-->

Shila Amzah Layak Ke Final Asian Wave

Posted by Muhamad Syafiq Saturday, September 1, 2012 0 comments
Penyanyi popular tanah air, Shila Amzah atau nama sebenar Nur Shahila binti Amir Amzah telah berjaya melangkah ke final untuk pertandingan nyanyian Asian Wave. Pertandingan yang diadakan di Shanghai ini telah berlangsung menampilkan peserta-peserta daripada Thailand, Korea, China, Singapura dan banyak lagi.

Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke final yang akan berlangsung pada 20 September ini. Pusingan awal telah pun berlangsung daripada 31 Ogos sehingga 6 September yang lalu. Shila Amzah, 23 berjaya mengharungi dua pusingan, dimana penyanyi itu berentap dengan penyanyi dari Singapura dan Jepun.


Pada pusingan pertama, Shila Amzah menyanyikan lagu “Set Fire to the Rain” dan pada pusingan kedua, Shila menyanyikan lagu kegemaran beliau iaitu Forever Love. Apa yang menariknya, Shila menyanyikan lagu Forever Love tersebut dalam bahasa Mandarin. Manakala peserta berbangsa Cina yang juga mewakili Malaysia, Wang Ying pula menyanyikan lagu bahasa Melayu yang bertajuk Bukan Cinta Biasa.


0 comments:

Post a Comment