-->

Jurugambar Rakam Gambar Kate Didedahkan

Posted by Unknown Monday, September 3, 2012 0 comments

Paris – Jurugambar yang berjaya menjadi tumpuan dunia kerana mengambil gambar Duchess of Cambridge, Kate Midletown berjemur dalam keadaan separuh bogel akhirnya mendedahkan dirinya.

Wanita berkenaan, Valerie Suau berkata, dia mengambil gambar tersebut hanya di tepi jalan.

Gambar berkenaan pertama kali diterbitkan dalam akhbar France’s La Provence.

Pada mulanya Suau menjangkakan kawasan berkenaan akan dikawal ketat oleh pengawal peribadi pasangan diraja itu, namun sebaliknya dia dibenarkan mengambil gambar itu dengan bebas.

Sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kegagalan polis diraja untuk menghalang gambar itu diambil atau sekurang-kurangnya memaklumkan kepada pasangan diraja itu bahawa ada pihak yang sedang merakamkan aksi mereka.

Ketika itu, terdapat orang lain yang berada di situ termasuk pejalan kaki, penunggang basikal dan kakitangan rumah rehat berkenaan.

“Kate menyedari mengenai perkara ini dan dia sepatutnya lebih berhati-hati untuk tidak mendedahkan dirinya begitu sahaja,’’ kata rakan Suau.

Rumah rehat tersebut terletak kira-kira setengah batu daripada jalan dan ia terletak berhampiran kampong Viens.

Gambar itu kemudiannya disiarkan majalah Closer, yang kini berdepan tuntutan saman daripada pasangan diraja itu kerana menceroboh hak privasi mereka.

Suau mendedahkan gambar yang diambilnya itu pada 7 September lalu, iaitu hari di mana pasangan berkenaan meninggalkan kawasan tersebut dan ia juga merupakan hari sama di mana gambar itu diambil oleh majalah Closer.

Gambar bogel itu tersebar ketika Kate dan Putera William mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur.

Pasangan itu kini sedang mengadakan lawatan di Kepulauan Solomon.

0 comments:

Post a Comment