-->

Petua Hilangkan Kelemumur dan Kutu

Posted by Muhammad Zulfadhli Sunday, September 16, 2012 0 comments
Masalah kelemumur lagi. Ya, saya nak kongsikan satu lagi petua hilangkan kelemumur dengan anda. Namun, cara ini bukan sekadar untuk menghilangkan kelemumur saja. Malah, kutu pun boleh dihilangkan. Apa yang pasti ia adalah cara tradisional.

Anda perlu menggunakan buah belimbing besi dan juga bunga betik. Manakala cara mengamalkannya adalah seperti berikut;

1. Pertama sekali, anda potongkan buah belimbing besi secara memanjang.

Belimbing Besi

2. Kemudian, basahkan kepala serta rambut anda.

3. Gosokkan belimbing besi tadi ke seluruh kepala anda.

4. Biarkannya sehingga meresap ke kulit kepala anda.

5. Sementara menunggu ia benar-benar meresap, rendamkan bunga betik ke dalam bekas yang telah diisi dengan air suam.

Bunga Betik

6. Rendamkanlah sehingga bunga betik itu kembang.

7. Setelah benar-benar kembang, sapukan pula bunga betik tadi ke seluruh kepala anda.

8. Seterusnya balut kepala anda dengan tuala bersih dan biarkan dalam 20 ke 30 minit.

9. Akhir sekali, bilas dan basuhlah kepala anda dengan air bersih.


#Amalkanlah petua ini sehingga anda bebas daripada kelemumur dan juga kutu.




0 comments:

Post a Comment