, Zainab Sulaiman, 73, berkata, sebelum api misteri muncul Isnin lalu, rumahnya sering dilanda pelbagai kejadian aneh.

Antaranya wang RM2,000 hilang daripada simpanan, beras dimasukkan pewarna merah dan budu manakala pakaian digunting.


ZAINAB Sulaiman melihat serangan api misteri yang sempat dirakam oleh jurugambar di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu

"Ketika wang hilang sedikit demi sedikit dan beras yang dimasukkan budu serta pewarna berlaku, kami sekeluarga mengambil sikap tidak peduli.

"Bagaimanapun sejak tiga hari lalu keadaan menjadi semakin serius apabila api misteri menyambar di semua kawasan dalam rumah ini.

"Sehingga kini lebih 200 helai pakaian milik saya serta menantu dan cucu hangus terbakar malah dua buah tilam turut terbakar, biarpun kami cuba memadamkan api tetapi ia tetap muncul kembali," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Zainab yang tinggal di rumah tersebut sejak 32 tahun lalu berkata, kemunculan api seperti itu tidak pernah berlaku di rumahnya malah dikatakan pertama kali terjadi di kampung berkenaan.

Dia yang tinggal bersama menantu serta tiga cucunya berkata, secara purata api misteri itu muncul sekurang-kurangnya lima kali sehari sehingga menyebabkan mereka sekeluarga bingung.

"Kami dah buntu. Serangan tanpa henti api itu menyebabkan kami sekeluarga tidak tidur tiga hari, takut-takut kalau tidak sempat selamatkan barang.

"Hari ini serangan bermula pukul 11 pagi apabila api misteri menyambar baju kurung cucu saya, Wan Norfatihah Wan Hanafi, 13. Kira-kira 10 jiran saya datang membantu memadamkan api itu," katanya.

Menurutnya, apa yang lebih mengejutkan, wang RM30 milik menantunya, Rafiah Zakaria, 38, yang hilang ditemui semula di beberapa lokasi berasingan serta salah satu daripadanya tertera nama Rafiah.

Sehubungan itu, dia memohon sesiapa yang mempunyai kebolehan membantunya menghentikan serangan api misteri tersebut.

Misteriousgrapersz

Pelajar Rakam Imej Pelik

Posted by Admin 0 comments
Keasyikan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri pada waktu maghrib menggunakan telefon bimbit akhirnya memberi suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakannya.

Remaja berkenaan, Safura Zakaria, 19, secara tidak sengaja merakamkan imej pelik dan ganjil di rumah neneknya di Kampung Pengkalan Batu, di sini Jumaat lalu.


IMEJ seolah-olah lembaga hitam tanpa muka sedang merenung dirakamkan secara tidak sengaja oleh Safura

Menurutnya, semasa merakamkan gambar tersebut dia langsung tidak menyedari kehadiran lembaga seperti seorang wanita tanpa wajah berpakaian serba hitam itu kerana terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing.

"Apabila pulang semula ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali gambar tersebut dan ternyata imej di dalamnya mengejutkan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Safura berkata, dia kemudian memberitahu kejadian aneh tersebut kepada neneknya, Salamah Arshad, 70, sebelum mereka cuba merakam kembali gambar dengan kedudukan sama dengan menjadikan anak saudara lelaki berusia tujuh tahun sebagai objek seperti yang terdapat gambar berkenaan.

Namun, katanya, rakaman dengan kedudukan yang sama ternyata tidak membawa hasil seperti gambar terdahulu kerana rupa paras anak saudaranya itu jelas kelihatan tidak seperti lembaga tersebut.

"Gambar dalam telefon bimbit itu, seolah-olah satu lembaga tidak berwajah serta tanpa kaki sedang melihat ke arah saya yang menghadap cermin muka.

"Sebaik sahaja berita ini tersebar, ramai saudara-mara dan rakan-rakan yang berkunjung melihat rakaman tersebut dan memindahkannya ke telefon bimbit mereka," katanya.

Sementara itu, neneknya, Salamah memberitahu, kejadian aneh tersebut adalah yang pertama berlaku di rumah tersebut yang telah didiami sejak 20 tahun lalu.

"Entahlah, nenek tidak tahu teknologi telefon sekarang, tetapi apa yang pasti gambar tersebut seolah-olah satu lembaga aneh sedang berdiri di belakang Safura," katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Mersing, Zakaria Tahir ketika diminta mengulas berhubung gambar tersebut berkata:

"Allah menjadikan malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, namun ia boleh menyerupai atau menjelma dengan pelbagai bentuk.

"Apa yang penting sebagai manusia yang beriman kepada Allah S.W.T, kita tidak perlu taksub dan takut dengan kejadian aneh yang belum tentu kesahihannya itu sehingga boleh menjejaskan akidah," katanya.

Misteriousgrapersz

Kereta Berat Ditumpang Pontianak

Posted by Admin 0 comments
Enjin mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60km

MENGHABISKAN cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahang sudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (buka nama sebenar) serta tiga anak mereka sejak setahun lalu.

Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya, penulis sesuai dengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukit di Banjaran Titiwangsa ini.

Selain suasana alam semula jadi yang masih tidak dicemari pemodenan yang rencam, Fazlin cukup mengagumi suasana perkampungan seolah-olah di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Banyak kali juga suami isteri ini mendengar cerita seram, pelik dan misteri yang dialami pelancong yang bertandang, maklumlah kebanyakan banglo serta hotel yang ada sedia wujud seawal era kolonial lagi, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang.

Bukit Fraser menyimpan pelbagai sejarah perjuangan orang Melayu sewaktu menentang penjajah Inggeris sejak 1917 hingga ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Antara kisah misteri yang pernah menyelubungi Bukit Fraser, termasuk pencarian seorang paderi Kristian dari Singapura pada 1917, Bishop C.J. Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit Fraser’ selepas berhari-hari mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang dilaporkan hilang di dalam hutan itu.

Kerajaan Inggeris percaya Freser mati dimakan binatang buas atau dibunuh Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Begitupun versi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Memang sudah tertulis, setiap apa yang berlaku ada sebab tersendiri. Terpulang kepada manusia dan insan di bumi Allah SWT untuk mengambil iktibar.

Kali ini Ghazli dan Fazlin silap perkiraan dan lewat memulakan perjalanan iaitu hampir Maghrib. Biasanya mereka akan mengelak mendaki Bukit Fraser dalam suasana gelap kerana jalan yang sempit dan sukar ketika berselisih kereta, banyak selekoh berbahaya dan curam. Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan bantuan.

Nekad meneruskan perjalanan, kira-kira setengah jam memandu, sebaik melepasi kawasan tadahan Empangan Kuala Kubu Bharu, mereka berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang dipandu.

Anak kedua mereka, Nayli, 6, sejak tadi resah dan takut. Fazlin memujuk sambil menyuruhnya cuba tidur seperti abang dan adiknya.

Fazlin sendiri tambah gusar kerana baru hari pertama datang bulan, suami pula senyap dan langsung tidak bercerita, malah cukup serius memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu. Enjin kereta terdengar mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60 kilometer sejam (km/j). Berpeluh Ghazli menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetap sama. Pelik, padahal kereta baru dihantar servis. Bukit Fraser pun belum dipanjat lagi.

Bulu romanya tegak berdiri, dalam hati kalimah dan ayat suci serta Ayatul Kursi menemani mereka sepanjang perjalanan.

Jangka waktu 20 minit sebelum sampai ke Gap dirasakan terlalu lama. Perasaan sesal dan bimbang bercampur baur. Apa pula musibah yang bakal menimpa mereka sekeluarga.

Sebaik melepasi selekoh lokasi tragedi Sir Henry Gurney dibunuh, kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Tiada lagi bunyi enjin mengeram, ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih membisu sehinggalah mereka tiba di menara jam di tengah pekan Bukit Fraser.

“Nampak tak apa yang saya nampak?” kata Ghazli dengan wajah serius. Fazlin dengan wajah pucat dan suspen sekadar menggelengkan kepala.

“Benda tu terbang dan melintas betul-betul depan kereta kita dan terus lenyap ke dalam hutan dekat selekoh tadi...” kata Ghazli lagi sambil meraut muka dengan tangan. Rupa-rupanya kereta mereka ditumpang makhluk yang dikenali sebagai pontianak.

“Patutlah abang diam semacam saja, rupanya makhluk itu cuba mengusik kita sekeluarga. Barulah saya faham kenapa orang tua kita tidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah mungkin sebabnya.”

Selepas kejadian itu, Ghazli dan Fazlin serik dan akan memastikan mereka akan naik ke Bukit Fraser hanya pada waktu siang.

Misteriousgrapersz

Hantu Penunggu Rumah

Posted by Admin 0 comments

Kisah ini berlaku beberapa tahun lalu. Kita sebut sahaja orang yang terbabit dengan kisah ini sebagai Zaidi. Pada bulan april 1990an, Zaidi telah membeli sebuah rumah di pekan kecil di sebuah bandar utara tanah air. Rumah tersebut asalnya dimiliki oleh seorang ahli perniagaan di ibu kota. Namun rumah itu tidak digunakan oleh ahli perniagaan itu sebagai tempat tinggal sebaliknya hanya dijadikan rumah persinggahan.

Pada pertengahan April tahun tersebut, Zaidi dan isteri serta seorang anak lelakinya yang baru berusia empat tahun mulai menempati rumah yang dibeli dengan harga murah ini. Setelah rumah bersih dan suasana selesa, Zaidi mula mengangkut semua perabot dan barang-barang lain ke rumah barunya. Sibuklah suami isteri itu mengatur letak segala perabot. Agaknya kerana terlalu letih, pasangan suami isteri ini tertidur pula pada malamnya.

Ketika sedang nyenyak tidur, sekitar pukul 12 tengah malam, tiba-tiba Zaidi terbangun. Dia berasa seolah-olah dikejutkan oleh satu suara aneh. Selain itu di luar rumah Zaidi seperti mendengar suara riuh orang ramai. "surara apakah yang aneh itu?" bisik Zaidi dalam hati. Kerana rasa ingin tahu, perlahan-lahan Zaidi bangun dari katil dan mengendap di celah-celah pintu di ruang tamu. Zaidi melangkah ke tengah rumah untuk mencari dari mana datangnya suara suara aneh itu. Semakin lama, suara itu kedengaran semakin jelas. Akhirnya Zaidi mula menangkap bahawa suara tersebut datangnya dari depan rumah. Dalam keadaan tidak tentu arah itu, Zaini memberanikan diri mengintai keluar. Bulu tengkuknya meremang apabila dari pagar, dia terdengar suara mengekek seolah-olah seseorang sedang ketawa. Zaidi membuka pintu dan lampu luar yang hanya berkuasa 40 watt itu, maka tubuh Zaidi yang tegap tiba-tiba menggeleter. Pucat lesi mukanya.

Keberanian yang tiba-tiba muncul itu, tiba-tiba lenyap apabila di depan matanya , Zaidi melihat lebih dari lima hantu pocong sedang berkeliaran di sekitar laman rumah. Hantu-hantu pocong itu memukul-mukul pintu pagar sambil ketawa terkekeh. Kesemuanya berbalut dengan kain kafan. ada kain kafan yang masih putih bersih dan ada jugak yang sudah comot seperti dilumuri tanah liat. Dari celah-celah kain kafan itu, Zaidi dapat melihat dengan jelas, wajah-wajah yang hodoh. Wajah wajah itu amat menyeramkan.

Agaknya kerana tersangat takut, Zaidi tidak sedar berlari masuk kedalam bilik dan terus memeluk anak dan mengejutkan isterinya yang sedang nyenyak tidur. Ketika itu Zaidi tidak peduli apakah perbuatannya boleh menyebabkan isterinya juga akan dilanda rasa takut. Dalam keadaan terpinga-pinga, Masliah isteri Zaidi terbangun. Sambil menggosok mata dia bertanya kenapa Zaidi mengejutnya di tengah malam. "Mas dengar tak bunyi menyeramkan di luar sana tu..."Masliah yang seperti sedang bermimpi kerana dikejutkan secara mendadak itu, cuba memasang telinga. Puas dia mendengar tetapi tidak ada apa yang aneh dipendengarannya. Di luar hanya senyap sunyi. "Saya tidak dengar apa-apa, agaknya abang bermimpi ni," ujarnya dan mahu merebahkan kembali tubuhnya ke tilam empuk mereka.

Kerana tidak puas hati dengan penjelasan dan tindakan isterinya itu, Zaidi menarik Masliah semula agar isterinya tidak tidur kembali. Dia menceritakan apa yang didengar dan dilihatnya. Dia juga menceritakan bahawa dia melihat dengan jelas hantu pocong berkeliaran di laman rumah mereka. Tertarik dengan cerita suaminya itu, Masliah penasaran ingin mengetahui, adakah benar-benar apa yang diceritakan oleh suaminya itu benar-benar wujud. Dengan itu dia dan Zaidi perlahan-lahan melangkah ke luar bilik dan menuju ke pintu ruang utama. Di sebalik tingkap nako, mereka menyelak langsir untuk melihat hantu pocong yang sedang berpesta itu. Sebenarnya Zaidi sendiri hairan kenapa selepas dia mengejutkan Masliah, pocong-pocong itu tidal lagi mengeluarkan suara kekekan yang menyeramkan.

Bagaimanapun diam-diam dia berdoa agar hantu itu masih ada di laman rumahnya untuk membuktikan kepada isterinya bahawa dia tidak cakap kosong dan tidak dianggap sedang bermimpi. Dengan hati-hati suami isteri itu melihat keluar. Dan Zaidi dapat melihat dengan jelas sekumpulan makhluk berpakaian putih itu sedang berlonggok di depan rumah. Mereka seolah-olah sedang mengadakan mesyuarat. "Tengok tu, pocong-pocong itu sedang berlonggok. Patutlah mereka tak mengilai lagi."ujar Zaidi memberitahu Masliah isterinya. Masliah tercari cari di mana hantu-hantu sedang berlonggok seperti dikatakan suaminya kerana dia langsung tidak melihat sebarang makhluk atau manusia berlegar di laman rumah. "Mana bang, saya tak nampak apa-apa pun," ujar Masliah bertanya kembali kepada Zaidi. Pertanyaan Masliah membuat Zaidi berkerut wajah. Dia memandang tepat ke wajah isterinya. "Tak kan awak tak nampak. Hah tengok tu, mereka dah mula bersurai dan duduk di atas kerusi kita. Mereka menangguk angguk pada kita." Apa yang diberitahu Zaidi itu semakin membuat Masliah terkedu. Apa kena dengan suaminya. adakah suaminya itu sedang bermimpi atau sedang dirasuk sesuatu yang aneh.

Tiba-tiba Zaidi menutup telinganya kerana terlalu bingit denga hilaian pocong-pocong tersebut. Melihat telatah suaminya itu, Masliah memimpin Zaidi kembali ke bilik tidur mereka. Tetapi Zaidi masih lagi menutup telinganya. Katanya dia tidah tahan mendengar bunyi kekehan hantu-hantu itu. Masliah mengambil surah yasin dan memberikan kepada Zaidi untuk dibaca. Setelah berkali-kali Zaidi membaca surah itu, baru dia nampak tenang dan boleh tidur seperti biasa.

Esoknya apabila terbangun, Zaidi terus teringatkan apa yang berlaku malam itu. Masliah yang baru selasai solat subuh meminta Zaidi segera berwuduk dan bersolat. Pagi itu selepas bersarapan, Zaidi pergi ke laman rumah. Dia melihat di sekitar dan matanya ternampak tanah tanah yang seolah-olah berselerak seperti bercangkul. Dia memanggil beberapa orang alim ulama untuk 'membersihkan' rumah dan kawasan rumah tersebut dari gangguan ayaitan. Dari penduduk sekitar dia mendapat tahu bahawa kawasan rumahnya adalah tempat mayat-mayat mangsa tahanan tentera jepun ditanam. Patutlah tuan asal rumah menjual rumah yang comel dan cantik ini dengan harga yang murah. Selepas 'dibesihkan' Zaidi memamng berasa aman.

Misteriousgrapersz

Diganggu Makhluk "Berjalan" Mengundur Ke Belakang

Posted by Admin 0 comments

Minggu ini Yunus bercadang pulang ke kampung. Emaknya bising-bising kerana sudah enam bulan dia tidak balik menjenguk orang tuanya. Bukan sengaja mencari alasan tetapi kesibukan kerja membuatkan dia tidak berkesempatan. Lagipun setakat cuti hujung minggu mahu balik ke pantai timur, tidak berbaloi dengan penatnya. Dia becadang mengambil cuti dua hari tambahan, bolehlah dia bermanja-manja dengan ibunya nanti.

Semenjak arwah bapanya meninggal, dia menjadi tempat ibunya mencurah rasa. Tambahan pula, dia satu-satunya anak lelaki tunggal lelaki dari lima beradik. Dua kakaknya tinggak berdekatan kampung, sudah berkeluarga. Ada juga ibunya usulkan agar yunus pulang saja ke kampung dan berkerja di sana tetapi bagi anak muda ini, dia lebih sukakan kehidupan di kota. Serba serbi lengkap malah agar sukar untuk dia pulang ka kampung kerana kekasihnya Rina anak kelahiran kota yang cantik molek itu, tentu akan terlepas ke tangan orang lain seandainya dia berpindah ke kampung.

Mulanya Yunus bercadang untuk mengajak teman serumahnya, Rosman balik bersamanya. Asalnya kawannya itu bersetuju tetapi disaat akhir, Rosman ada kerja yang perlu disiapkan. Tinggallah Yunus memandu seorang diri. Dia keberatan pulang sendirian tetapi memikirkan sudah berjanji dengan ibunya, dia teruskan juga perjalanan. Yunus lebih senang memilih perjalanan dimalam hari, tidaklah terlau panas, tambahan pula dia seorang diri. Boleh juga layan mengantuk dengan memasang lagu sekuat hati.

Sejam dua perjalanan, Yunus masih melayan lagu sekuat hatinya. Dia sengaja menyanyi mengikut rentak lagu. Tambahan pula, lagu-lagu sentimental rock membangkitkan rasa cintanya pada Rina. "Nasib badan, ada kawan saat akhir, tarik diri pula," keluhnya dalam hati. Sesekali, Yunus akan berselisih dengan bas express. Malah ada ketikanya bus express dipandu lebih laju dari kelajuan keretanya. "Tak sayang nyawa orang langsung," rungutnya di dalam hati. Yunus akui ada kalanya orang memandu ikut perasan bukannya ikut peraturan. Andai bertembung dengan kenderaan lain, pasti akan meragut begitu banyak nyawa.

Perjalanan tetap diteruskan tetapi entah bagaimana kali ini hatinya cukup berdebar-debar, seolah-olah ada sesuatu akan terjadi. Benarlah dugaannya. Sesaat tadi sebuah kereta mewah memotongnya dalam kelajuan dan di hadapannya kini, kereta tadi telah terbabas melanggar tebing jalan. Segera dia memberhentikan keretanya membantu, takut-takut jika pemandunya mengalami kecederaan parah. "Saya ok, tak perasan selekoh tajam tadi, terbabas sikit," kata pemandu berbangsa cina itu.

Setelah memastikan semuanya selamat, Yunus meneruskan perjalanannya. Malah dia jarang-jarang berselisih dengan kendenraan lain, mungkin sudah larut malam. Sesampainya dia di kawasan Bukit Tujuh, Merapoh, sempadan Kuala Lipis-Gua Musang, debaran dadanya makin memuncak. Kali ini tidak semena-mena hatinya berdebar-debar, semakin lama semakin kuat. Segera Yunus terbayangkan seseuatu. Dia tahu, dari cerita yang disampaikan orang, kawasan Bukit Tujuh ini keras malah ramai yang pernah diganggu. Ada yang terserempak orang berlalu mengundur ke belakang ditengah malam, kehadiran puteri tujuh yang dikatkan dengan mitos di kawasan itu. "Simpang malaikat 44," demikian minta Yunus.

Anak muda ini terus memandu dalan kelajuan sederhana. Dia terus memasang lagu lebih kuat. Bukan untuk mendengar tetapi lebih kepada untuk 'memadamkan' resah dan debaran di dadanya sendiri. Sedang dia memandu, dia melihat kelibat seseorang berlari mengundur ke belakang. Semakin lama semakin menghampiri keretanya. Yunus panik dan terus memecut laju keretanya. Dia ketakutan yang amat sangat. Malah kalau boleh dia mahu segera keluar dari kawasan yang menyeramkan ini. Makin lama dia memecut, kelibat makhluk yang lari mengundur ke belakang itu semakin menghampirinya. Dalam ketakutan yang amat sangat, Yunus gagal mengawal keretanya lalu terbabas melanggar tebing.

"Yunus, bangun nak," sayup-sayup dia terdengar suara ibunya. Saat itu barulah dia menyedari dirinya di hospital dan dia telah pengsan selama dua hari. Keretanya rosak teruk dan kaki kanannya patah. Bagi yunus, pengalaman disakat hantu mengundur ke belakang mamang menakutkan. Malah dia agak serik untuk memandu pulang seorang diri lagi. Kalau boleh biarlah berteman.

Misteriousgrapersz

Pengalaman Aneh Dilalui Pesakit Ketika Koma

Posted by Admin Tuesday, July 31, 2012 1 comments
TIDAK berapa lama dulu, seorang rakan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara. Beliau koma beberapa hari tetapi pembedahan berjaya dilakukan. Dia kembali sihat, cuma ada kesan parut di dada.

Namun, misteri masih timbul dan sehingga sekarang sukar dijawab mengenai 'kehadiran' orang yang sudah lama meninggal dunia di sisinya ketika koma.

"Bayangkan, sepanjang tempoh saya berada dalam keadaan koma, saya 'dijaga' oleh arwah ayah yang duduk di sebelah katil saya. Kalangan 'pelawat' yang datang pula terdiri daripada anggota keluarga saya yang semuanya sudah meninggal dunia," ceritanya.

Beliau tidak pasti sama ada ia satu mimpi, mainan dalam kepala atau itulah berlaku pada seseorang yang berada dalam keadaan 'antara hidup dan mati' - koma. Hatta, hanya orang yang duduk dalam alam roh saja boleh bertemu roh (orang yang sudah meninggal dunia).

Sambungnya lagi: "Apabila saya mengerang kesakitan, arwah bapa saya akan mengurut belakang saya, sambil memberi kata-kata semangat berbunyi: 'Tak apa, ayah ada untuk bantu', 'sabar, lepas ini baiklah tu'. Akhirnya, arwah bapa mengajak saya mengikutnya pulang."

Menurut rakan itu lagi, beberapa minggu selepas keluar dari IJN, beliau balik ke kampungnya dan kebetulan seorang ustaz yang juga pernah menjadi gurunya datang menziarah.

"Ustaz itu tanya, sama ada saya ada mengalami sesuatu (macam mimpi) ketika menjalani pembedahan dan dalam keadaan koma. Maka, saya ceritalah pengalaman saya itu tetapi beliau tidak terkejut. Malah kata beliau, jika saya ikut kehendak arwah bapa yang mengajak saya pulang bersamanya, ia bermakna saya akan 'mengikutnya ke dunia lain' juga (meninggal dunia). Namun, takdir belum menetapkan ajal saya," katanya.

Ada yang kata, sebab itu apabila seseorang baru sedar daripada koma atau pengsan, dia akan meracau dan pelbagai kata-kata terkeluar daripada mulut dan sesetengahnya lucu atau tidak masuk akal termasuk menyebut perkara yang bukan-bukan seperti memanggil nama orang yang sudah meninggal dunia.

Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 24 jam selesai menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua di IJN, pernah mengeluarkan kata-kata lucu kepada isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.

"Selepas sedarkan diri, beliau (Dr Mahathir) sempat berjenaka dan menanyakan beberapa perkara lucu kepada ibu (Dr Siti Hasmah)," kata anaknya, Mokhzani ketika itu tetapi tidak menjelas lanjut perkara lucu yang dimaksudkan.

Ada satu lagi misteri, yang biasanya berlaku dalam masyarakat Melayu ialah seseorang yang akan meninggal dunia, menyebut nama-nama mereka yang sudah lama meninggal dunia. Biasanya kejadian seumpama ini hanya disedari selepas seseorang itu meninggal dunia.

Cerita pula seorang rakan bernama Osman: "Arwah bapa mentua saya, kerap kali menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah lama meninggal dunia. 'Si anu' mengajak saya mengikutnya..... Itu berlaku kira-kira enam bulan sebelum dia meninggal dunia. Ada juga antara kami menganggap kenyataan itu sebagai nyanyuk."

Malah ada juga cerita menyatakan orang yang baru meninggal dunia, masih berupaya untuk mengenali siapa yang datang menziarahi dan begitu juga apabila arwah sudah berada di liang lahad.

Bagaimanapun, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed ketika diminta pandangannya mengenai pendapat bahawa jenazah (orang sudah mati) boleh melihat mereka yang datang menziarah, berkata al-Qurtubi dalam At-Tazkirah menjelaskan, orang mati nampak orang yang melaluinya.

"Orang dah mati diberi peluang oleh Allah untuk tengok orang yang hidup," katanya dan menyatakan firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad). Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan." (Surah at-Tawbah, ayat 105).

Malah katanya, orang yang sudah mati diceritakan berdoa kepada Allah apabila ada di dunia ini yang hendak mati, meminta supaya jangan dicabut dulu nyawa orang itu kerana dia belum sedia hendak mati disebabkan amal yang kurang.

"Roh ini ada tiga keadaan dan satu daripadanya ialah roh berhubung sesama mereka tanpa had, maknanya antara roh sesama roh boleh berhubung. Contoh macam kita mimpi berjumpa roh lain atau pergi ke satu tempat.

"Begitu juga apabila kita berjumpa dengan seseorang, rasa macam mudah hendak kenal dan selesa. Maknanya, roh pun buat kajian mengenai orang yang selari dengan dia dan mudah bertolak ansur. Ini serupa dengan keadaan di mana ada orang yang kita jumpa tetapi tidak boleh 'ngam'. Orang nak meninggal ini Allah bagi kelebihan. Sebab itu ada yang sedang nazak kita dengar dia sebut nama orang yang sudah meninggal dunia," jelasnya.

Ibn al-Qayyim dalam Kitab ar-Ruh menyatakan: Apabila seseorang menziarah kubur, orang dalam kubur mengenali orang yang datang dan mendengar suara mereka. Mereka menjadi gembira dan membalas salam orang yang datang. Ini bukan untuk orang yang mati syahid saja, malah untuk semua orang mati dan tidak terhad waktunya.

Ada juga pendapat menyatakan bahawa kebiasaannya orang tua akan menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah meninggal dunia, semata-mata kerana sudah nyanyuk, apabila memorinya sudah tidak seimbang.

Penulis teringat tulisan Nuraina Samad dalam blognya Julai tahun lalu mengenai bapanya, Tan Sri Abdul Samad Ismail atau Pak Samad yang meninggal dunia, Khamis lalu.

Nuraina, bekas wartawan New Straits Times (NST) berkata, mereka sekeluarga sudah biasa dengan bapa mereka yang kerap terlupa dan ada ketikanya mereka berasakan yang Pak Samad bagaikan berpura-pura lupa nama dan peristiwa tertentu.

"Ada ketikanya, kita rasa hairan dengan sikap bapak. Bapak bertanya mengenai Kak Eda. 'Lama Kak Eda tak datang', kata bapak kepada saya. Saya bagi tahu bapak, Kak Eda dah meninggal dan bapak terkejut dengan menyatakan 'tiada siapa bagi tahu saya.'

"Saya kata, bapak.... kan bapak dah tahu Kak Eda dah meninggal dunia kerana kanser, cuma bapak tidak ingatnya sekarang, kata saya perlahan. Bapak terdiam agak lama," kata Nuraina. Kad Eda atau Noraida Samad, 51, meninggal dunia pada 8 Mac tahun lalu kerana kanser.

Kira-kira sebulan sebelum sambutan 50 tahun Berita Harian Julai tahun lalu, penulis menghubungi Nuraina untuk membuat temu bual khas dengan Pak Samad, sempena sambutan itu untuk disiarkan dalam keluaran khas.

"Tak ada masalah, tetapi yang jadi masalahnya ialah kadangkala bapak antara sedar dan tak sedar. Ok, macam ini, you e-mel saja semua soalan pada saya. Apabila bapak berada dalam keadaan sedar, saya sendiri akan bertanya dan catatkan. Bila siap akan e-mel you semula," kata Nuraina. Ternyata Nuraina tidak menghampakan.

Segala coretan dalam kolum ini, adalah sebagai pengajaran akan kebesaran Allah dan betapa dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Wang berjuta, timbunan harta dan deretan gelaran, semuanya untuk kesenangan dunia yang tidak akan dibawa bersama-sama ke dunia lain, apabila tiba masanya nanti.

Misteriousgrapersz

Pertemuan Terakhir Diiringi Harum Kasturi

Posted by Admin 0 comments
Gambar Sekadar Hiasan

Mazni baru mendapat kerja di utara tanah air. Memang hajat Mazni untuk pulang ke kampung halamannya kerana ingin menjaga ibunya yang sakit di kampung. Lagipun Maznilah satu-satunya harapan ibunya kerana bapanya telah meninggal dunia ketika Mazni berumur 15 tahun dan Mazni tidak mempunyai adik beradik yang lain kerana dia anak tunggal.

Walaupun berat hati Mazni untuk berpindah dari ibu kota ke kampung halamannya namun apabila mengenangkan ibunya yang tinggal seorang diri di kampung, Mazni pasrah. Selama hampir 6 tahun, Mazni tinggal di bandar dan kalau boleh dia ingin membawa ibunya tinggal bersama namun ibunya enggan mengikut kerana dia lebih selesa tinggal di kampung. Setelah mengemaskan barang barangnya, Mazni bersalam salaman dengan kawan serumahnya. Memang sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka lantaran hubungan mereka yang rapat seperti adik beradik. Namun demi ibu tersayang, Mazni terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuatnya.

Mazni sengaja memandu pada waktu malam untuk pulang ke kampungnya kerana perjalanan pada waktu malam lebih selesa dan sejuk. Lagipun Mazni memandu seorang diri pada malam itu. Sambil mendengar lagu lagu di radio, Mazni teringat akan ibunya. Memang ibu tua itu banyak berkorban demi Mazni kerana setelah kematian bapanya, ibunyalah yang berkerja keras menyara dan membesarkan Mazni. Jam menunjukkan tepat 12.30 malam. Walaupun hari sudah larut malam, mata Mazni masih segar bugar.

Memandu di kawasan lebuhraya memang tidak memenatkan tetapi Mazni kurang suka memandu dilebuhraya kerana dia cepat mengantuk apatah lagi Mazni memandu kereta automatik. Selepas melalui laluan lebuhraya, Mazni masuk pula ke laluan jalan biasa. Sedang asyik Mazni memandu, tiba-tiba kenderaannya ditahan oleh seseorang wanita tua berkerudung putih.

Tanpa banyak soalan, Mazni mempelawa wanita tua itu menaiki keretanya. Wajah wanita tua itu kelihatan pucat. Dia tidak banyak bercakap dengan Mazni. Sambil menunggu sampai ke rumahnya, wanita tua itu sempat berzikir. Tersentuh hati Mazni melihat wanita tua itu. Teringat dia pada ibunya. Tentu ibunya sedang menunggu kepulangannya di rumah. Sambil memandu, Mazni sempat mencuri pandang wajah wanita itu. Wajahnya tidak jelas kerana ditutupi oleh selendang putih dikepalanya. Tetapi apabila mendengar suaranya, dia seperti biasa dengan suara itu. Begitu juga perwatakan wanita tua itu. Memang seperti biasa dengan diri Mazni. Mazni ingin bersembang dengan wanita tua itu tetapi apabila melihat wanita itu sibuk berzikir, hajatnya untuk sembang terbantut. Tiba di satu simpang, wanita itu menyuruh Mazni menurunkannya di situ. Pelik jugak di hati Mazni kerana setahu Mazni, tidak ada rumah di kawasan itu tetapi wanita itu beria-ia memberitahu Mazni bahawa rumahnya terletak jauh ke dalam.

Selepas mengucapkan terima kasih, wanita itu berlalu di celah-celah kegelapan malam dan kabus tebal. Sekelip mata kelibat wanita itu hilang dari pandangan mata.

Mazni meneruskan perjalanan. Tetapi yang hairannya, sungguhpun wanita itu telah pulang ke rumahnya, namum bau harum bunga kasturi menyelubungi kereta Mazni. Jam menunjukkan ke angka 3 pagi. Entah mengapa perjalanan kali ini terasa begitu lama.

Mazni sendiri keliru kerana sudah beberapa kali dia melalui jalan yang sama tetapi dia masih tidak sampai ke rumahnya. Mazni dipagut keresahan. Entah berapa kali Mazni terpaksa melalui jalan yang sama. Dia seolah-olah gagal menemui pulang ke rumahnya. Selepas membaca ayat-ayat Al-Quran, barulah Mazni berjaya menemui jalan kerumahnya.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, Mazni melangkah masuk ke rumahnya. Kepulangan Mazni disambut oleh ibu saudaranya. Hati Mazni mula berdebar-debar. Sejak dia sampai, dia tidak nampak kelibat ibunya. Mazni mula berasa resah. Berkali-kali dia mendesak ibu saudaranya memberitahu di manakah ibunya. Setelah didesak beberapa kali, ibu saudarannya memberitahu bahawa ibunya telah kembali ke rahmatulllah petang sebelum Mazni pulang ke kampung. Ibunya telah ditimpa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke klinik. Oleh kerana kecederaan yang dialami oleh ibunya agak parah, saudara mara dan orang-orang kampung bersepakat mengebumikan ibunya setelah gagal menghubungi talian telefon bimbit Mazni. Kebetulan, Mazni baru sahaja kehilangan telefon jadi dia tidak dapat dihubungi dan berhubung.

Mazni jatuh pengsan kerana tidak dapat menerima berita pemergian ibunya. Hampir dua hari dia tidak sedarkan diri. Namun akhirnya Mazni akur dengan ketentuan Ilahi. Tetapi. Mazni masih musykil. siapakah wanita tua yang dijumpai pada malam dia pulang ke kampung. Mingkinkah wanita tua itu roh ibunya.

Misteriousgrapersz

Mayat Berasap

Posted by Admin 0 comments
Cerita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun. Peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang unggas-unggas bermain pada masa waktu ketibaannya tapi bukan sahaja makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada juga makhluk lain yang suka bertandang pada waktu ini. Seperti apa yang dikatakan oleh arwah nenekku, makhluk yang sering bertandang pada waktu ini ialah makhluk Jin dan Syaitan yang telah dilaknati Allah S.W.T.

Ketika itu aku baru selesai mengaji Al-Quran dari rumah Tok Cik , guru yang mengajar aku tentang agama. Ketika itu akulah pelajarnya yang terakhir menyelesaikan pembelajaran pada hari itu. Maknanya aku terpaksa kembali ke rumah berseorangan kerana rakan-rakanku yang lain telah lama meninggalkanku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Tok Cik, aku pun berjalan pulang. Malam makin gelap perasan takut mula menyelubungi diriku. Kini aku mula merentasi kawasan perkuburan yang selalu digembar gemburkan oleh penduduk kampung sebagai kawasan berhantu. Hatiku mula berkocak dan mula berfikir tentang cerita-cerita seram yang sering diceritakan oleh penduduk kampung.

Tiba-tiba satu kubur mula berasap, aku mula berpeluh. Aku melihat satu mayat berasap keluar dari kubur tersebut. AARRRGGGGHHH!!!!!!. Aku mula terkejut dan menjerit ketakutan. Fikiran aku makin bercelaru, puaka itu semakin mara kepadaku. Ingin aku meninggalkan tempat itu, tetapi aku tak dapat menggerakkan anggota tubuhku. Tubuhku seperti terpaku di bumi di mana tempat aku berpijak. Mayat berasap itu mula mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Heeeee….Heeeee…Heeeee…. Suaranya sungguh nyaring dan menyeramkan kepada sesiapa yang mendengarnya. Dalam keadaan samar-samar itu aku dapat melihat wajah puaka tersebut. Wajahnya sungguh menyeramkan dengan anggota tubuhnya dibaluti kain kafan dan wajahnya yang menyeringai memandang tepat ke mukaku.

Dengan melihat puaka itu mula mendekatiku, aku mula mengumpulkan seluruh tenaga untuk berlari meninggalkan kawasan berpuaka itu. Aku seperti mendapat semangat yang baru, sejurus itu aku mula berlari untuk meninggalkan kawasan tersebut. Dari kejauhan itu aku masih lagi mendengar hilai ketawa mayat tersebut. Aku berlari sehinggalah aku kepenatan. Aku pun berhenti di bawah perdu sepohon pokok Pulai. Tanpa menyedari keadaan sekeliling aku pun melepaskan lelah di bawah pokok tersebut. Semasa aku berehat di bawah perdu pokok itu, aku merasa ada sesuatu cecair pekat menitik jatuh dan terkena pada baju melayuku. Tikk…Tikk…Tikkk… Setitik demi setitik jatuh mengena pada bajuku. Aku dapat mengecam cecair yang terkena pada bajuku itu, tak lain dan tak bukan iaitu DARAH. Aku mula melihat ke kiri dan ke kananku tapi tiada bukti darah itu datang dari sana. Dalam keadaan ketakutan aku memberanikan diriku melihat ke atas pokok tersebut. Memang tidak salah dugaanku, mayat berasap tersebut masih lagi ingin menggangguku. Dalam kegelapan malam itu aku dapat melihat dua biji mata merah memandang tepat kepadaku. Tangan mayat itu mula mahu memegang leherku, yang pasti akan meragut nyawaku pada malam itu. Sejurus sahaja kejadian itu berlaku aku terus menjerit ketakutan dan tanpa mengingati apa yang telah terjadi pada diriku pada malam yang menyeramkan itu.

Pada suatu ketika aku mula membuka mata, aku menyedari kini aku berada di rumah Tok Cik. Aku bertanya kepada Tok Cik kenapa aku berada di sini dan apa yang telah berlaku kepadaku?. Dan Tok Cik hanya menjawab, “mengucap dan bertenang Pak Kadim itu tak akan menggangumu lagi anakku”. Tetapi bagiku pernyataan Tok Cik itu masih lagi membawa seribu pertanyaan kepadaku dan menjadi misteri kepada diriku. Di dalam benakku masih tertanya-tanya siapakah Pak Kadim itu?. Apakah hubungan Tok Cik dengan Pak Kadim dan mengapakah aku yang menjadi mangsa gangguan Pak Kadim itu?. Kini peristiwa tersebut telah lama berakhir dan Tok Cik guru agamaku juga telah lama kembali ke Alam Baqa. Tetapi, aku masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa yang menakutkan ini dan ia masih lagi menghantui diriku serta seterusnya ia telah menjadi satu pengalaman yang ngeri dalam hidupku sehinggalah ke hari ini.

Misteriousgrapersz

Badi Perigi Lama

Posted by Admin 0 comments

Baru seminggu Latifah tinggal dirumah sewa barunya. Pertukaran cawangan dari utara tanah air ke pantai timur menyebabkan Latifah tidak punya banyak masa untuk mencari rumah yang betul betul sesuai.

Namun dia cukup bersyukur dengan rumah kampung yang diperolehinya disaat saat akhir. Walaupun kecil namun ia selesa dan satu perkara yang digemarinya adalah di belakabg rumah tersebut terdapat sebuah perigi yang memnag cukup sejuk airnya. Sejak dari kecil lagi Latifah memang suka mandi air perigi, terasa puas katanya. Namun walaupun sudah hampir seminggu tinggal disitu, Latifah masih belum punya peluang untuk menikmati kesejukan air perigi dek kerana kesibukannya. Tiba hujung minggu barulah Latifah berkesempatan meninjau keadaan perigi tersebut. Pagi pagi lagi dia sudah bangun untuk membersihkan keadaan sekitar perigi yang agak usang itu. Kalau boleh tengah hari nanti biarlah dia mandi air perigi tersebut. Papan yang dipaku menutupi perigi dibuang, batu bata yang ada di atasnya juga dialihkan. Semak samun yang tumbuh telah ditebaskan.

Namun agak menghairankan sewaktu asyik menebas, jiran-jiran sekelilingnya asyik menjeling tajam ke arahnya seperti dia telah melakukan kesalahan besar. Tapi perkara itu tidak diendahkannya. Yang penting perigi di rumah itu harus siap dibersihkan hari itu juga. Tak sampai tengah hari, kawasan sekitar perigi tersebut sudah bersih dan lapang. Siap semuanya tanpa berlengah. Latifah mencapai tuala dan terus mandi. Walaupun sudah agak lama tidak disentuh namun air perigi masih jernih dan sejuknya memang terasa. Selepas mandi Latifah berbaring, entah mengapa kepalanya rasa pening berpusing pusing. Hingga ke petang sakit kepalanya tidak juga surut malah makin teruk hinggkan Latifah muntah teruk.

Malam itu Latifah tidak dapat berbuat apa apa, ketika itu hatinya sedih mengenangkan diri keseorangan di rantauan dan tiada siapa yang kisah akan dirinya. Akibat terlau lemah, Latifah tidak langsung berdaya bangun, tingkap dan pintu rumah dibiarkan tanpa ditutup. Kepalanya terasa berat begitu juga dengan badannya. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata. Menjelang tengah malam, mata Latifah masih lagi tidak mahu tutup dan ketika itulah dia mengalami sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.

Sewaktu terlantar dikatil Latifah terdengar suara sayup sayup meminta tolong, tidak lama kemudian terdengar pula suara orang merintih. Latifah yang sakit tidak boleh berbuat apa apa walaupun ketika itu dia terasa cukup takut. Bulu tengkuknya berdiri setiap kali mendengar suara itu yang datang dari telaga tempat dia mandi siang tadi. Tak mungkin ada orang yang jatuh kerana dia menutup kembali mulut perigi selepas mandi. Lagipun kalau ada orang yang terjatuh sudah tentu dia mendengar terlebih dahulu bunyi percikan air.

Keadaan Latifah yang agak teruk menyebabkan dia hanya dapat membungkam diri dikatil. Walaupun rasa takut yang amat sangat tapi dia tidak terdaya bangun mancari pertolongan. Laungan meminta tolong itu hilang sebaik sahaja azan subuhberkumandang. Selepas itu barulah Latifah dapat melelapkan mata. Dia hanya terjaga sewaktu mendengar suara orang memberi salam dari luar rumah. Salam yang diberi hanya dijawab dari dalam bilik kerana Latifah tidak berdaya untuk bangun. Pintu yang terbuka luas menyebabkan Mak Uteh, isteri kepada tuan rumah nya terus saja masuk kedalam. Mengucap panjang dia melihat keadaan Latifah. Anak gadis itu terus dipapah sambil menjerit meminta tolong dari suaminya. Pak Uteh sedang menjengah perigi dihalaman rumah tersebut.

Dua hari Latifah ditahan di hospital, ketika dirawat Mak Uteh dan Pak Utehlah yang mejengguknya. Setelah pulang kerumah barulah diketahui bahawa apa yang dialaminya itu bukanlah sebenarnya sakit biasa. Sakit Latifah kemungkinan besar kerana badi perigi lama. Menurut cerita Pak Uteh, perigi tersebut menyimpan cerita tersendiri. Lebih memeranjatkan lagi Latifah apabila mengetahui perigi tersebut pernah ada yang menjadi korbannya. Peristiwa itu berlaku 10 tahun yang lalu.

Kata Pak Uteh, penyewa rumah tersebut terjatuh dalam perigi dan hanya dijumpai tiga hari selepas itu. Ketika ditemui mayatnya telah kembung perutnya. Sejak itu tidak lagi yang berani menggunakan perigi tersebut kecuali orang baru yang tidak tahu akan cerita tersebut. Seram bulu roma Latifah mendengar cerita dari Pak Uteh. Sejak hari itu, perigi itu tidak lagi dejengah oleh Latifah. Pak Uteh telah mamakunya dengan kemas dan meletakkan kembali batu bata besar diatasnya seperti keadaan lama. Tak sanggup lagi Latifah mandi di perigi itu mengenangkan apa yang telah terjadi kepada dirinya.

p/s: cerita nie hanyalah rekaan semata-mata...

Misteriousgrapersz

Suara Memanggil Di Celahan Pokok

Posted by Admin 0 comments
Cerita ini berkisar tentang sekumpulan anak muda yang bercuti disebuah pusat peranginan. Kumpulan yang melibatkan tiga orang lelaki dan dua orang wanita itu mengambil keputusan bercuti setelah sekian lama memerah tenaga bekerja tanpa henti. Selain berehat, mereka juga mahu bermain di taman tema yang terdapat disitu.

Setelah sampai disana, kumpulan tersebut pun mengambil keputusan berpecah. Masing masing berpasangan. Ada yang terus ke tempat permainan dan ada pula yang mengambil keputusan untuk mengisi perut.

Lily dan May, antara ahli kumpulan tersebut adalah diantara mereka yang mengambil keputusan untuk terus bermain. Sudah tidak sabar sabar lagi rasa hati mereka untuk merasai setiap permainan ditaman tema tersebut. Bukannya apa, selama ini mereka hanya mendengar cerita cerita orang sahaja. Kini tibalah masa untuk merasainya pula.

Setelah penat bergembira dan menghabiskan tenaga, sebahagian dari anggota kumpulan ini pun mengambil keputusan balik ke bilik hotel untuk berehat. Namun begitu, Lily dan May seperti tidak puas. Mereka tetap juga bermain. Setelah taman tema itu hendak ditutup, barulah mereka berganjak dari situ.

Sewaktu mereka berdua keluar dari taman tema tersebut jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Disebabkan masih ada lagi orang diluar taman tema tersebut, maka Lily dan May juga mengambil keputusan berbuat sedemikian. Mereka pun mengelilingi kawasan luar taman sambil menyedut udara tengah malam. Apabila letih, mereka akan berhenti minum.

Apabila merasakan kaki sudah lenguh dan mata pulak sudah mengantuk, Lily dan May mengambil keputusan untuk balik ke bilik hotel. Didalam perjalanan pulang ke hotel, pasangan kawan karib ini terpaksa melalui sebatang jalan yang sunyi. Di tepi jalan tersebut terdapat sebatang pokok. Pada waktu siang pokok tersebut seperti pokok pokok biasa. Namun apabila malam menjelang, terasa ngeri apabila melihat pokok tersebut.

Apabila mereka melintasi pokok itu, tiba tiba sahaja mereka terdengar seperti suara memanggil nama mereka. Siapa pula yang tiba tiba sahaja memanggil itu. Setahu mereka, tidak ada seorang pun yang mereka kenali disini. Kecualilah jika kawan kawan lain yang datang bersama tiba tiba mengambil keputusan mengenakan mereka berdua.

Lily dan May mengelilingi pokok tersebut untuk mengetahui sama ada terdapat kawan kawan mereka menyorok di sebalik pokok. Puas keliling tetapi seorang pun mereka tidak berjumpa. Penat memusing dan setelah pasti tidak ada orang yang mengacau, Lily dan May membuat keputusan meneruskan perjalanan. Namun begitu, didalam hati mereka merasa takut.

Tiba tiba, nama mereka dipanggil semula. Ini membuatkan Lily dan May berpaling semula melihat pokok tersebut. Apabila sahaja mereka berpaling, tiba tiba sesuatu yang tidak disangka sangka berlaku.

Mereka seperti tidak percaya apabila melihat apa yang berada dicelah celah dahan pokok tersebut.

Kelihatan beberapa dozen kepala seperti sedang bergayut didahan dahan pokok. Apa yang lebih mengejutkan ialah kepala kepala tersebut berlumuran darah dan keadaan wajah kepala tersebut mengerikan. Mata tersembul keluar dan dan mulut berlumuran darah. Dalam keadaan sedemikian, suara yang memanggil nama Lily dan May seperti semakin kuat dan dekat dengan telinga mereka.

Dalam keadaan terkejut dan ketakutan, kedua duannya berlari balik ke hotel. Sampai sahaja mereka disana, mereka terus menceritakan apa yang mereka alami kepada kawan kawan yang lain. Terkejut kawan kawan apabila mendengarkan cerita tersebut.

Berikutan dengan rasa takut dan terkejut, Kedua dua wanita ini jatuh sakit pada keesokan harinya. Lantaran itu mereka telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Akibatnya Lily dan May menjadi seorang yang amat penakut.

Misteriousgrapersz

Kreativiti Imaginasi Melayu Tentang Alam Misteri

Posted by Admin Monday, July 30, 2012 0 comments
Saya ingin menganjurkan satu hipotesis bahawa peradaban alam Melayu yang dikatakan tradisional dari sudut sains mempunyai kekuatan epistemologi (asas ilmu), ontologi (pengalaman dalam bentuk realiti sosial) dan metodologinya sendiri untuk menguasai alam misteri dan imaginasi berkenaan. Dalam kata lain, untuk memahami misteri dan imaginasi yang dikatakan oleh Stephen Hawkins tidak dapat dikuasai oleh sains itu, ia memerlukan bukan ilmu sains tetapi satu bentuk ilmu lain. Ilmu inilah yang ada dalam peradaban Melayu. Bukan satu bentuk ilmu yang tradisional, rendah dan primitif tetapi suatu ilmu yang memerlukan ketajaman dan kebijaksanaan yang cukup rumit untuk menguasai serta memahami.

Kalau sains dan teknologi, melalui penciptaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah berjaya mencipta apa yang dikatakan sebagai dunia maya, yang ternyata hanya dibina melalui nombor-nombor dan teknologi satelit. Peradaban alam Melayu sudah pun memiliki prototaip kepada dunia maya ini, yang kita kenal sebagai `dunia ghaib'. Ghaib yang tidak menggunakan nombor dan satelit tetapi menggunakan pelbagai makhluk yang kita kenal sebagai jin, hantu dan beberapa yang lain.

Menarik sekali untuk dikaji dengan lebih mendalam pertemuan dan pertembungan antara dunia maya dengan dunia ghaib ini kerana ia merupakan pertembungan dua epistemologi, atau dua tunjang dan asas ilmu, yang penjelmaan ontologinya tidak berbeza.

Maksudnya, kalau dunia maya tidak dapat dilihat dan dibuktikan kecuali di kaca komputer, begitu juga dunia ghaib hanya dapat dibuktikan melalui semangkuk air, seiris limau, seperasapan kemenyan, sehelai kain hitam, kuning atau merah dan pelbagai lagi peralatan perubatan peribumi yang masih diguna dan diperlukan oleh sekian ramai anggota kelas menengah Melayu baru di Malaysia sehingga ke saat ini.

Tidaklah memeranjatkan bahawa mereka yang terdidik dalam ilmu sains Barat/Eropah melihat yang misteri dan imaginasi ini sebagai suatu ilmu alternatif.

Malah di Australia, misalnya, dalam bidang perubatan telah wujud School of Alternative Medicine (Sekolah Perubatan Alternatif) yang dikatakan menggabungkan ilmu Timur dan Barat. Ramai doktor perubatan moden di Australia menggabungkan kedua-dua jenis epistemologi perubatan ini, yang saintifik dan yang dikategorikan sebagai perubatan alternatif dalam sebuah klinik. Bahkan ini memang sudah lama berlaku di India.

Apakah alasan utama yang membolehkan ini berlaku di Australia dan tidak berlaku di Malaysia. Ia rata-rata bersifat ekonomi politik.

Maksudnya, para doktor moden di Malaysia melihat bidang perubatan itu adalah hak kepunyaan mereka yang dilegitimasikan oleh undang-undang. Sesiapa yang mempraktikkan sebarang bentuk perubatan mesti ada lesen dan mesti ada kelayakan yang diperakukan lengkap dengan sijil dan sebagainya.

Maka diharamkan sesiapa saja yang lain membuka klinik yang mengamalkan perubatan alternatif. Kerana itulah bomoh dan dukun kita mempraktikkan sendiri-sendiri, senyap-senyap di anjung rumah masing-masing. Ada yang digelar sebagai ilmu hitam dan sebagainya.

Satu usaha yang lebih positif mesti dilakukan untuk membongkar tradisi yang berpangkalan dalam peradaban alam Melayu ini. Tetapi apa yang selalu berlaku adalah tradisi ini sering dimomok dan dikeji dan dipraktikkan secara sembunyi-sembunyi.

Kita memomoknya dengan menggunakan sudut pandangan dan epistemologi sains dan teknologi moden. Kita enggan melihat kekuatan dan peri positifnya tradisi peradaban alam Melayu ini dari sudut epistemologi dalaman peradaban kita ini, yang dikategorikan oleh peradaban Eropah/Barat sebagai alternatif tadi.

Apakah oleh kerana berlakunya pelbagai hal yang dianggap keji dan kejam akibat perdukunan dan perbomohan maka keseluruhan sistem yang mendukungnya itu tercemuh?

Saya berpendapat bahawa alam misteri dalam budaya di alam Melayu itu suatu misteri dan imaginasi yang cukup luar biasa kekuatannya. Bukan sesuatu yang bersifat antitesis kepada sains dan teknologi atau pembangunan ekonomi negara. Malah terdapat hubungan saling melengkapi antara kedua-duanya, cuma kita memerlukan kedua-dua pihak yang pakar dalam bidang ini yang bermastautin di alam Melayu untuk menganjurkan pertemuan dan perbincangan serius, bukan melakukannya dengan menyorok-nyorok sehingga menambahkan misteri dan imaginasi yang bukan-bukan mengenai suatu warisan terpenting peradaban alam Melayu.

Yang diperlukan adalah keterbukaan dan tolak ansur bukan syak wasangka dan buruk sangka. Alam misteri dan imaginasi peradaban Melayu di alam Melayu mempunyai komponen yang cukup positif. Aspek dan komponen ini yang patut kita ketengahkan. Tentunya persepsi popular mengenai alam misteri dan imaginasi ini dalam ruang pemikiran dan pembacaan popular di Malaysia, misalnya, tidak menggalakkan dan rata-rata negatif kesannya.

Alam misteri dalam budaya Melayu itu adalah suatu alam yang kaya, yang mempunyai asas ilmu tersendiri dan kukuh, yang didukung oleh satu realiti dan konteks sosialnya yang unik, serta kaya dengan metodologinya tersendiri. Cuma kita perlu mensistemkannya untuk boleh diterima pakai oleh semua manusia di alam Melayu dan di luar wilayah budaya ini.

- PROFESOR DATUK DR. SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN ialah Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Rencana ini adalah petikan kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Alam Misteri dalam Budaya anjuran Jabatan Muzium dan Antikuiti baru-baru ini.

Misteri Yang Tidak Terungkap

Posted by Admin 1 comments
Gambar Sekadar Hiasan

"Abang dah jumpa rumah yang sesuai untuk kita. Kalau tak ada masalah, hujung bulan ni kita pindah. Rasanya sesuai untuk kita berdua. Kalau ada saudara mara yang datang pun senang sebab rumah tu besar," ujar Amil kepada isterinya, Niza.

"Rumah kat mana bang. Senang ke saya nak pergi kerja," tanya Niza membalas cakap suaminya. "Di kampung seberang. Sewanya pun murah, RM400 sebulan. Rumah teres dua tingkat. Masa pusing-pusing di kampung seberang, abang ternampak papan tanda rumah untuk disewa. Tuan rumah pun tak banyak tanya, terus sahaja setuju bila abang cakap nak sewa. Malah dia tak minta pun dulu duit pendahuluan macam orang lain. Lagipun tak seronoklah duduk di rumah mak. Sekurang-kurangnya kita perlu berdikari," jelas Amil bersungguh-sungguh.

Baru sebulan berkahwin, sememangnya Amil mahu hidup berdikari. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mentuanya apabila tinggal bersama. Lagipun dia perlu suasana yang tenteram kerana kerjaya sebagai pelukis membuatkan dia lebih senang berseorangan agar ilhamnya lebih kreatif. Cukup bulan, pengantin baru ini menganbil keputusan berpindah rumah. Biarpun keluarga mentuanya tidak berapa bersetuju tetapi selepas menjelaskan sebab-sebabnya, mereka mengizinkan tambahan pula mereka bersetuju untuk sekerap mungkin balik menjenguk keluarga mentua.

Seharian mengemas, menyebabkan Amil dan isterinya keletihan malam itu. Dia tidur agak nyenyak tetapi malangnya mata Niza tidak juga mahu lelap. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dadanya rasa berdebar-debar yang alang kepalang. Sejenak dia memusingkan tubuhnya, suaminya tidur begitu nyenyak sekali, siap berdengkur. Puas dia mengiring, kiri dan kanan, malangnya matanya tidak mahu lelap. Sejenak Niza bangun dari perbaringannya, dia mahu minum air bagi menghilangkan dahaganya. Semasa dia mahu meneguk air, serentak itu satu bunyi dentuman pintu agak kuat berbunyi. Dia menjerit ketakutan. Matanya meliar. Puas dia memangdang kiri dan kanan. Puas hatinya berfikir, kenapa pintu bilik air berdentum kuat sedangkan bukan ada angin yang bertiup. Meremang bulu romanya, segera dia minum dan bergegas naik ke tingkat atas. Suaminya masih lagi tidur selena-lenanya. Malam itu sedikit pun dia tidak dapat melelapkan matanya.

"Kenapa mata sayang nampak sembap. Tak tidur lena ke duduk rumah baru," gurau suaminya.

"Entahlah bang, mata Niza tak boleh lelap walaupun seketika. Rasa macam ada mata yang mengintai dan melihat apa yang kita buat. Malam tadi pun masa abang tengah nyenyak tidur, Niza turun ke bawah untuk minum air. Tak semena-mena pintu bilik air berdentum tertutup dengan sendiri. Niza rasa tak sedap hatilah bang tinggal di sini," jelasnya.

"Ada-ada sajalah Niza ni, abang tak ada rasa apa yang ayang rasa. Agaknya ayang tak biasa lagi kot, tinggal di rumah baru. Hah! Kalau ada hantu nak kacau, kejutkan saja abang, tahu lah abang kung fu dia," gurau Amil sambil menunjukkan gaya kung fu nya.

"Hah! Abang ingat nak keluar hari ni, ada urusan dengan Hamid. Dia nak bincang mengenai pameran lukisan secara solo dengan abang. Insyallah, kalau jadi projek ni, nampak gayanya kita berbulan madu di luar negara lah," gurau Amil lagi bagi menyedapkan hati isterinya.

"Abang balik tak tengahari ni. Kalau balik saya nak masak lebih, nanti tak adalah nak membazir sangat."

"Insyallah, kalau bincang habis cepat, abang balik cepat," guraunya lagi. Malam itu, sekali lagi Niza tidak dapat lagi melelapkan matanya. Puas dia berpusing kiri dan kanan dan ketika mahu turun ke tingkat bawah, dia nampak bayang-bayang seorang kanak-kanak kecil sedang melompat-lompat ruang tengah rumah. Gementar hatinya. Mana ada budak kecil tinggal di sini, fikir hatinya. Serentak itu, dia menggigil ketakutan dan pantas berlari mengunci bilik tidurnya.

Gangguang demi gangguan dialaminya setiap hari sehingga Niza jatuh sakit. Jika hari sebelumnya dia ternampak bayang kanak-kanak melompat-lompat di ruang tamu rumah, kali ini dia terpandang satu wajah yang mengerikan. Dengan lidah yang terjelir dan rambut kusut masai, wajah mengerikan itu terus memandang dirinya. Niza meracau-racau apabila terpandang wajah hodoh itu. Puas suaminya meminta bantuan bomoh tetapi semuanya mengaku kalah kerana rumah yang mereka duduki itu agak keras. Seorang kawan memperkenalkan dirinya dengan Ustaz Amran. Tiga hari tiga malam ustaz Amran mengubati isterinya dan alhamdulilah, sembuh sepenuhnya. Mengikut Ustaz amran, roh wanita yang telah dilihat Niza telah lama berkeliaran di rumah tersebut kerana membunuh diri disebabkan tidak tahan didera suaminya. Dia telah mengelar pergelangan tangan anak kecilnya yang berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suami yang main kayu tiga.

Patutlah tuan rumah segera meyewakan rumah itu kepada Amil tanpa banyak soal. Rupanya tersimpan misteri yang tidak terungkap sebelum ini.

Misteriousgrapersz

Misteri Bunyi Tapak Kaki

Posted by Admin 0 comments
Seorang gadis yang duduk di belakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk. "Sudahlah Milah, aku pun sudah penat. Tinggal kita berdua sahaja. Aku rasa aku nak balik ke asrama, nak baring-baring di atas katil. Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri."

Milah tertawa kecil, "Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap. Apa yang nak ditakutkan. Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang Guard. Tentu dia datang berlari, "Abang datang!!! abang datang!!!" Ahhh.....Tunggulah aku sekejap lagi. Aku nak habiskan bab tiga ini sedikit lagi."

"Hai! Jaga sikit mulut kau itu. Jangan cabul sangat. Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sedikit. Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona. "Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susahlah kita nanti,"sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya. Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema dilaluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang di matanya. Milah dan Nona berbalas pandangan, masing-masing tertanya-tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.

Masing-masing merenung ke arah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah-olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran. Nona sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.

"Dam!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Milah dapat merasakan darahnya berderau, dia menyesal kerana terlalu celupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoleh mukanya pun tidak keluar darah.

Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat. Tiba tiba...

"Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."

Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang. Milah dan Nona berpaling ke arah belakang mereka. Abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai ke arah mereka berdua daripada arah luar tingkap. Dia berjalan lurus ke hadapan.

Milah menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut-takutkan kami sahaja. Nyaris kami tidak mati ketakutan. Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang Hassan tahu tak..."kata Milah sambil berpaling ke arah Nona.

"Kalau Nona hendak, boleh abang Hassan temankan,"ujar abang guard itu sambil ketawa kecil. Muka Nona semakin pucat ketakutan. Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi salakan anjing memecah kedegaran. Nona masih terpaku membisu di situ ketika Milah berkemas kemas barangnya.

"Engkau ni kenapa takut sangat. Itukan abang Hassan, janganlah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

Nona hanya diam membisu dan menggelng-gelengkan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.

Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nona masih terus menggengan erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya-tanya kenapakah Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah. Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas, dengan kajadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama untuk tidur.

Keesokan harinya Milah tak sabar-sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain. "Engkau tahu, Nona ni pucat lesu mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang Hassan tawarkan hendak temankan dia," cerita Milah sambil disambut dengan deraian tertawa oleh rakannya yang lain. Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasaan terkejutnya itu.

"Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil teryawa kuat.

"Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Rosmah pulak.

Muka Nona berubah menjadi merah menyala dengan perasaan marah. "Engkau orang jangan celupar sangat. Bukannya nama kau yang dia panggil. Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, macam mana dia berjalan di sebelah situ kalau dia tidak boleh terbang. Bukankah kelas kita ini di tingkat tiga. Yang si Milah ni pun bengong sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan. Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru-seru. Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan kau orang, datanglah ke kelas malam ini.

Seluruh kelas terdiam mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya. Masing-masing berebut-rebut meluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata-kata Nona itu.

Misteriousgrapersz

Misteri Wanita Berlumuran Darah

Posted by Admin 0 comments
Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat. Mazni bingkas bangun. Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu. Bunyi desiran air hujan di malam hari tu tambah meresahkan hatinya menyebabkan Mazni berasa tidak bertahan lama di biliknya . Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh di sofa. Matanya merenung jauh entah ke mana. Malam itu Mazni sendirian di rumah. Ibu dan ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doa selamat pada malam itu.

Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia sudah hampir. Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut. Ibunya juga berpesan agar Mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap. Sebaik sahaja mereka pergi, Mazni segera mengunci pintu dan tingkap. Kemudian dia terus berkurung di dalam biliknya dan mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung-meyabung. Kesunyian yang begitu mencengkam tiba-tiba mengundang resah dan takut di hati Mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam .

Mazni masih bertelekup di sofa. Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung-menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayahnya tadi. "AH kenapalah lambat sangat ayah dan ibu balik ni?" keluhnya untuk sekelian kali. Untuk menghilangkan rasa takut, Mazni membaca ayat Kursi dan beberapa ayat al-Quran yang lain. Namun rasa cemas yang tak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur.

Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir. Tiba tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang. Apabila dibuka tiada sesiapa di luar. Mazni menutup semula pintu tetapi ketukan berbunyi lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan berdiri di depannya. Wanita itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi. Bajunya koyak dan ada kesan darah. "Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi jalan di simpang sana. Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?" kata wanita itu memecah kesunyian. Suaranya begitu perlahan hampir tak kedengaran. "EH, masuklah kak," kata mazni seolah-olah baru tersedar dari khayalan.

Setelah mempersilakan wanita itu duduk di sofa, Mazni lantas ke bilik ibunya mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan. Juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu. Sementara wanita itu bersalin pakaian, Mazni bergegas ke dapur menyediakan minuman panas untuk mereka. "Maaf menyusahkan adik," kata wanita tadi sebaik sahaja mazni meletakkan secawan nescafe panas di depannya. "Tak apa. Sekurang kurangnnya saya ada kawan," jawab Mazni sambil menjeling bayi wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi. Mungkin sudah tertidur agaknya. Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua. Biar pun banyak yang ingin ditanyakan oleh Mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan wanita itu seolah-olah lebih senang menyendiri. Mungkin dia ada masalah apabila melihat wajah wanita itu yang seolah-olah dalam kesedihan.

Tiba-tiba, "maaf dik. Kakak kena pergi sekarang." kata wanita itu sambil meluru keluar. Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga-pinga. Beberapa minit kemudian kedengaran daun pintu diketuk orang. "Mesti kakak tadi. Ha itulah. Hujan belum berhenti dah nak pergi," omel Mazni dalam hati sambil berlari mahu mambuka pintu. Namun alangkah terkejutnya Mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat di depannya. Wajahnya amat menakutkan. Dia seolah-olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan. Tubuh Mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri .

Ketika membuka mata, sayup-sayup Mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang sudah berlaku. Tetapi mazni tidak mampu menjawab. Dia hanya memeluk erat ibunya sambil menangis semahu-mahunya. Keesokan pagi, sambil bersarapan pagi ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlaku dekat simpang berhampiran rumah mereka. "Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal. Tu sebab kami terlewat semalam.." Hati Mazni berdebar-debar mendengar kata-kata ibunya. Dan debaran itu tambah kencang bila ayah menyampuk. "Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini. Gambar perempuan itu dengan anaknya pun ada. Nah tengok," katanya sambil menghulurkan surat khabar itu kepada Mazni. Dengan tangan menggeletar akhbar itu disambut. Tidak salah lagi memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung ke rumahnya malam tadi.

Misteriousgrapersz